|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, September 18, 2011

Aku Bukan Bidadari - Prolog

Mumbling o milanhawkin at 8:02 PM 4 demented soul(s)
Entah berapa lama dia duduk berteleku di situ. Sudah beberapa hari kelibatnya sentiasa kelihatan di kawasan tanah perkuburan Islam Kubu Lama itu. Datangnya sesudah Subuh, pulangnya setelah malam menghampiri siang.

Namun hari ini, dia sepertinya tidak mahu pulang. Dia seolah semakin hanyut dalam dunianya sendiri. Ada ketika, air matanya akan mula mengalir tanpa henti. Bila penat, dia akan menyandarkan tubuhnya ke batu nisan yang masih putih bersih itu. Tangannya bermain2 di atas kubur yang masih merah, seolah sedang membelai sesuatu. Bibirnya terkumat-kamit, seumpama sedang menyeru.

Seorang lelaki tua mendekati. Hajatnya mahu menegur pemuda yang seolah telah kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya. Hatinya belas melihat tingkah pemuda itu.

“Nak, pakcik tengok dah lama sangat anak kat sini. Pulanglah ye… Tak elok lama2 sangat kat tempat macam ni” nasihat lelaki tua itu berlalu bagaikan semilir. Tidak langsung ditanggapi nasihat daripada lelaki yang tidak dikenalinya.

Pemuda itu menggelengkan kepala. Walaupun tubuhnya terasa begitu lemah kerana sudah beberapa hari makannya tidak teratur, dia tidak terasa mahu pulang. Dia tidak terasa mahu melakukan apa pun. Dia hanya mahu bersendirian. Dia hanya mahu terus berada di situ. Mungkin dengan cara ini saja dia mampu meraih kemaafan.

“Leave me alone! Leave!!” bentak pemuda itu tiba-tiba. Matanya mencerlung ke arah lelaki tua itu, memberi amaran.

“Nak, jangan macam ni. Baliklah ye. Anak duduk mana, mari pakcik hantarkan” sekali lagi lelaki tua itu memujuk.

“No! No! Dear, I don’t wanna leave you here alone. I wanna be with you. Please forgive me. Forgive me…” dia kembali teresak-esak, dan sesekali cuba menahan tangis. Tangannya tergapai-gapai di atas kubur yang masih merah.

Lelaki tua itu hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Parah dah budak ni. Sudahlah bercakap dalam bahasa yang tak mampu difahaminya, dipujuk makin meraung pula. Yang dia tahu, lelaki itu tidak langsung mahu bergerak dari kubur tersebut.

“Dear, please forgive me. Don’t leave me… please…” rayuan sebegitu masih lagi kedengaran dari mulutnya.

Akhirnya lelaki tua itu bergerak menjauh. Mengalah.
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review