|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, April 28, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 46

Mumbling o milanhawkin at 6:30 PM 6 demented soul(s)
Aku menguis2 nasi yang berada di hadapanku. Sungguh aku tak berselera. Lidahku sudah hilang deria rasa. Segala apa yang kutelan terasa seperti batu saja menerjah masuk ke kerongkong. Pedih. Perit. Apa lagi bila tangan kananku tidak berupaya menyuapku makanan dengan keadaan berbalut begitu. Aku terkial2 sendiri. Aku jadi teringat pada Imran Hadi yang tak reti nak makan guna tangan. Hatiku jadi pilu dengan kenangan itu, namun cepat2 aku menyedarkan diri sendiri bahawa tiada gunanya untuk aku mengenang masa lalu.

Aku mengeluh sendirian. Walaupun badanku sudah beransur sihat, namun tenagaku masih lemah. Kata Ummi, mungkin aku sendiri yang tak mahu pulih dari keadaanku sekarang ini.

'Jangan ikutkan hati sangat, sayang. Ikut hati nanti mati, ikut rasa pasti akan binasa. Banyak2kan berdoa' Ummi memang pandai berkata2. Namun nasihatnya itu benar belaka.

Balqish sudah lama pulang ke rumah. Kasihan adikku itu, kepenatan menjagaku sepanjang minggu ini. Babah dan Ummi juga turut sama menemani adikku itu pulang. Mereka juga kelihatan begitu letih. Ah, makin menebal rasa bersalah ini. Kesal kerana menyusahkan mereka, walaupun aku tahu mereka takkan pernah menganggap aku ini beban.

Adli dan Aida juga tak jemu menjengukku di sini. Kamal Hadi juga. Tampak benar dia merasa bersalah kerana mendengar kata2ku pada hari itu. Namun aku lega kerana lelaki itu berjanji untuk terus menganggapku sebagai sahabat. Benarlah telahanku, bahawa dia benar2 sayangkan Balqish. Takpelah, sekurang2nya aku tak perlu lagi menambah sakit kepalaku dengan hal Kamal Hadi. Memang sudah bukan jodohku dengannya.

Aku tumpang gembira bila mendengar Adli dan Aida akan bertunang sebaik saja tamat pengajian tahun akhir kami. Ah, cepat benar mereka ini merancang. Kalau sudah jodoh, takkan ke mana, bukan? Kahwin muda bukan semuanya membawa kepada kehancuran. Aku yakin mereka memang saling sayang menyayangi.

Auntie Zue ada juga melawatku, bersama2 dengan Imran Hadi. Tapi aku tak mampu memandangnya langsung. Marah, dendam, kesal, benci dan malu, semuanya bercampur baur menjadi satu. Malah lelaki itu juga tidak menunjukkan kesudian untuk berbual2 denganku. Takutkah? Bencikah? Malukah? Hanya dia dan Allah saja yang tahu.

Sudah benci benarkah awak kepada saya, Imran? Sudah hilangkah perasaan kasih itu? Jika awak menganggap saya ini sebagai kawan, tidakkah awak ingin tahu kenapa saya jadi begini? Begitu senangnya awak bermain dengan perasaan. Mudahnya awak mengalihkan kasih.

Tak sedar air mataku menitik membasahi pipi. Tuhan, sabarkanlah jiwaku ini. Bantulah aku untuk melupakan segala2nya. Walaupun aku kurang pasti mengapa Imran Hadi memperlakukan aku begini, namun aku sedar, cinta takkan pernah boleh dipaksa.

"Awak sedih sebab saya tak suapkan awak ke?" Aku segera mengangkat muka mendengar suara itu seakan bergema di bilik kecil ini. Cepat2 aku mengesat mataku.

Tak guna betullah dia ni!

Doktor Khairul bergerak mendekati katilku dengan senyum terukir di bibir. Lesung pipit di pipinya seakan memaksa aku memerhatikan wajahnya. Manis, walau mungkin tidak boleh dikategorikan sebagai tampan. Ah, apalah ada pada rupa kalau perangai menyakitkan mata dan hati.

Kali ini dia tidak memakai jubah doktornya seperti selalu. Selesa berkemeja corak dan berseluar slack, lelaki itu melabuhkan punggung di tepi katilku. Aku merenungnya tanpa kata. Apalah mamat ni nak. Mahu mengusikku lagi? Tapi kata2nya selalu membuatkan aku berang.

"Mak awak tak pernah ajar ke, tak baik main2kan makanan macam tu. Nak makan buat cara nak makan" sindirnya sinis. Tengok tu, bukannya dia nak cakap baik2 dengan aku. Selalu saja menyindir dan memperli.

Aku memejamkan mata untuk seketika. Dia memang sengaja cari pasal dengan aku ni. Tak nampak ke tangan kanan aku ni berbalut? Rasa nak sepak je muka dia ni.

