|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, July 30, 2011

Amihana: Nilai Sekeping Hati 56

Mumbling o milanhawkin at 8:28 PM 8 demented soul(s)
Aku membuka mata perlahan2. Terasa senak sedikit anak mataku dek kerana terlalu melayan perasaan. Aku berpaling ke kiri. Dan kemudian ke kanan. Dahiku berkerut. Mana pula perginya Dr Khairul?

Aku bangkit dari perbaringan. Mendengus perlahan. Perlu ke dia ada di bilik ini saat ini? Bukankah akan menambah rasa sakit hatiku saja? Tanganku meraup muka. Ya Allah, sampai bila fikiranku harus keliru begini? Berilah aku kekuatan. Aku perlu tenangkan fikiran.

Aku mengengsot sedikit ke arah tepi katil, memandang ke luar tingkap. Kosong. Sekali lagi keluhan berat keluar dari bibirku. Akhirnya aku mengangkat punggung dan berlalu ke bilik air. Baru saja tanganku mahu membuka pintu bilik air, Dr Khairul sudah terpacul di situ. Aku terpempan. Kaku. Wajahku segera memerah melihatkan tubuhnya yang hanya berbalut tuala separas pinggang. Lelaki itu tersenyum cuma.

“Selamat pagi, sayang. Baru bangun?” soalnya mesra, seolah2 tiada apa yang berlaku pada malam sebelumnya. Aku segera berpaling saat menyedari matanya merenungku nakal. Aduh, kenapa pula aku harus merenungnya begitu?

Aku bergerak ke sisi, memberi laluan padanya tanpa menjawab.

“Lena betul sayang tidur. Abang tak sampai hati nak kejutkan tadi” sambungnya sambil menarik lenganku supaya kembali mengadapnya.

Aku masih berdiam diri. Malu sebenarnya. Dada ini pandai pula nak mainkan drum rentak entah apa2. Tidak! Aku tak perlu merasakan apa2 pada lelaki ini, meskipun dia sudah sah menjadi suamiku. Aku tak mahu izinkan apa2 perasaan timbul untuk lelaki ini.

“Pagi ni… dah OK?” dia bertanya lagi. Masih belum jemu agaknya dengan reaksiku yang asyik membatu walaupun aku masih tidak sudi memandangnya.

“Sudahlah. Sayang mandi dulu, nanti turun sarapan ye. Agaknya semua orang dah tunggu kat bawah” serentak itu, tanpa kuduga lelaki itu menghadiahkanku dengan sebuah kucupan di dahi. Aku kembali termangu hingga tidak sedar Dr Khairul sudahpun bersiap dan keluar dari bilik.

Semua orang? Adakah Imran juga…? Ah, cepat2 aku menggelengkan kepala.

Hampir setengah jam kemudian, barulah aku menapak turun dari bilik. Itupun setelah puas berperang dengan diri sendiri. Mata yang sedikit bengkak, tidak kuhiraukan.

Wajah pertama yang singgah di mataku sebaik saja aku sampai di meja makan, adalah wajah tenang suamiku. Dengan senyum terukir di bibir, dia mempersilakan aku duduk di sebelahnya. Ummi agaknya masih di dapur. Babah pula sudah siap membaca akhbar di meja makan. Tanpa banyak soal, aku duduk di sebelahnya. Takkan nak tunjuk protes depan Babah.

“Assalamualaikum! Morning everyone!” sapaan itu, suara itu… seakan menyentakkanku. Perlahan kuangkat muka. Wajah tampan Imran Hadi hadir di layar mataku. ‘Abang’ku itu menganggukkan kepalanya ke arahku, menyapa lembut. Aku kembali menunduk. Pedih kurasakan tangkai hati ini.

Monday, July 18, 2011

Amihana: Nilai Sekeping Hati 55

Mumbling o milanhawkin at 9:13 AM 5 demented soul(s)
Malam ini aku hanya tahu menangis. Menangis dan menangis. Sampaikan Dr Khairul sendiri sudah tak tahu bagaimana lagi mahu memujukku. Malam sudah semakin larut namun aku masih tak mampu melelapkan mata. Apalagi dengan mata bengkak dan hidung yg tersumbat.

“Sayang, sudahla tu…” entah untuk kali ke berapa, Dr Khairul memujukku.

“Sampai hati… sampai hati semua orang rahsiakan semua ni dari Hana. Awak pun sama!” tuduhku dengan geram. Kukesat air mata yg masih mengalir. Murah sungguh air mataku malam ini.

