|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, March 31, 2008

Situasi Islam Kini...

Mumbling o milanhawkin at 5:26 PM
Hari ni nak cakap sket pasal Islam la... bukan nk bagi ceramah agama ke apa, saya tak layak nk bg ceramah. Ini sekadar sedikit luahan perasaan sebagai seorang umat Islam.

Kalau nk diikutkan, saya ni bukanlah orang yang suka tengok berita. Kadang2 je, atau bila ada sedikit kesedaran sivik. Dan sejak dari pilihanraya hari tu, saya memang suka la nk mengadap tv bila berita disiarkan.

Terkejut juga la bila dengar tentang 'Fitna', filem pendek dari Geert Wilders tu. Rasa nk menerajang si kafir ni pun ada jugalah. Hati memang terbakar. Perasaan memang terguris. Kemudian bermulalah sessi mengutuk kafirun2 sekalian. Memang kurang asam Geert Wilder itu, sesuka hati menghina Islam yang suci. Memang saya akan gembira sekali kalau satu hari nanti si kafirun ini mati dalam keadaan yang paling menyeksakan. Mari kita boikot barangan Holland/Belanda!

Kemudian saya dengar pula dari kawan, masa tengah lunch di restoran kecil di tepi jalan, tentang Sufiah, si genius yang hilang arah dan tujuan. Kesian... Simpati merajai diri, sekaligus tertanya2: Kenapalah hidupnya jadi begitu? Begitu rapuhnya hati seorang Sufiah ini, sedangkan Allah SWT sudah menganugerahkan akal yang melebihi paras normal. Siapa yang harus disalahkan?

Ini semua seakan membangkitkan beberapa persoalan dalam diri saya sendiri:

ADAKAH TIDAK LAMA LAGI KITA AKAN BERJIHAD KE JALAN ALLAH?
ADAKAH KITA MAMPU MENARIK GOLONGAN2 SEPERTI SUFIAH INI KEMBALI KE JALAN ALLAH?
ADAKAH SAYA SUDAH BERSEDIA DENGAN AMAL DAN IBADAT?

Bak kata Bang Bil, lu pikir la sendiri....

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review