"Mak awak tak pernah ajar ke suruh fikir dulu sebelum bercakap? Allah dah kurniakan otak, pandai2lah fikir sendiri" tempelakku akhirnya. Lelaki itu sekadar tergelak kecil sebelum mengambil pinggan nasi itu dari pehaku.

"Garangnya makcik ni. Macam singa. Nasib takde taring je. Kalau tak mesti awak dah ratah2 dah daging saya ni kan?"

Aku mencebik.

"Siapa sudi nak makan daging awak tu. Mesti kena keracunan makanan nanti. Saya masih sayangkan organ2 dalaman saya ni" aku membalas bersahaja.

"Kalau sayang, kenapa pergi langgar kereta orang? Kan dah berbalut sana sini. Lebam satu badan. Memang tak sayang nyawa" tempelak doktor itu lagi, menambah minyak ke dalam api amarahku.

"Kalau awak datang sini setakat nak sakitkan hati saya, baik awak tak payah datang. Kalau dah habis kerja, balik je la. Kesian dekat anak bini awak kat rumah tu kan, dapat laki dan ayah jenis macam awak ni" aku bertambah berang.

"Isteri saya mesti cakap saya ni lelaki paling romantis dalam dunia ni. Anak saya pulak mungkin anggap saya ni ayah paling macho kat Malaysia" Dah, masuk bakul angkat sendiri pulak.

Ya Tuhan, rasa nak termuntah pulak aku dengar. Betullah dia ni dah hilang akal. Memang nasib malanglah bini dia dan anak2 dia ni. Aku rasa mak ayah dia mesti trauma dapat anak macam ni. Jadi, maknanya dia ni laki oranglah. Patutlah gatal semacam!

"Meh saya suapkan. Saya tahu awak takleh nak makan guna tangan kiri. Dari tadi dok terkial2. Sampai bila2 pun takkan habis nasi ni" Doktor Khairul menyuakan sudu berisi nasi dan ikan ke mulutku.

Aku menutup mulutku rapat2 sambil menggeleng2kan kepalaku. Tak mahulah!

"Bukak mulut tu atau saya cium awak kat sini jugak!" pandainya dia memaksaku. Terpaksalah aku membuka mulut dan menerima suapannya. Mana mungkin aku membenarkan suami orang berbuat sesuka hati padaku. Selisih malaikat 44.

Selain Kamal Hadi, dia lelaki kedua yang pernah menyuapkanku. Imran Hadi sendiri tak pernah seromantis ini. Hatiku jadi sayu. Aku sudah hilang kedua2 Hadi dari hidupku. Kedua2nya tidak pernah mahukan aku dalam hidup mereka. Aku ini rupanya cuma persinggahan sementara untuk mereka.

"Awak ni... cuba jangan ikutkan sangat perasaan awak tu. Ingat Tuhan, ingat mak bapak, ingat family awak. Jangan asyik fikirkan benda2 yang tak elok. Tak baik untuk kesihatan awak"

Aku diam, malas nak membalas. Makin dilayan, makin menjadi.

"Atau...awak memang nak duduk kat hospital ni lama2? Nak temankan saya? Saya tahulah saya ni lelaki idaman malaya, tapi awak tak payah nak bersusah payah macam ni. Saya ni dah memang hak awak"

Aku menjeling ke arahnya. Lelaki memang suka berkata2 tanpa memikirkan perasaan penerimanya. Aku jadi muak.

Saturday, April 25, 2009

Jodoh 10

Mumbling o milanhawkin at 3:51 PM 1 demented soul(s)
Aku mengenakan sehelai dress tanpa lengan bertanahkan coklat dan berbunga biru, dipadankan dengan sehelai baju kebaya pendek dari corak yang sama. Rambutku yang lurus dan panjang, aku kemaskan dengan pin rambut berwarna kuning susu. Kemudian aku kenakan pula secalit lipstik pada bibirku. Ringkas dan bersahaja. Aku memang tak pernah pandai nak bersolek. Cukup dengan bedak dan lipstik. Simple dan ringkas.

Sebetulnya aku menerima jemputan dari teman lamaku, Maria dan Shafik yang kukenali semasa belajar di UK. Maria juga merupakan salah seorang teman sebilikku merangkap teman yg paling rapat denganku ketika di sana. Cuma bila kembali ke Malaysia, kami jarang2 bertemu atau berjumpa. Paling akhir aku berjumpa Maria, ketika hari perkahwinan mereka 3 tahun lepas.

Aku sampai ke rumah Maria & Shafik di Damansara tepat2 pukul 9 malam. Waktu tu dah ramai juga yang datang. Ish, rasa segan pula datang berseorangan begini. Tapi, aku nak ajak siapa lagi? Ah, tawakal sajalah Fatimah Asyikin...

