|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, December 14, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 48

Mumbling o milanhawkin at 9:07 PM 13 demented soul(s)
Aku menatap cincin di jari. Cincin belah rotan. Cincin pertunanganku. Air mataku mengalir laju membasahi pipi. Aku sudah jadi tunangan orang. Baru seminggu aku keluar dari hospital, aku sudah disunting orang. Dengan ‘dia’ pula tu. Sakitnya hati aku.

“Ummi, Babah... kenapa terima pinangan dia?” aku menyoal dengan mata yang masih basah. Ummi dan Babah saling memandang untuk seketika. Apa yang peliknya dengan soalanku?

“Sayang, Ummi rasa inilah jalan terbaik untuk Hana. Lagi pula, kami nampak Dr Khairul tu baik orangnya” jelas Ummi lembut lalu menarik tubuhku ke sebelahnya. Aku memeluk Ummi dengan erat. Dengan lembut, Ummi menghapuskan sisa air mata di pipiku.

“Tapi.. dia kan dah kahwin, Ummi. Dah ada anak pun. Kenapa pula Ummi dengan Babah nak kahwinkan Hana dengan laki orang?!” aku keluarkan segala rasa tidak puas hatiku. Tidakkah mereka tahu status sebenar lelaki itu? Atau mereka tertipu dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh doktor muda itu?

Ummi dan Babah berkerut dahi. Tanpa menunggu jawapan dari mereka, aku berlari masuk ke bilik. Sampainya hati mereka buat aku begini. Sanggup mereka melihat aku menderita. Kahwin dengan suami orang bukanlah apa yang kuimpikan dalam sebuah kehidupan. Malah itulah yang paling aku ingin elakkan. Nampaknya sudah jodohku begini. Tapi, dapatkah aku menerima semua ini dengan redha? Tidak! Tidak! Ah, Balqish pula hilang entah ke mana. Kalau dia ada, boleh juga aku mengadu-damba pada adikku itu. Pasti dia faham akan masalahku ini.

Telefon bimbitku berdering memainkan lagu ‘Biarlah Rahsia’ yang menjadi kegemaranku.

“Hello...” aku bersuara lemah. Apa lagi melihatkan nombor itu tidak kukenali. Entah siapa mahu menelefonku saat2 aku mahu bersedih begini. Mengacau jelah!

“Assalamualaikum Hana” suara garau itu singgah ke telingaku, lembut dan bersahaja.

“Siapa ni?” suaraku berubah kasar. Aku sebenarnya dapat mengagak siapa di hujung sana. Maunya aku tidak kenal kalau setiap hari aku dihantui dengan leteran dan usikan sinisnya.

“Mak aih, takkan tak kenal tunang sendiri? Dahla tu, salam pun tak berjawab” Doktor Khairul tergelak perlahan. Aku merengus. Segera pula menjawab salam dalam hati. Dose ooo tak jawab salam.

“Dr Khairul?! Awak! Kenapa awak buat gini? Kenapa awak pinang saya?! Mesti awak dah bomohkan ummi dan babah supaya mereka terima pinangan awak kan? Isteri awak memang malang dapat suami macam awak ni!” aku menyerang tanpa belas. Nafasku turun naik. Kalaulah dia ada di hadapanku sekarang ini, memang aku cubit2 lengannya sampai lebam. Biar dia pula yang masuk hospital.

Dr Khairul tergelak sakan. Sukalah dia dapat kenakan aku agaknya. Suka dapat menambahkan sengsara di hati aku ni. Aku tak tahu apalah dosa aku padanya hingga dia suka hati nak menambahkan garam di hatiku ini.

“Isteri saya tak malanglah, dia tengah marah” Itulah Dr Khairul. Selagi dia boleh menjawab, dia akan jawab.

“Memanglah dia marah! Siapa yang tak marah bila suami nak kahwin lain. Dah ada anak berderet pun ada hati nak kahwin lagi satu”

Lagi2 dia ketawa. Jahatlah dia ni! Kesalku menebal.

“Anak berderet? InsyaAllah, kalau awak sudi...”

Ish, apa dia ni! Geramnya aku. Melayan karenah doktor tak betul ni memang boleh buat aku gila! Macam manalah dia boleh lepas pulak exam jadi doktor ni?!

Aku segera memutuskan talian. Padan muka! Ingat aku banyak masa nak layan dia? Kirim salam sikit!!

Namun tak lama kemudian, telefonku berbunyi lagi.

“Awak nak apa ni? Saya tengah susah hati ni. Besok2 sajalah saya marah awak. Sekarang saya nak tidur” bentakku penuh geram. Mengacau aje kerjanya sejak dari aku kenal dia sampailah sekarang. Tak habis2 dengan karenahnya. Tak habis2 dengan usikannya.

“Nak tidur apa maghrib2 ni Hana. Tak elok. Nanti suami tak sayang tahu”

“Suka hati sayalah! Awak peduli apa?” aku hampir menjerit dek kerana terlalu geram. Peduli apa aku kalau dia tak sayang aku pun. Ingat aku nak heran ke?!

“Tengok, cakap tengking2 dengan bakal suami, dosa tau”

“Alah, baru bakal, belum jadi lagi. Anyway, esok saya nak gi rumah awak. Saya nak jumpa isteri awak. Biar dia tahu cerita yang sebenar. Lepas tu, saya nak kita putuskan pertunangan kita ni. Saya tak hingin nak kahwin dengan awaklah!”

“Awak nak datang ek? Eloklah tu. Saya tunggu awak. Emm... awak nak ada saksi lain ke nak kita dua orang je? Tapi saya takut gak kena kahwin free. Penat je saya simpan duit nak kahwin dengan awak, last2 kahwin free. Emm... saya ajak mak bapak saya sekali la ye. Diaorang pun nak berkenalan jugak dengan bakal menantu kesayangan mereka ni. Ok, see you tomorrow darling”

Tup! Talian diputuskan. Aduhai, belum sempat aku membalas kata2nya, dia dah putuskan talian?! Arghh... sakitnya hati aku!! Sabar Hana, sabar. Esok kau jumpa dia kau belasah dia cukup2 depan bini dia, depan anak2 dia, depan mak bapak dia sekali. Biar dia rasakan. Biar dia kenal siapa Amihana!
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review