|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, July 31, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 15

Mumbling o milanhawkin at 2:04 PM 3 demented soul(s)
Aku mengerling sedikit pada wajah kacak Kamal Hadi. Dia nampak begitu asyik menikmati tomyam sayur di hadapannya. Berdesit2 dia menahan kepedasan. Itulah, tak tahan pedas tapi tetap juga nak makan pedas. Ada rona merah di pipinya sementara matanya sudah mula berair. Terseksa jugak tengok mamat ni makan. Aku tersenyum sendiri.

“Awak ni, tak tahan pedas janganlah makan pedas” tegurku akhirnya. Kamal Hadi mengangkat mukanya, dan kemudian mengukir sebuah senyuman malu. Lagilah dia nampak comel gile.

“Saya memang suka makan pedas. Tak best la tak pedas. Awak tu kenapa tak makan?” balasnya sambil mengunjukkan pada pingganku yang tak luak.

Aku tersengih. Nasi goreng kampung yang ku order tadi sekadar menjadi mainan pada sudu di tanganku. Aku lapar, tapi aku lebih mahu mengetahui kenapa Kamal Hadi mengajakku keluar. Hasilnya, hanya sesuap dua yang masuk ke mulutku. Itupun aku tidak dapat menikmati kesedapannya.

“Saya kurang sikit makan malam2 ni” aku memberi alasan. Kamal Hadi mengorak senyum lagi. Kali ini nampak lebih nakal.

“Nak diet ek? Buat apa nak diet? Saya suka je awak macam ni. Bukannya gemuk pun” usikannya membuatkan pipiku bersemu merah. Ish, kenapa rasa bahagia ini perlu bertandang di hati sedangkan kutahu perasaan itu bukan milikku.

Mata kukitarkan ke arah restoran. Restoran yang menjadi tempat biasa pelajar2 kampusku untuk mengenyangkan perut. Restoran mamak yang dibuka 24jam, sememangnya amat menguntungkan bila ramai yang bertandang. Lagipun makanan di sini tidak kurang hebatnya dengan masakan melayu. Apa lagi dengan roti canainya yang memang enak.

Ada beberapa pengunjung restoran tersebut yang memang kukenali. Mereka nampaknya begitu taksub memandang kami. Atau sebetulnya, memandang Kamal Hadi. Maklumlah, ‘The most eligible bachelor’ kat kampus. Mungkin saja mereka tertanya2 apa yang aku buat bersama Kamal Hadi di sini. Bukannya aku tidak tahu, yang sebelum ini Kamal Hadi tidak pernah keluar dengan mana2 gadis pun. Tidak di dalam kampus, tidak juga di luar kampus. Sebab itu aku agak tergamam bila mendapat mesejnya mengajakku makan malam. Pelik, kan? Bukankah dia sendiri sudah menolak luahan hatiku dulu? Takkan dia sendiri lupa?

Mungkin akulah perempuan pertama yang berjaya keluar dengan Kamal Hadi, berdua2an pula tu. Mungkin nanti ramai jugalah yang membenciku kerana merampas lelaki pujaan kampus itu. Aku seolah2 teruja untuk mendengar berita bagaimanakah yang akan dijaja tentangku nanti. Persoalannya, dari siapa sebenarnya Kamal Hadi ini kurampas?

“Kalau awak tak nak makan, meh sini saya tolong awak habiskan” suara Kamal Hadi itu memecahkan lamunanku.

Aku makin tersentak bila Kamal Hadi menarik pingganku ke tengah. Aku tidak sempat menahan bila tangan lelaki itu mencapai sudu dari tanganku, dan mula menyuapkan nasi goreng itu ke mulutnya. Sungguh aku tak tahu apa yang patut kuucapkan saat itu.

“Awak, itu... emm... nasi goreng saya... saya dah makan sikit...” tergagap2 aku menegur. Aku malu sebenarnya. Apa lagi bila aku pasti perbuatan Kamal Hadi itu dilihat jelas oleh beberapa pengunjung di situ.

“Lah, apa salahnya. Awak pun tak nak habiskan. Diet konon. Nah, makan sikit” kali ini Kamal Hadi menyuakan sesudu nasi itu ke arahku. Bulat mataku merenungnya. Dia ni buang tebiat ke? Kenapa romantik semacam je ni? Kenapa awak buat saya keliru ni?

“Eh, awak... taknaklah...” tolakku perlahan. Segan aku dibuat lelaki ini. Aku menggeleng perlahan. Takut benar jika dia benar2 menyuapku. Selain Ummi, tiada siapa yang pernah menyuapku makanan.