Sedang aku memasukkan kunci kereta ke dalam handbag, pandanganku tertancap pada sebuah kereta BMW. Aku kenal kereta ni... Adam! Kenapa kereta dia kat sini? Dia memang tinggal kat kawasan ni ke? Atau dia memang kenal dengan Shafik? Mungkin juga, sebab Adam juga dari universiti yang sama. Tapi aku tak pernah tahu Adam dan Shafik adalah kawan..?

“Imah!” namaku diseru lembut. Wajah Maria menjelma di hadapanku. Cepat2 aku mengukir senyum, tak mahu Maria mengesan perubahan pada wajahku ketika ini.

“Mar... apa khabar? Makin sihat kau sekarang ye” sapaku sambil memeluk erat tubuh Maria. Tubuhnya yang dulu langsing dan kurus kini sudah semakin berisi, walaupun tidak langsung menjejaskan kecantikan asli wajah lembut Maria.

“Macam mana la aku tak gemuk, Imah. Hari2 kerja aku cuma melepak saja kat rumah. Nak kerja, Shafik tak bagi. Cantiklah kau malam ni. Lama betullah kita tak jumpa kan? Eh, jomlah masuk. Takkan nak berbual kat sini” Maria terus memimpin aku masuk ke dalam banglo mewah 2 tingkat itu.

Bertuahnya Maria, dapat kahwin dengan kekasih hati dan kebetulan pula Shafik tu memang anak orang kaya. Tak perlu nak bersusah payah mencari rezeki macam aku ni. Ish, tak baik pula aku cakap macam ni. Macam nak menyalahkan takdir pula. Astaghfirullah...

“Darling, tengok siapa datang ni” jerit Maria dengan senyum lebar. Kami berjalan membelah manusia2 yang membanjiri kawasan taman banglo tersebut. Maria ni, cakap nak jemput teman2 rapat je. Ini, semua pun aku tak kenal.

“Eh, Imah! Lamanya tak jumpa kau. Apa khabar kau sekarang?” Shafik menyungging senyum. Masih macam dulu, Shafik ini murah dengan senyuman.

“Alhamdulillah, sihat je. Kau macam mana?” aku berbasa-basi.

“Aku macam biasa je. Penat sikit melayan puteri ni. Merajuk aje kerjanya” usik Shafik pada Maria. Muncung mulut Maria disambut tawa oleh aku dan suaminya. Terus saja Shafik memeluk pinggang Maria seakan memujuk. Aduh, bahagianya pasangan ni. Rasa cemburu pula.

“OK, korang borak2 dulu. Mar ambilkan air untuk korang ye. Darling, take care of my dear friend ni tau”

“Lama tak jumpa kau” Shafik merenung wajahku. Aku senyum macam biasa.

“Yup, dah lama”

“Kau macam menghilangkan diri je lepas balik ke Malaysia” lelaki itu seolah cuba menyalahkanku.

“Mana ada, Fik. Aku busy dengan kerja, cari rezeki tanggung mak aku kat kampung. Kau pun busy dengan company kau, Mar dengan aktiviti dia, maybe sebab tu la kita jarang jumpa”

“Dah lama kita tak borak2 macam ni kan? I missed the old UK-days”

“Emm...” aku merenung high-heels hitamku.

Flashback...
“Imah, please, you’ve gotta help me. Me and Maria!”Shafik merayu. Wajah itu meminta simpati. Aku jadi keliru.

“Fik, kenapa aku? Lagipun, ini kerja gila tau. Gila! Aku tak sangguplah nak bersubahat!”

“Imah, kau kena tolong kami. Kami dah takde jalan lain lagi.”

“Ini kerja gilalah, Fik. Aku tak nak terlibat!” aku cuba bertegas. Sungguh aku tak nak terlibat. Dosa ni!

“Tolonglah, Imah. I beg you. Sekali ni je. Tolonglah ye...”

“Ishh!!”

“Demi Maria, Imah. For your friend. Please...” Entah berapa kali Shafik dan Maria merayu, barulah aku bersetuju untuk menolong Shafik dan Maria. Itupun bila aku ingatkan Maria yang asyik menangis berhari2 membuatkan aku jadi lembut hati. Entahlah, sampai sekarang pun aku masih dihantui peristiwa itu.

“Thanks” ucapan Shafik itu menyedarkan aku dari lamunan singkatku. Aku mendongak memandang wajah Shafik.

“For what?” aku mengerut dahi.

“You know for what. Aku tak sempat nak ucapkan terima kasih kat kau dulu. Dari pihak Maria juga. Aku tahu Mar takkan pernah ungkitkan pasal ni pada kau, sebab dia masih malu dan sedih” terang Shafik.

“I did it for Maria, not for you. Jadi kau tak perlu ucapkan terima kasih pada aku” ujarku, mengalihkan mata ke arah lain.