Imran mengambil tempat di sebelahku.

“Tak baik marah2 kat suami sendiri. Dosa tau” si dia mengusik. Aku berpaling dari mengadapnya.

“Kenapa? Kenapa?!” Aku bagaikan tidak mahu menerima takdir. Aku belum bersedia dengan semua kenyataan ini.

“Sayang menyesal kahwin dengan abang?” soalnya. Nadanya sedikit dingin.

“Saya memang tak pernah mahu kahwin dengan awak, kalau tak kerana Ummi dan Babah!” jelasku berterus terang. Biarlah jika dia mahu terasa hati. Aku sudah tak peduli. Hatiku ini, lebih2 lagi terasa.

“Habis? Sayang nak kahwin dengan Imran? Gitu? Sayang mana boleh kahwin dengan Imran. Kan melanggar hukum agama!” tegasnya.

Ya. Aku tahu kini. Aku dan Imran Hadi sebenarnya tidak berjodoh. Malah, kami sebenarnya MUHRIM! Permainan takdir sebegini, bagaimana mungkin untuk aku menghalangnya. Malahan, Imran sendiri yg mewakil-walikan pernikahan antara aku dan Dr Khairul selepas Isyak tadi.

Mana mungkin aku tahu bahawa Imran Hadi itu adalah abangku! Ya Allah, bagaimana aku boleh jatuh cinta pada abangku sendiri?! Sungguh aku tak terdaya melawan kehendakNya.

Baru kini terbongkar rahsia kenapa Imran Hadi melarikan diri dariku. Baru kini aku mengerti kenapa Auntie Zue menangis saat bertemu denganku beberapa minggu lalu. Rupanya wanita itu diburu rasa bersalah kerana tidak pernah menceritakan hal yg sebenar padaku.

Auntie Zue rupanya adalah adik angkat kepada ibu kandungku, Siti Salamah. Ibu yang meninggalkan aku setelah berpisah dengan ayah kandungku. Ibu membawa Imran bersama dengannya, dan meninggalkan aku dengan ayah. Beberapa bulan selepas ayah dan ibu berpisah, ibu meninggal kerana sakit. Dan ibu titipkan Imran pada Auntie Zue.

Sewaktu aku mahu pulang ke Malaysia dari Korea, Imran menyuarakan hasratnya mahu mengahwini aku pada Auntie Zue. Entah bagaimana, Auntie Zue menolak keras cadangan Imran. Bila didesak, barulah Auntie mengaku bahawa kami ini adik beradik. Itupun kerana Imran mengugut mahu kahwin lari.

Ibu, kenapa tak bawa Hana bersama? Kenapa tinggalkan Hana? Dan kenapa Auntie Zue tak pernah memberitahu hal ini pada Ummi dan Babah selama ni? Kenapa Auntie Zue perlu merahsiakan hubungan aku dan Imran? Jika sekadar mahu menjaga hatiku, bukankah keadaan ini lebih teruk?! Bagaimana aku mahu berdepan dengan Imran Hadi?

Dan rahsia ini diketahui oleh Dr Khairul. Rupanya keluarga Dr Khairul dan Auntie Zue berteman rapat. Mereka terlebih dahulu mengetahui tentang hal ini. Auntie Zue meminta Dr Khairul memperisterikanku demi mengelakkan sebuah dosa besar dicipta.

Aku benci suamiku! Hanya kerana simpati, dia memperlakukan aku seperti barang dagangan yg boleh ditolak ke sana ke mari.

“Maafkan abang, sayang. Maafkan kami semua. Pada mulanya, semua ini berlaku sebab nak menjaga perasaan Hana. Bukannya nak buat Hana bersedih. Please, don’t do this to us. Please give me a chance. Give us a chance. Lupakanlah semua yg berlaku. Kalau sayang perlukan masa untuk terima abang, abang rela. Abang bersedia. Tapi jangan layan abang macam ni, sayang. Please…”

Hatiku sedikit pun tak terusik dengan pujukan dan janji2nya.

“Awak ingat senang saya nak lupakan semua ni? Macam mana saya nk lupakan semuanya kalau Imran ada depan mata, awak juga ada depan mata?! Saya rasa macam nak gila aje bila dengar semua ni. Korang semua kejam! Kejam!” tanpa segan aku meluahkan rasa. Tanpa memikirkan perasaannya, aku menembak terus ke dasar hati.

Mana mungkin aku tahu, rupanya saat itu aku rupanya telah melukakan hati seorang lelaki yg tulus mencintaiku…
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review