“Makanlah sikit...” pujuknya lagi. Aku mengertap bibir. Kamal Hadi masih setia menatang sudu itu hampir ke arah mulutku. Sudah, takkan nak main paksa kot?!

“Tak payahlah, awak. Saya dah kenyang ni. Awak makan jelah..” sekali lagi aku cuba menolak. Sedikitpun aku tidak mengangkat wajahku. Takut mahu bertentang mata dengannya. Apalagi dengan kelakuannya yang memang terlalu luar biasa bagiku pada hari ini.

“Sikit je. Please? Nah... bukaklah mulut tu...sikit je...” aku terpaku saat jemarinya sudah berani menyentuh daguku.

Ya Tuhan, benarlah dia tidak mahu mengalah! Mengingatkan kami berada di tempat awam, malah beberapa orang di antara mereka mengenali kami, aku menerima juga suapan dari Kamal Hadi. Antara paksa dan rela. Walaupun aku tak puas hati dengan tindakan lelaki itu, aku tak jadi memarahinya bila melihat betapa lebarnya senyuman Kamal Hadi.

“Ha.. macam tulah. Bukan susah pun, kan sayang?” Hampir saja tersembur nasi yang kukunyah tadi. Buntang mataku memandangnya. Tapi dia buat tak nampak je. Atau ini semua ilusiku semata2?

Saya tak paham, awak. Apa awak cakap ni? Apa sayang? Kenapa sayang? Atau awak yang tersasul? Awak benar2 tersasul kan? Awak tak maksudkan apa2 dengan perkataan tu kan? Atau awak tengah main2kan saya?

Aduh, kenapa aku tak punya keberanian untuk bertanya itu semua pada Kamal Hadi? Persoalan ini, dan tingkahnya, membuat aku makin gelisah.

“Sebenarnya kan, awak nak jumpa saya ni kenapa? Ada hal penting ke awak nak cakap?”

Fuh... leganya bila dah keluar separuh dari persoalan yang melanda diriku. Kamal Hadi merenungku dalam2, hingga aku jadi serba tak kena. Ada apa2 ke kat muka aku? Kalau takde, kenapa dia nampak macam nak gelak je? Pantas aku meraba2 wajahku.

“Takde pape la kat muka awak tu. Dah cukup comel dah untuk saya”

Sungguh, aku tak tipu. Aku ternganga mendengarnya.

Sunday, July 27, 2008

Jodoh : 1

Mumbling o milanhawkin at 12:20 PM 2 demented soul(s)
Aku tunduk, menguis2 lantai. Nasib baik je kaki aku ni tak diperbuat dari besi. Kalau tidak, memang dah lama berlubang lantai kayu rumah ibu ni. Menyesal pulak aku balik kampung. Kalau bukan kerana aku rindukan ibu dan kampung halaman ni, takde le aku nak buang masa dan tenaga memandu berjam2 ke sini.

Ish, tak baik betul la aku ni. Ada pulak menyesal. Dah memang aku rindukan ibu, balik je la. Buat apa nak kisah dengan leteran ibu ni. Bukannya kali pertama ibu membebel kat aku. Tapi bosannya bila asyik perkara sama saja yang dibangkitkan. Cuba la tanya pasal kerjaya aku ke, kelab memasak yang aku join tu ke, ada jugak cerita baru yang boleh aku sampaikan.

“Tengok tu, kalau ibu cakap sikit pasal ni, kamu diam je. Cubalah bagitau ibu berita gembira sikit” Ibu masih lagi membebel. Aku tetap juga diam di situ, membiarkan ibu dengan leterannya.

“Kamu tu bukannya muda lagi. Dah nak masuk 30. Ha.. bulan 8 ni, genaplah umur kamu tu. Sampai bila kamu nak membujang je ni. Kamu tu anak dara, bukannya anak teruna. Dah sakit telinga ibu ni dengar orang kampung ni dok mengata anak ibu ni anak dara tak laku”

Ah, ibu, sakit telinga ibu takkan sama dengan sakit yang anak ibu rasakan ketika ini. Kenapalah manusia ini suka menentang hukum alam? Hukum Allah? Sudah ditentukanNya aku masih begini, kenapa dipersoalkan takdir tuhan itu?