“Yes, and you’re such a good friend. Thanks alot, Imah. Aku takkan pernah lupa apa yang kau dah pernah buat untuk kami”

“No need to thank me, Fik. I did what I had to do. Dosa kita tanggung sama2, kan? Tapi Alhamdulillah, kau pegang pada janji kau dan kahwin dengan Maria. Itu dah cukup bagi aku”

“And he loves me very much, Imah. So dont worry, dear. And thank you” tiba2 saja Maria berdiri di sebelahku dan memelukku erat.

“Fik, meriah betul birthday party kau kali ni” O’ooo.... Suara itu membuat aku kaku di hadapan Maria dan Shafik.

“Alah, Adam. Biasa je la. Jemputnya sikit, tapi ramai pulak yang datang. Takkan aku nak halau pulak tetamu yang datang”

Aku berpaling. Aku nampak wajah Adam yang berubah mencuka. Mesti dia tak sangka akan berjumpa dengan aku di sini. Di sisinya, berdiri seorang wanita cantik dan bergaya dengan mengenakan sehelai dress hitam separa lutut. Seksi. Nampak sepadan dengan Adam yang kacak dan segak dengan kot hitamnya.

“Err...Hi.. saya Fatimah Asyikin, kawan Maria dan Shafik” aku memperkenalkan diri seraya menghulurkan salam pada gadis cantik itu. Gadis itu hanya menyambut antara mahu dengan tidak saja.

“Oh? Fatimah Asyikin? Ini ke perempuan yang you cakap tergila2kan you masa kat UK dulu tu, Yang?” Eh? Macam mana dia tahu? Mataku terarah pada Adam dengan terkejut. Adam hanya merenungku tajam tanpa bicara.

“Err... Imah, yang ini Sofea, tunang Adam” ujar Shafik, seakan cuba meleraikan suasana tegang itu. Aku sekadar mengangguk perlahan.

Tunang? Jadi Adam sudah bertunang... Hati, kenapa perlu kau rasa kecewa sedangkan dari dulu lagi sudah tahu Adam takkan menjadi milikku.

“Kami bertunang sejak kecil, family arrangement. Tapi kami still a lovey-dovey couple” Sofea menjeling padaku, seakan memberi amaran bahawa Adam adalah haknya.

Entah apalah yang Adam ceritakan pada tunangnya itu hinggakan begitu jelas sekali Sofea cemburu. Apa yang nak dicemburukan? Bukankah Adam juga membenciku? Jadi aku bukanlah ancaman dalam hubungan mereka. Manusia ini memang pelik.

“Mar, kat mana ladies room?” aku cuba melarikan diri, tak mahu menjadi melukut di sisi Adam.

“Ermm.. jom aku tunjukkan” Maria mempelawa. Aku meminta diri dari mereka semua.

“Sorry, Imah. Aku tak sangka Adam datang malam ni. Selalunya kalau buat party, dia bukan nak datang pun” Maria seolah tahu apa yang aku fikirkan.

“Takpelah, bukan salah kau pun. Tapi aku tak tahu pula Shafik dengan Adam tu kawan baik?”

“Lah... diaorang kan pernah jadi roommate masa kat UK dulu” Maria merenung pelik ke arahku, seolah2 itu semua pengetahuan am yang patut aku tahu.

“Eh? Ye ke? Aku tak tahu pun”

“Sekejap je. Lepas tu Adam pindah ke rumah lain. Tapi selalu juga dia lepak kat rumah Shafik dulu. Aku pun selalu terserempak dengan dia masa aku kat rumah Shafik dulu” cerita Maria panjang lebar.

“Oh...”

Jodoh 9

Mumbling o milanhawkin at 3:50 PM 0 demented soul(s)
Aku menekan2 perut. Senak. Pedih. Isk, gastrikku datang lagi! Cepat2 aku menggagau tangan mencari ubat gastrikku di bawah laci. Ah, nasib baik ada lagi. Dah lama betul penyakitku yang satu ini tidak datang menjengah. Mungkin disebabkan aku terlupa untuk makan tengah hari tadi, ataupun dek kerana stress memikirkan Adam.

Dua biji kapsul kutelan. Tanganku mencapai botol mineral yang sememangnya tersedia di mejaku dan meneguk rakus. Cepatlah hilang wahai penyakit. Aku paling tak suka kalau tubuhku ini tak sihat. Susah aku nak buat kerja.

“Hi, Imah. How’s the meeting last week? Hope everything was fine?” tiba2 saja Jackie muncul di hadapan mejaku.

Aku mengerut dahi sambil mengangkat muka ke arahnya. Ah, lambat betul ubat ni nak bertindak.

“Eh, kenapa ni? You sakit ke? Muka you pucatlah” Jackie segera mendepangkan tangannya dan meraba dahiku.

“Having a fever?” soalnya lagi. Aku menggeleng2kan kepala. Kalau dah sakit macam ni, aku memang malas nak bercakap. Harapnya dia faham aje bahasa badan aku ni.

“Then, period pain?” Jackie terus menerus menyoal.