Kalau diikutkan hati, mahu saja aku menjerit pada dunia ini. Aku bukannya menyusahkan sesiapa. Aku tidak mengganggu sesiapa. Kenapa mereka semua mahu menghukum aku begini. Tapi beginilah keadaan di kampung. Masing2 saling ingin mengambil tahu. Bila dah tiada cerita baik yang boleh disampaikan, maka cerita tak elok pula akan diperdengarkan. Ah, manusia.

“Kat bandar tu, takkanlah takde sorang pun yang kamu berkenan? Kat tempat kerja kamu tu pun, takkan takde lelaki pun yang kamu jumpa? Kenapalah susah sangat kamu ni nak dapat jodoh. Kena mandi bunga agaknya kamu ni”

Ibu, mohon janganlah calarkan hati anakmu ini lagi. Tak kasihankah ibu pada anakmu ini, bu? Di bandar tu memang ramai lelaki. Di tempat kerja pun ramai juga lelaki, ibu. Masalahnya, tiada antara mereka itu yang mahukan anakmu ini, ibu. Tiada yang berkenan pada anakmu ini, bu. Sementelah, anakmu ini juga sudah tidak mahu patah hati lagi. Cukuplah berkali2 anakmu ini ditolak, bu. Cukuplah semua itu.

Oh, rintihan hati ini hanya dapat kulagukan dalam hati. Tidak mampu aku luahkan pada ibu. Aku masih kenal apa itu malu. Aku tak mampu meluahkan semua ini pada ibu. Maafkanlah Imah pun kerana sentiasa menyusahkan hatimu itu.

“Dah takde jodoh lagi, bu. Nak buat macam mana” akhirnya aku bersuara dalam getar yang tak sudah.

Kutahan saja rasa sebak yang bertandang. Kulihat ibu mendongak memandangku yang sedang berdiri di jendela. Dari kerlingan mata, kulihat tangan tua itu berhenti seketika dari melipat kain baju yang baru diangkat dari ampaian. Wajah ibu nampak mengendur. Mungkin dia juga dapat merasakan betapa keruhnya hatiku saat itu.

“Jodoh tu boleh dicari. Nak ibu carikan?” pelawaan ibu itu mengundang gusar di hati ini. Ibu, janganlah jatuhkan maruah anakmu hingga ke tahap itu, ibu. Sekali, hanya sekali bu, pertahankanlah harga diriku ini.

Aku menggeleng. Ibu mula mengerut dahi, kemudiannya memasamkan muka. Ibu marahkah? Merajukkah?

“Tengok tu, bila ibu nak carikan, kamu berlagak pula tak mahu. Apa salahnya kalau ibu yang carikan?” marah ibu. Aku diam lagi. Tiada gunanya aku menjawab.

Ini bukan kali pertama ibu menawarkan khidmatnya. Aku memang tak pernah bersetuju jika itu yang ibu mahukan. Aku ada alasanku sendiri. Dan aku tahu alasanku ini amat kukuh. Biarlah ibu dan orang lain mengatakan aku ini jual mahal dan berlagak. Tapi aku lagi takut untuk menerima hakikat andainya aturan ibu itu tidak berjaya. Aku tidak mahu lagi dibuang ibarat sampah. Aku tak mahu lagi disisihkan ibarat kayu buruk yang tiada gunanya.

“Sampai bila kamu nak hidup sorang2 macam ni? Ibu nak la jugak tengok anak kamu. Entah macam mana la rupanya...”

Entah ada ke tidak, ibu. Rasa macam takkan ada je. Adeh, kalau itu jawapanku pada ibu, nescaya akan melayanglah kain2 itu ke arahku. Lepas tu aku jugakla yang kena lipat balik. Tak mo le...

“... sebelum mata ibu ni tertutup...”

Ah, sudah... bila dah masuk bab mata nak tutup, mata nak pejam tak nak celik, ni yang susah sikit. Yang lain aku boleh handle lagi. Bab yang ni... lemah betul badan aku saat ini.

“Ibu ni tak baik cakap macam tu tau. Sikit2 nak pejam mata. Sikit2 mata nak tutup. Kot ye pun nak tidur, takyahla cakap kat Imah. Ibu masuk je la bilik tidur. Biar Imah je yang sambung lipat kain tu. Saja la tu nak suruh orang lipat kain”

Aku nampak mata ibu membulat. Bibir tua ibu dikertap dengan kemas. Ibu nak marah la tu. Aku tersengih macam kerang busuk, err.. busuk ke? Baru mandi ni tau!

Apa kenalah dengan aku ni ye. Kejap rasa nak buat lawak, kejap sedih macam dunia nak kiamat. Agaknya emosi andartu ni memang dah tak stabil ye. Kesian aku.

“Ya Allah budak ni, inilah dia... suka sangat loyar buruk. Tadi kemain senyapnya. Ingatkan dah insaf.. ishh... geramnya aku...”

Aku tergelak sakan. Sapa suruh ibu bangkitkan hal tu pada aku. Lagipula, cuma ini saja caranya untuk aku alihkan perhatian ibu. Kalau tidak, sampai ke malam le ibu akan membebel tentang hal anak dara tua ni.

“Alalalala... merajuk pulak Datin Mona, eh eh.. silap, Datin Munah ni. Tula, sapa suh membebel kat Imah. Bila Imah jawab, marah pulak” sengaja pula aku membalas dengan sengih di bibir. Rasa nak tergelak lagi bila tengok wajah ibu yang makin berkerut dan masam itu. Ala, bila lagi aku nak mengusik ibu.

“Kamu ni, suka sangat main2. Tak pernah nak serius” Lagi2 ibu menarik muka. Kuhampiri ibu dan kulingkarkan lenganku ke leher ibu. Kupeluk erat tubuh ibu yang sudah semakin dimamah usia.

Sebenarnya aku tidak mampu berkata2 kerana mataku sudah bergenang hebat.

====================================================================

Ini le kes mengada2 campur kes takde idea. Novel Amihana pun belum siap lagi da nak wat citer baru. Ekceli, milan tgh xde idea utk novel Amihana tu. Tgh mencari idea ni, tup2 terbuat plak cerpen baru. So, terimalah seadanya.... uhuhuhuh

Wednesday, July 23, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 14

Mumbling o milanhawkin at 9:02 PM 2 demented soul(s)
Nota kepala: Teman2 kat Cari.com, or if anyone from cari.com that happens to read this post, mintak tolong sampaikan pada mereka2 kat sana... milan mintak maaf sangat2 sebab takleh nk post dlm forum sana. Puas milan try nk login, sampai hari ni pun milan still xleh login. Dunno what happened. Sakit hati pun ada ni. Server Cari dah makin bengong. Jadinya, milan xleh nk post anything ke sana. Milan update kat sini aje la ye... kawan2.. tolong sampaikan pada yang lain. Milan sendiri dah tak tau macam mana nak buat announcement... (T T)
========================================================

Hari tu rasa macam lama je cuti... Sekarang ni rasa macam baru semalam aku mula bercuti. Alih2 hari ni aku dah kena mendaftar semula ke kolej dan asrama. Aku kembali ke asrama hari ini dengan dihantar oleh Babah. Balqish juga kembali mendaftar ke kolejnya. Tidak seperti aku yang perlu bersiap ke asrama, Balqish lebih rela menapak ke kolej. Lagipun Balqish hanya perlu mengambil satu bas saja dari rumah untuk ke kolej. Menyesal pula aku berdegil mahu tinggal di asrama dulu, walaupun rumahku masih dikategorikan dekat dengan asrama dan kolej. Kalau tak, boleh jugalah aku melepak lagi di rumah, macam Balqish.

“Kak Hana, kirim salam pada Abang Kamal tau” bisik Balqish sambil mengenyit matanya padaku, sebelum dia berangkat ke kolej. Aku sekadar tersenyum nipis. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

Entah apa perasaanku ketika itupun, aku kurang pasti. Walaupun rasa kecewaku sudah agak berkurangan, aku masih belum mampu bercerita tentang Kamal Hadi dengan tenang di hadapan Balqish. Biarlah ini semua menjadi rahsiaku untuk selama2nya.

Tapi bagaimana pula kalau Kamal Hadi menceritakan tentang luahan perasaanku padanya sedikit masa dahulu kepada Balqish? Adakah mereka akan membicarakan tentang aku? Apa yang mereka bualkan ya? Selalunya pasangan kekasih ni, bergayut kat telefon berjam2 lamanya untuk apa ya?

Aku rasa walau apapun yang mereka bualkan, tiada mengenaiku yang dibicarakan mereka. Sebabnya, Balqish sudah tentu akan mendapatkan kepastianku mengenai apa2pun. Balqish bukan jenis yang suka memendam perasaan. Dia lebih suka berterus terang daripada tertanya2 sendiri.

Come on, Hana! Lupakan semua ini. Hari ini kan hari pertama kau kembali ke asrama dan kolej. Lebih baik tumpukan perhatian pada study. Ada juga gunanya!