“Gastric” jawabku sepatah. Aku memejamkan mataku sejenak, mahu mengelak dari menjawab pertanyaan Jackie.

“Oh my... you tak lunch ye. Hold on ya, I’ll get you something” Jackie akhirnya meninggalkan sisiku.

Aku merenung jam dinding office. Sudah pukul 4 petang rupanya. Waktu2 begini, hanya beberapa kerat saja penghuni office ini yang tinggal. Suzila pula entah ke mana. Mungkin ada urusan di luar. Biasanya mereka semua ni lebih banyak berurusan di luar pejabat. Lebih2 lagi dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang ni yang memaksa kami mencari client dengan lebih banyak.

Sebaik saja aku menghabiskan biskut bersama tuna yang dibawa Jackie, perutku terasa lebih lega. Dada pun dah semakin kurang sesaknya. Ah, nasib baik ada Jackie. Ada juga yang bertanyakan khabar.

“You’d better take care of yourself, Imah. Skipping lunch would do you no good. I know you wanna diet, but that’s not the way” Jackie yang sedari tadi memerhatikan aku makan mula bersuara semula.

Aku tersengih. Bila masa pulak la aku nak diet ni? Aku bukan dah kurus ke? Hahaha... tapi aku malas mahu menafikan kenyataan Jackie.

“I promise I wont skip lunch again. You have my word on it. Lagipun I terlupa la, bukan sengaja” jawabku dengan senyuman kecil. Gelihati melihat betapa risaunya Jackie.

“Good! Anyway, I ada hal mahu cakap dengan you. I would like you to take up Delicious You account, can or not? I got too much on my hand la right now. And my son is not really feeling well lately, so I always got to be home before 6. Pleaseeee.....” Sudah, Jackie ni dah buat muka kesian pulak.

Aisehmen... ini yang aku taknak ni. Bila dah start something, mesti terus kena ambil alih sampai habis. Aku gerun mahu berjumpa dengan Adam lagi. Confirmla dia akan sakitkan hati aku lagi. Isk...

“Can it not be me? I’d rather not take it up. Orang lain boleh tak?” aku pulak cuba buat muka kesian. Entah menjadi, entah tidak.

“Uh-huh... nope. I dont trust anyone as much as I trust you, Imah. I know I could always count on you. And Mr Adam is one of our new biggest client for us. Delicious you is not his one and only company, you know. We might be entrusted with his other companies’ accounts. Oh, come on. Dont be a spoil sport. Be confident. I already talked to Mr Khaidir about this and he totally agrees”

Siot betul la minah cina ni. Terus je bincang dengan boss tanpa beritahu aku dulu. Susah la aku nak menolak macam ni.

“If the boss says so...”

Matilah aku lepas ni. Confirm!

Monday, April 13, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 45

Mumbling o milanhawkin at 9:11 PM 3 demented soul(s)
Perlahan2 aku membuka mata. Beratnya mata ni. Di mana ni? Segalanya berwarna putih. Siling, dinding, langsir... sakitnya kepala...

“Hana...” itu suara Ummi. Aku berpaling mencari empunya suara. Ummi, Babah dan Balqish rupanya sedang mengelilingiku.

Kupandang wajah Ummi yang kelihatan sayu. Mata Ummi merah bagaikan baru lepas menangis. Babah yang berdiri di sebelah Ummi juga kelihatan muram.

“Kak Hana!” Balqish memelukku erat. Aku jadi kebingungan. Kenapa mereka begini? Apa yang dah berlaku?

“Ummi...” terasa sakit tekakku. Bagaikan berpasir.

“Hana sayang, Hana nak air?” bagaikan mengerti, Ummi menyuakan segelas air ke mulutku.

Balqish menolongku mengangkat kepalaku. Ya Allah, terasa lemah seluruh tubuh ini. Tekakku yang tadinya umpama berisi pasir, kini agak berkurangan pedihnya. Aku meneguk hampir separuh gelas. Ah, lega betul.

“Hana kat mana ni, Ummi?” aku cuba bersuara lagi walaupun masih serak2 basah.

“Hospital, sayang. Hana accident” terang Ummi. Tangannya mengusap2 rambutku dengan penuh kasih sayang.

“Kak Hana, jangan takutkan kami lagi. Qish tak nak Kak Hana tinggalkan Qish” ngongoi Balqish pula. Aku mengerutkan dahi. Accident? Bila? Adakah...

Aku memegang dadaku. Sakit. Sakit sangat. Kenapa aku jadi teringat pada Imran Hadi? Teringat pada gadis yang memeluknya erat. Teringat pada wajah tanpa rasa bersalahnya. Sakit...

“Kak Hana... kenapa ni? Sakit dada? Kejap, Qish panggilkan doktor” Aku memegang erat lengan Balqish, menghalangnya bangun.

Aku menggelengkan kepala sambil cuba mengukir senyum. Ummi dan Babah yang tadinya juga menunjukkan riak bimbang, mula berubah sedikit tenang.

“Dah berapa lama Hana kat sini?” aku mengajukan soalan pada mereka sambil cuba membetulkan baringku. Rasa kebas sedikit tubuhku. Kulihat kaki kiriku berbalut dengan simen. Tangan kananku juga dalam keadaan yang sama. Teruk juga aku accident rupanya.

“Tiga hari. Kami ingatkan...” beritahu Babah dengan terbata2. Kasihan kulihat Babah yang cuba menahan sedihnya. Terasa bersalah membuat mereka semua bimbangkan aku.

Tiga hari... Tiga hari lamanya...

“Alhamdulillah.. akhirnya Hana sedar jugak. Tiga hari Hana tak sedarkan diri, kami ingatkan dah takde harapan lagi. Nasib baik dah takde apa2. Tangan dengan kaki Hana patah. Nasib baik yang lain OK. Cuma lebam di sana sini” Ummi kembali mengalirkan air mata. Babah menepuk2 lembut bahu Ummi, menenangkan isteri tersayang.

“Maafkan Hana, Ummi, Babah, Qish...” aku pula yang sebak kini. Sungguh aku bersalah pada mereka yang menyayangiku. Tak patut aku buat begini, walaupun bukan ini pintaku. Tapi rasa kecewa yang mendalam rupanya membuat aku tak berdaya mengawal kereta.

Dari cerita Balqish, keretaku meluncur laju melanggar sebuah kereta Honda dan kemudian keretaku dirempuh pula oleh sebuah kereta pacuan empat roda. Nasibku baik bila aku tidak meninggal di tempat kejadian, sebaliknya hanya koma beberapa hari bersama patah tangan dan kaki. Ya Allah, cuainya aku.

Seketika kemudian Babah memanggil seorang doktor untuk memeriksa keadaanku. Doktor Khairul (seperti yang tertulis di name tag-nya) berkali2 menasihatkanku supaya banyakkan berehat. Nampaknya terpaksalah kutangguhkan kuliah tahun akhirku. Banyak benar dugaanku tahun ini. Harapnya aku boleh menghadapinya dengan tabah.

“Lain kali, bawak kereta tu jangan laju2. Jalan raya tu bukan medan perang. Bukan juga tempat berlumba. Not even a place for you to release your tension. Be careful next time. Kalau awak ada masalah, better bercerita dengan somebody, jangan pendamkan seorang diri” Doktor Khairul berbisik. Aku terpempam.

Nasib baik juga keluargaku sedang memerhati dari jauh. Kalau tidak, tentunya mereka dapat melihat betapa merahnya mukaku saat itu. Cheh, macam mana doktor ni boleh tahu pulak?

Aku sekadar menjelingnya. Malas mahu membalas. Suka hati awaklah nak cakap apa pun, tuan doktor!

Stetoskopnya dijauhkan dari dadaku. Dia mula menulis2 di atas file yang dibawa bersamanya tadi.

“Tak elok masam2 muka macam tu. Kalau awak senyum sikit, mesti ramai yang tergoda” Eh, dia ni, mengusik pulak?!

“Saya tengah sakit ni, lebam sana sini, macam mana nak senyum, dan mana ada orang boleh tergoda. Mengarutlah doktor ni! Dah sudah check tu, keluar je la” tukasku geram, malah sedikit kurang ajar.

Orang tengah sakit macam ni, boleh pulak dia nak mengusik. Mana aku tak marah? Sakit badan, sakit hati, sakit segala2nya!

“Saya tergoda je” jelas terserlah lesung pipit di sebelah pipi kirinya. Ingat awak tu hensem ke? Ingat saya ni apa?

Aku mencerlung geram ke arah doktor tinggi lampai itu. Aku jadi benci. Benci lelaki. Benci semuanya. Lelaki semuanya sama. Semua tak boleh dipercayai. Semuanya gatal. Semuanya mahu mempermainkan perempuan!

Belum sempat aku mahu membidas, Doktor Khairul bergerak keluar dari bilikku dan memanggil keluargaku masuk. Dia berbual2 dengan Babah di luar bilik. Ah, malaslah aku nak melayan. Aku letih. Aku nak tidur. Aku nak rehat.

“Dah, Hana rehat dulu ye. Dengar cakap doktor tu. Biar Ummi dan Babah balik dulu. Malam nanti kami datang lagi” Ish, sapa nak dengar cakap doktor gatal tu? Meluat aku tengok muka dia.

“Qish?” Ummi memandang Balqish. Kulihat Balqish menggeleng2kan kepalanya beberapa kali.

“Qish nak temankan Kak Hana” jawabnya. Ah, Balqish memang adikku yang manis dan lugu.