Kebetulan kali ini, aku dan Aida masih lagi sebilik walaupun bukanlah di bilik yang sama seperti sebelum ini. Awal2 lagi sudah ku sms pada Aida memberitahunya di mana bilik kami. Sudah menjadi adat di asrama ini, setiap semester kami semua akan diberi bilik yang berlainan dari semester sebelumnya. Tujuannya untuk menguatkan ukhuwwah antara pelajar2 di asrama itu. Dan biasanya juga, pelajar2 baru akan dimuatkan bersama2 dengan pelajar lama supaya tidak ada masalah di antara junior dan senior.

Tit! Tit! Ada mesej yang masuk.

‘Hana, dah sampai asrama? - KH’

Aku merenung mesej itu, lama. Kamal Hadi? Kamal Hadi! Apa perlunya dia menghantar mesej begini padaku? Mahu berlagak ambil-beratkah? Untuk apa? Mungkinkah dia sudah mengetahui bahawa aku ini kakak kepada Balqish? Yalah, takkan Balqish tak beritahu dia pula kan?

Teringat pesanan Balqish pagi tadi, aku menekan2 huruf2 di pad telefonku itu.

‘Sy dh sampai asrama. Mana tau ni? Awek ckp ke?’

‘Huh? Awek? Pandaila awk wat lawak. Sy nmpk awk td. Jom lunch?’

Tergamam aku seketika menatap skrin telefon bimbit. What? Apa yang Kamal Hadi repekkan ni? Kenapa nak ajak aku lunch pulak? Dan kenapa dia seolah2 tidak faham dengan mesejku sebentar tadi? Aduyai, apa aku nak balas ni?

‘Sy dh lunch. Lain kali ye’

‘If so, how bout dinner?’

Ah sudah... apa kena dengan Kamal Hadi ni? Kenapa beria2 pula mahu mengajak aku makan ni? Penat2 je aku diet kat rumah, datang sini je dah ada orang suruh aku gemukkan badan.

Tidak dinafikan, pelawaan Kamal Hadi ini memberi rentak baru pada jantungku ini. Terselit perasaan gembira bila membaca mesejnya. Namun dalam pada itu, aku terasa bersalah pada Balqish. Apakah aku ini sememangnya perampas kebahagiaan orang lain?

‘Napa beria sgt ajak ni? Ada pape ke?’

‘Rindu...’

Aku mengertap bibir.

Monday, July 14, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 13

Mumbling o milanhawkin at 10:00 PM 0 demented soul(s)
Cuti semester kali ini kurasakan begitu panjang. Kalau diikutkan rasa hatiku saat dan ketika ini, aku tak ingin berada di rumah. Tapi aku juga tak ingin kembali ke universiti. Aku sendiri tidak pasti ke mana ingin kubawa diri ini.

Perasaan kecewa dan kesal begitu tebal di dalam hati. Aku tak tahu pada siapa aku ingin mengadu. Selalunya Balqishlah tempat kuluahkan segala masalah yang kulalui. Kali ini, takkan mungkin aku mengadu pada adikku itu. Lebih2 lagi bila hal ini melibatkan dirinya juga.

Pada Aida? Atau pada Shima, teman baikku semenjak dari sekolah menengah? Atau Adli, jiranku? Nope, nehi he... egoku terlalu tinggi aku bercerita hal yang bagiku terlalu peribadi ini. Pada Ummi? Hmm.. aku tak mahu menyusahkan Ummi. Sudah cukuplah segala kasih sayangnya padaku selama ini. Pada Babah, lagilah aku tak berani mahu bercerita hal sepele begini.

Pagi2 lagi aku meminta izin dari Ummi dan Babah untuk keluar. Kereta Ummi kupinjam. Sengaja aku tidak mengajak Balqish menemaniku, seperti selalunya. Lagipun adikku itu masih lena dibuai mimpi. Nasib baik dia tengah 'cuti', kalau tak mesti Ummi membebel sepanjang hari.

“Nak ke mana, Hana?” soal Ummi, sewaktu menyerahkan gugusan kunci padaku. Aku tersenyum pahit. Apa yang ingin kucakapkan?

“Mungkin Hana ke MPH dulu, Ummi. Lepas tu Hana nk jumpa kawan sekejap” jawabku, separuh berbohong. Aku memang mahu ke MPH, tetapi bab ‘kawan’ tu sekadar alasanku. Mana mungkin aku mahu ke Perak semata2 mahu berjumpa Aida, atau ke Seremban untuk berjumpa Shima. Adli? Hmm... dia ada rumah ke? Mamat tu bukannya reti nak melekat kat rumah waktu2 cuti begini.