“Baiklah. Nanti Ummi bawakkan barang2 Qish sekali. Sayang rehat dulu ye” Ummi mencium lembut kedua pipiku. Babah juga menunduk dan mencium dahiku. Ah, aku takkan pernah kekurangan kasih sayang mereka. Aku patut bersyukur, walaupun mungkin tiada lelaki yang mahukan aku, aku masih punya Ummi dan Babah yang terlalu sayangkan aku. Aku juga ada Balqish yang akan sentiasa berada di sisiku di saat susah dan senang.

Namun, luka di hati ini... apakah akan ada ubatnya?

Saturday, April 11, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 44

Mumbling o milanhawkin at 10:34 PM 7 demented soul(s)
Hatiku tidak terasa pedih. Tidak sakit. Malah air mataku juga tidak terasa mahu mengalir. Aku masih tenang. Tapi... aku tahu. Kesakitan itu hanya aku akan rasakan bila aku berseorangan nanti.

Aku memandang Imran Hadi. Lelaki itu tampak serba salah. Wanita yg datang bersama dengannya tadi sudah hilang entah ke mana setelah Imran Hadi membisikkan sesuatu ke telinga wanita itu. Kamal Hadi pula setia menungguku di luar sana. Aku memejamkan mata seketika, cuba mencari kekuatan yang semakin hilang.

“Patutlah susah betul saya nak jumpa awak...” aku cuba memulakan perbualan. Ingin saja ketika itu aku menghamburkan segala rasa kecewa yang kurasakan saat ini. Mungkin masih ada sedikit kewarasan yang bersisa membuatkan aku berlagak tenang ketika ini.

Imran Hadi menggigit bibir. Apakah dia merasa bersalah?

“SMS saya tak berbalas. Bila nak call, tak pernah pula awak angkat...” aku mencuba lagi. Aku ingin sekali mendengarnya menidakkan semua ini. Hanya sedikit penafian, dan aku akan mempercayai segala katanya.

Tapi Imran Hadi masih berdiam diri. Duduknya resah, serba tak kena pada pandanganku. Tak mahukah dia menjelaskan segala2nya padaku?

“Siapa perempuan tu?” akhirnya aku bertanya.

“Girlfriend saya”

Terasa sebuah pisau tajam mencucuk rakus jantungku saat ini. Imran Hadi langsung tidak memandang wajahku. Permainan apakah ini? Kenapa awak begitu berterus terang?

“Habis... saya ni... siapa?” makin perlahan suaraku. Sungguh aku malu! Sangkaku, kami ini adalah pasangan kekasih. Mungkin aku tidak pernah menyatakan betapa aku sayangkan dia kini. Mungkin ini semua salahku kerana tidak pernah berterus terang. Aku biarkan dia bermain tarik tali. Aku biarkan dia meneka2 sendiri. Mungkin inilah balasannya padaku.

“Awak... cuma kawan saya. Maafkan saya kalau awak dah salah faham”

Begini senangkah seorang manusia itu boleh berkata2? Bagaimana dengan kasih yang telah tersedia untuk kuhulurkan padanya? Kenapa bila aku sudah begitu percaya padanya, dia sanggup pula menghancurkan harapanku?

“Sampai hati awak, Imran. Thank you for this lesson. I’ll remember it..forever..” dengan tenang, aku bangun dari tempat dudukku, dan terus keluar dari restoran tersebut. Tidak sekalipun aku mendengar Imran Hadi menahanku. Terasa diri ini memang tidak bernilai di matanya.

Kamal Hadi segera mendekatiku.

“Biar abang hantarkan Honey balik?” pelawanya. Wajahnya mengandung kebimbangan. Aku cuba untuk mengukir senyum, namun gagal sama sekali. Akhirnya aku menggelengkan kepala.

“Saya drive ke sini. Takkan nak tinggalkan kereta kat sini pulak” ujarku.

“Abang hantarkan ke kereta” Aku diam, menurut saja kehendaknya. Aku tak mampu melawan.

Aku hampir2 saja jatuh, saat kakiku terasa tidak bermaya lagi untuk melangkah. Seluruh tubuhku terasa lemah. Kamal Hadi cuba untuk memapahku, namun sekali lagi aku menolak khidmatnya. Tidak, aku harus bangun dari kekecewaan ini. Biar berapa kalipun aku harus tersungkur, aku perlu bangun dengan kekuatanku sendiri.a

“I’m worried, Honey. Mana boleh Honey drive macam ni” Kamal Hadi agaknya masih cuba memujukku untuk menghantarkan aku pulang.

Aku menekan alarm kereta dan membuka pintu. Aku pandang Kamal Hadi sekilas.

“No need. Nanti apa pula kata Balqish. Saya tak nak...” aku tak mampu lagi untuk berkata2. Penat... sungguh aku penat...

“Abang cuma nak hantar Honey balik aje. Abang risau kalau apa2 jadi pada Honey nanti”

“Tak perlu awak nak risaukan saya, Kamal Hadi. Awak cuma perlu risaukan Balqish”

“Honey, please... I still love you”

Aku sekadar tergelak kecil. Kenapa Kamal Hadi masih mahu mempermainkan aku begini?