“Hana ada masalah ye” serkap jarang Ummi memang selalunya mengena. Ibu manalah yang tidak kenal anaknya, kan? Meskipun aku hanyalah anak angkatnya, tetapi Ummi lebih mengenali aku dari ibuku sendiri, yang kini entah di mana.

Aku cuba menghadiahkan senyuman untuk Ummi, namun aku gagal.

“Dahlah, takpe... kalau Hana belum bersedia nak bercerita, Hana simpanlah dulu. Tapi Ummi percaya anak Ummi pandai jaga diri”

Suara lembut Ummi benar2 menyejukkan hati ini. Aku mengangguk perlahan.

“Hana pergi dulu ye, Ummi”

“Tak nak ajak Qish ke, Hana?” Cepat2 aku menggeleng.

“Hana nak bersendirian dulu ye, Ummi. Kalau Qish merajuk, Ummi tolong pujukkan untuk Hana ye. Ummi bukan tak tahu Qish tu” Sempat lagi aku tinggalkan pesan untuk Ummi.

Sewaktu aku mengeluarkan kereta dari garaj, aku menjeling juga pada jiran sebelah rumah. Seperti yang kujangka, kereta Adli tidak berada di halaman rumahnya. Dah agak, cuti2 macam ni mustahillah dia nak melepak di rumah. Kalau tak ke kelab golfnya, mungkin sekali dia bermain futsal.

Aku bergerak ke Mid Valley dan sampai dalam masa setengah jam di sana. Maklumlah, jalan lengang. Tanpa berlengah, aku bergegas masuk ke dalam MPH, my favorite place of all.

“Ouch!” aku terjerit kecil bila bahuku dilanggar kasar. Habis terjatuh beg sandangku. Sakit gile!! Aku menunduk untuk mengambil begku. Belum sempat aku mahu menyumpah seranah manusia yang tak berhati perut itu, dia terlebih dahulu bersuara.

“You’d never learn from previous mistakes kan?” Ya Allah, kenapalah aku tak pernah dapat lari dari lelaki ini? Kenapa dia selalu ada kat sini? Mamat senget ni tak nampak macam budak nerd, jadi apa kejadahnya dia selalu ada kat MPH ni??

“Sakitlah! Apsalla kau ni suka sangat cari pasal dengan aku hah?” jeritku dengan geram. Aku dah tak peduli pada pandangan pengunjung2 lain.

Si Mamat Senget tu pun nampak tak peduli juga. Makin dia tersengih kambing.

“Yang kau tu letak mata kat lutut buat apa? Aku ni sikit punya tinggi pun kau tak nampak, nampak sangatlah mata kau tu ada masalah. Jangan pandai2 nak salahkan aku plak” ujar Mamat Senget sambil bercekak pinggang di hadapanku.

Makin sakit pula hati ini diperlakukan olehnya. Geramnya!!!

“Kot ye pun terlanggar, takkanlah kuat macam ni. Walaupun badan kau tu kurus macam penyapu lidi, tapi still sakit! Kurang asamlah kau ni. Tak reti langsung nak hormat perempuan. Kau ni, saja je cari pasal dengan aku kan?”

“Eh, minah perasan, aku tak hingin nak sengaja2 cari pasal dengan kaulah. Kau ingat kau tu siapa? Entah2 kau tu yang saja nak tarik perhatian aku kan? Maklumlah, aku kan boleh tahan hensemnya”

Oh tidak, aku teringin sekali menghadiahkan penerajang sulungku padanya! Tapi langkahku dihentikan bila seorang pekerja MPH menghampiri kami.

“Maaf ye, kalau nak bergaduh, nak bertekak, nak berperang, sila lakukan di luar premis perniagaan kami. Sila encik dan cik hentikan pergaduhan ni atau silakan keluar saja dari sini” ucap pekerja MPH itu dengan senyum kelat.

Aku mendengus, menghentakkan kaki dan terus menuju ke rak buku Romance. Si mamat senget itu kulihat terus keluar dari MPH. Fuh.. lega..Namun kelegaanku tidak lama. Seketika kemudian aku terlihat kelibatnya dari rak yang tidak jauh dariku. Dengan niat jahat yang tiba2 saja datang, aku menunggu dengan tenang di suatu sudut. Si mamat senget nampak leka mencari2 buku, atau lebih tepat lagi, mencari sesuatu kerana dia nampak tertinjau-tinjau seolah2 sedang mencari2 seseorang. Entah2 dia tengah cari aku untuk cari pasal lagik. Tak mungkin aku nak bagi dia peluang lagi.