“Awak nak cakap yang awak tak sayangkan Balqish? Tak cintakan Balqish? Begitu?”

Kamal Hadi diam, menunduk. Tangannya bermain2 dengan cermin sisi keretaku.

“Kalau awak sayangkan saya, tinggalkan Balqish!”

Kamal Hadi mengangkat muka dengan wajah terkejut. Aku pasti kini, bahawa Kamal Hadi juga mencintai Balqish. Ah, lelaki...

“Kenapa awak masih nak nafikan yang awak cintakan Balqish? Awak mesti tak dapat bayangkan hidup awak tanpa dia kan? Macam saya juga, Balqish terlalu istimewa dalam hidup saya”

Lama Kamal Hadi mendiamkan diri di sisi keretaku. Aku menarik nafas panjang.

“Saya dah lama maafkan awak, Kamal Hadi. Mungkin hubungan kita dulu adalah satu kesilapan. Malah, awak juga mungkin merasa bersalah pada saya, jadi awak harapkan saya masih dapat menerima awak kembali. Tapi saya yakin, awak takkan mungkin tinggalkan Balqish. Awak sayangkan dia kan?”

Akhirnya, lelaki itu mengangguk jua. Peliknya, aku langsung tidak merasa sakit hati mahupun kecewa. Mungkin kerana sudah lama aku menerima kenyataan ini. Inilah kebenarannya.

“Saya balik dulu ya. Terima kasih kerana temankan saya hari ni” Aku menghidupkan enjin kereta, dan tanpa pamit, aku berlalu dari One Utama. Sebaik saja kereta ini memasuki lebuhraya, air mataku mengalir laju. Pandanganku kabur dek air mata yang membanjiri pandanganku.

Wednesday, April 8, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 43

Mumbling o milanhawkin at 2:28 PM 3 demented soul(s)
‘Honey, I need to see you. Where can we meet?’

SMS itu kupandang dengan kerut di dahi. Perasaanku bercelaru. Keliru. Perlukah kubalas?

‘Sorry. Sy xnk Qish benci sy’

Satu-satu aku menekan pad telefon bimbitku. Apa benda la si Kamal Hadi ni nak dari aku lagi? Aku tak mahu Balqish menaruh prasangka. Lagipun, aku sudah tidak ada urusan dengannya lagi.

‘Jgn risau. Ini bukan psl kita. Ini psl Imran Hadi. Pls Honey, u need to hear me out’

Kamal Hadi masih mendesak. Aku makin benci bila dia asyik memanggilku ‘Honey’. Bukankah aku dah haramkan perkataan itu untuknya?! Tapi... apa pula halnya dengan Imran Hadi dengan Kamal Hadi?

Aku akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan Kamal Hadi di One Utama. Kami berjanji untuk berjumpa di depan pintu utama. Kamal Hadi terus saja menarik tanganku dengan kemas dan membawaku masuk ke dalam Sushi King. Beraninya dia!

Aku merentap tanganku keras sambil menjeling tajam ke arahnya.

“Honey, duduk dulu. Abang nak cakap something ni” pujuk Kamal Hadi sambil cuba menarik tubuhku untuk duduk. Akhirnya aku mengalah. Aku mengalah kerana aku ingin tahu apa yang lelaki ini mahu bicarakan tentang Imran Hadi.

“Awak, boleh tak stop this nonsense of ‘abang & Honey’ ni? Awak obviously sedang bahagia dengan Balqish. Jangan...”

“It’s because I still love you, Honey. Mana boleh abang lupakan Honey macam tu je” dia memotong percakapanku.

“Please la, Kamal Hadi. Jangan cuba nak keruhkan keadaan sekarang ni. Baik awak ceritakan saja apa yang awak nak cakap pasal Imran Hadi. Saya tak nak dengar benda lain” tegas aku nyatakan pendirianku. Lelaki memang tak boleh dibagi muka.

Kamal Hadi menarik nafas panjang. Mungkin sedang cuba menyusun ayat?

“Kekasih yang awak sayang dan cinta tu...” kata2nya berbaur cemburu....

“... sekarang ni sedang bercinta dengan perempuan lain! Dia cuma mainkan awak, Honey!”

Aku kaku memandang wajah Kamal Hadi. Aku cuba tersenyum sinis. Berguraukah lelaki ini?

“Awak... saja je nak kacau hubungan saya dgn dia kan? Awak sengaja reka cerita ni!” suaraku kedengaran sebak.

“Abang takkan tipu Honey psl benda2 macam ni. Tolonglah percaya, Honey”

Aku sebenarnya percaya, kerana saat itu aku melihat Imran Hadi memasuki restoran yang sama bersama seorang gadis kacukan yang sedang memeluk pinggang lelaki itu dengan rapat.
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review