Dan...

Bedebuk!! Aku tersengih melihat mamat senget terjatuh dek tersadung oleh kakiku.

“Hahaha... Sekali macam nangka busuk daa...”

Belum sempat si mamat senget bangun, aku terlebih dahulu berlari meninggalkan MPH. Hahaha.. puas hati aku bila dah balas dendam.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku tersenyum sorang2. Memang padan betul dengan muka mamat senget tu. Siapa suruh cari pasal dengan aku time aku tengah frust2 macam ni?! Hilang sekejap rasa gundahku. Lebih2 lagi bila teringatkan wajah mamat senget yang kemerahan menahan malu... comel gak dia malu2 gitu. Erk!

Thursday, July 3, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 12

Mumbling o milanhawkin at 7:12 PM 0 demented soul(s)
Aku memejamkan mata, menarik nafas panjang. Terasa basah hujung mataku. Kutarik lagi nafas dalam2. Bibir bawah kugigit, menahan suara yang bakal keluar jika tidak kutahan. Aku kembali memeluk erat bantal golek kesayanganku. Badan kupusing ke kiri dan ke kanan. Aku tidak mampu melelapkan mata. Aku tak boleh tidur!

Aku sudah patah hati... Aku sudah kecewa. Walaupun ini semua termasuk dalam jangkaanku, namun aku tidak pernah menyangka gadis yang berjaya menawan hati Kamal Hadi adalah adikku sendiri. Kenapa bukan aku? Aku yakin aku terlebih dahulu mengenali lelaki itu. Aku yang terlebih dahulu jatuh hati padanya. Jadi kenapa Balqish..

Aku mengerling ke arah sekeping gambar di atas meja di tepi katilku. Gambar aku bersama Balqish. Manisnya senyuman Balqish. Melihatnya membuat aku rasa bahagia sekaligus sakit hati. Tuhan... apa yang harus kulakukan?

Aku tidak pernah berebut apa2 dengan Balqish. Aku juga tidak ingin menjadi perampas. Aku bukan manusia keji yang sanggup bersaing dengan adik sendiri, meskipun Balqish bukan adik kandungku. Tapi, aku benar2 mahu memiliki Kamal Hadi. Sudah terlalu dalam perasaan ini pada Kamal Hadi. Bagaimana aku mahu menerima hakikat bahawa teman lelaki kepada adikku adalah lelaki yang kupuja?

Terbayang wajah ceria Balqish petang tadi, sewaktu menceritakan saat perkenalannya dengan Kamal Hadi. Bukan main panjang muncung Balqish sewaktu aku sengaja meneka bahawa Shahid itu teman lelakinya. Bila jarinya singgah pada gambar Kamal Hadi, wajahnya kemerahan. Hatiku tersayat pilu.

“Kak Hana kenal dia ni” ujarku, sengaja memancing reaksinya. Ternyata wajah Balqish semakin ceria.

“Betul ke, Kak Hana?” Bulat matanya merenungku. Senyumannya makin lebar, makin menawan.

“Kami satu kelas. Siap satu kumpulan lagi tau” Entah kenapa aku mengkhabarkan perkara itu. Adakah aku ingin membuat Balqish cemburu? Atau aku sengaja mahu menyakitkan hati adikku ini?

“Wahhh... kalau macam tu, Kak Hana memang kenal rapatla dengan Abang Hadi. So, what do you think? Dia baik kan?” Ah, Balqish mana mungkin cemburu. Bukan padaku. Adakah dia menyangka aku tidak akan pernah cuba merampas Kamal Hadi darinya?

“Kami memang rapat. Dan dia memang baik. Siapa je yang tak terpikat pada dia. Charming, talented, handsome, charismatic... semua ciri2 jejaka idaman ada padanya” pujiku. Mungkin aku terlebih puji...

“Mmm... Qish pun rasa macam tu. Tak sangka betul dia sudi terima Qish. Dia pernah cakap, Qish ni mengingatkan dia pada seseorang...”

Qish... Qish... bagaimana agaknya reaksi Balqish jika dia tahu bahawa aku juga memuja lelaki yang sama? Adakah dia akan mengalah? Atau dia akan menentang habis2an? Tapi aku tak sanggup kehilangannya sebagai adik.

Bantal golek itu kupeluk sekuat hati....

Tuesday, July 1, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 11

Mumbling o milanhawkin at 5:18 PM 0 demented soul(s)
Sepanjang minggu terakhir, aku begitu tekun menghabiskannya masaku di kampus dengan menyiapkan assignmentku. Nasib baik ini adalah assignment individu, jadi aku tidak perlu mengadakan diskusi untuk menyiapkan kerjaku ini.

Walaupun aku begitu rindu mahu menatap wajah tenang milik Kamal Hadi, aku tahankan jua hinggalah pada hari terakhir aku di kampus. Hanya mesej saja yang menjadi pengantara di antara kami. Meskipun Kamal Hadi memohon untuk berjumpaku pada hari terakhir itu, kutolak pelawaannya dengan kesal. Sungguh aku belum bersedia menerima semua ini. Perasaan maluku belum hilang sepenuhnya.

Majalah Nur di tanganku yang baru saja kubeli, kubelek-belek penuh minat. Yang paling aku suka tentang majalah ini adalah ruangan cara berhias sebagai muslimah. Aku gemar sekali mencari cara2 baru untuk memakai tudung. Pelbagai gaya yang boleh kupraktikkan dan kebanyakkannya begitu senang untuk dipakai. Siapa kata perempuan bertudung itu tidak bergaya?

Aku benar2 seronok mahu mempelajari cara-cara memakai tudung hingga tidak sedar Balqish menghampiriku bersama sebuah album di tangannya. Wajahnya begitu ceria dan penuh misteri. Ni mesti ada apa2 yang mahu dikongsinya denganku.

Hari itu hanya aku dan Balqish berada di rumah. Hujung minggu itu, ummi dan babah telah keluar untuk menghadiri satu majlis di syarikat babah. Mungkin malam nanti baru mereka pulang. Kami berdua sudah biasa ditinggalkan begini. Lagipula, inilah masanya untuk Ummi dan Babah berdating.

“Ni sengih2 ni mesti ada pape ni” usikku pada Balqish. Makin lebar senyumannya. Balqish mengambil tempat di sebelahku lalu menghulurkan album tersebut ke arahku.

“Kan Kak Hana cakap Kak Hana nak tengok gambar Qish masa camping hari tu” ujarnya. Tangannya menarik majalah Nur dari tanganku dan menggantikannya dengan album gambar tadi.

“Oooo... nak tunjuk gambar rupanya. Mesti nak tunjuk Prince Charming dia la tu” usikku, tahu benar dengan gelagat adikku yang satu ini. Balqish tertawa halus. Wajahnya memerah. Malu la tu...

“Tau takpe. Kak Hana tengok le gambar tu dulu. Nanti Qish cakap yang mana satu prince charming Qish” Ah, suka benar adikku ini bermain teka-teki. Apa salahnya kalau ditunjukkan saja wajah si dia itu padaku. Kan senang?!

“Ala.. nanti tak suspens la” seolah tahu aku merungut sendiri dalam hati. Sebelah matanya dikenyit sambil tersenyum lawa. Aku menggeleng kepala, lalu kujatuhkan pandanganku pada album sederhana besar berwarna pink itu. Warna kegemaran Balqish.

Segera aku membelek album gambar tersebut dengan berhati-hati. Satu persatu wajah2 yang hadir di dalam gambar itu kuperhatikan, mana tahu aku ter-miss si prince charming Balqish ni. Dalam minda, aku berkira2 sendiri bagaimana rupanya lelaki pujaan Balqish. Tinggikah? Tampankah? Mungkin seperti yang selalu diwar2kan oleh Balqish, someone tall, dark and handsome.

“Walaupun rupa itu jatuh nombor 2, tapi biarlah sedap mata Qish memandang” itulah kata2 yang sering diucapkan padaku bila aku mengusik tentang bakal pilihan hatinya.

Tiba2 mataku tertangkap satu wajah yang amat kukenali di celah-celah kumpulan itu. Eh? Bukankah ini Shahid? Kenapa Shahid boleh ada dalam gambar ni? Hatiku mula tidak senang. Terbayang kembali saat aku menerima mesej dari Kamal Hadi yang meminta menangguhkan perjumpaan kami sedikit masa dulu.

Hatiku berdetak tidak senang. Rasa ingin tahuku makin membuak. Kubelek lagi album tersebut. Terasa wajahku berubah saat melihat satu gambar di mana hanya ada Balqish dan lelaki itu berdua. Masing-masing sedang menguntum senyum malu pada satu sama lain. Terpancar rasa bahagia di mata mereka. Tidak salah lagi...

Ya Allah..
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review