|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, May 31, 2008

Berpalinglah padaku - 7

Mumbling o milanhawkin at 11:59 PM 0 demented soul(s)
Seperti biasa, sudah menjadi rutinku sejak 2 tahun lepas, sebaik saja kelas Ekonomi tamat, aku berjalan ke bilik kelab untuk menghabiskan masaku di situ. Sebaik saja pintu kukuak, aku ternampak kelibat Iqram dan beberapa teman kelab yang lain sedang berbual. Untuk sesaat dua, aku jadi ragu2 samada untuk terus berada di situ atau kembali saja ke bilikku.

Sejak aku ditolak olehnya, aku jadi terlalu malu untuk bertemu dengannya. Tapi itu bukanlah masalah untukku kerana dia memang jarang2 lagi datang ke bilik kelab. Masuk hari ini, sebenarnya sudah 2 minggu aku tidak bertemunya.

Setiap saat dalam hidupku juga, kata2 dari Iqram itu seakan melekat di mindaku. Aku jadi sebak yang teramat. Aku jadi sedar diri. Aku jadi lumpuh. Selama dua minggu ini, aku cuba menaikkan kembali semangatku. Aku cuba mengubat lukaku sendiri.

Tetapi, melihat belakangnya saja, rinduku pada si dia seakan terubat. Aku tersentak bila Iqram tiba2 saja berpaling ke arahku. Macam tahu2 saja aku sedang memandangnya. Cepat2 aku mengatur langkah melepasi kumpulan itu, dan mencari sudut yang biasa aku inapi.

Aku menarik kerusi dengan cermat, sementara jantungku berdegup dengan maha hebat. Aku melirik lagi ke arahnya. Aku hanya mahu melihatnya dari jauh... itu sudah cukup. Sekali lagi aku tersentak kerana Iqram sekali lagi dengan tiba2 mengalih pandangannya kepadaku. Cepat2 aku menunduk semula dan cuba membaca buku di tanganku. Benarlah, dia memang tahu aku sentiasa memerhatikannya, cuma selama ini dia buat2 tak peduli.

Beberapa ketika kemudian, teman2 kelab yang lain mula beredar meninggalkan bilik kelab. Aku tahu Iqram masih ada di situ. Mungkin hari ini juga dia mahu melarang aku dari terus memandangnya. Mungkin dia masih marah padaku kerana tidak mendengar nasihatnya sebelum ini. Tapi, aku tak ada kuasa untuk menahan pandanganku yang sering mengikutinya. Aku tiada kuasa untuk menidakkan perasaan yang telah lama mendiami hati aku ini.

“Liana...” seram sejuk pula mendengar dia memanggil namaku.

“Saya minta maaf sangat2!” cepat2 aku memotongnya.

Aku tahu dia belumpun memulakan bicara, tetapi lebih baik aku yang memulakannya dulu. Sebelum keberanianku hilang. Pun begitu aku masih membelakanginya. Aku takut untuk berdepan dengannya. Tak mahu perkara yang sama seperti hari itu berulang lagi. Aku tak sekuat yang kusangka.

“Saya minta maaf... tapi... tapi...” terbata2 aku cuba menyusun ayat. Aku menelan liur, sekali lagi mencuba untuk menjelaskan padanya.

“Saya merayu pada awak...tolonglah...benarkan saya terus menyayangi awak, Abang Iqram. Dengan hanya melihat wajah awak pun sudah cukup untuk saya. Itu saja yang saya perlukan. Jadi...” aku terhenti, seakan menanti dia menengkingku. Tapi dia hanya diam di belakangku. Aku masih tak berani mahu memandangnya. Aku takut mahu melihat kebencian di matanya.

“Err... saya tahu perbuatan saya ni mengganggu awak. Tapi...perasaan ni... saya tak mahu hentikan perasaan ni...” air mataku mula bergenang. Aku jadi sebak.

“Macam mana awak boleh fikir macam tu? Saya dah cakap, awak bukan gadis yang boleh mendampingi saya. Not my type. Awak tak boleh expect anything from me” Ya Allah, kenapa dia mesti meminta aku menghentikan perasaan anugerah Allah ini. Kenapa dia tak mahu faham? Aku bukannya meminta dia membalas segala perasaan aku ini. Aku cuma ingin memujanya dalam diam. Mungkinkah dia sengaja ingin menyakiti hatiku? Tapi kenapa?

“Saya tak minta apa2. Melihat awak saja dah cukup...” suaraku sudah semakin serak. Sekali lagi aku menelan liur. Aku harus meneruskan semua ini.

“Abang Iqram, awak selalu cakap macam ni. Awak saja nak suruh saya bencikan awak kan? Macam awak cuba jauhkan diri awak dari semua orang. Semua orang fikir awak ni dingin, lone ranger. Tapi saya rasa, ini bukan diri awak yang sebenar”

Kali ini aku menoleh ke arahnya. Keberanian itu datang secara tiba2. Aku sendiri tidak percaya aku boleh seberani ini. Aku renung matanya dalam2. Aku tahu dia semakin ragu2 dengan tindakannya.

“Saya percaya, awak sebenarnya seorang yang sangat baik hati. Awak menolong orang tanpa diaorang sedar, dan tak pernah buatkan orang tu rasa teruk mengenainya, kan?” agaknya kata2 itu tepat kerana Iqram sudah mula menggelabah. Adakah dia merasa tergugat kerana begitu banyak yang aku tahu tentangnya?

“Saya selalu fikir, awak adalah seorang yang baik dan tabah. Sejak kali pertama saya jumpa awak...”

Iqram merengus kasar, menghentikan kata2ku seterusnya. Rasanya dia tidak dapat menerima setiap kata2ku itu. Egonya awak, Iqram.

“Huh, suka hati awaklah nak buat apa pun” desisnya dengan nada marah.

Dan BANG!, daun pintu ditutup dengan kasar.

Aku kembali menunduk, dan air mata ini menitis lagi...

Berpalinglah padaku - 6

Mumbling o milanhawkin at 11:58 PM 0 demented soul(s)
Aku memerhati dari jauh. Harapnya diaorang tak nampak le aku kat belakang pokok ni. Susah betul jadik spy ni ye...

Aku melihat kedua2 mereka saling merenung tajam antara satu sama lain. Macam dalam cerita koboi je, bila2 masa masing2 akan keluarkan pistol secara tiba2 dan melepaskan tembakan. Adeh...apa kau mengarut ni Liana?

Rasanya Haikal tu teman kepada Vivien. Mengikut cerita teman2 di hostel, Haikal dan Vivien adalah teman baik sejak dari kecil. Tapi hubungan mereka hanya sebatas itu. Tidak pernah lebih dari kawan. Apa lagi bila ibubapa Vivien memang tidak pernah suka anaknya berkawan dengan Haikal, yang cuma anak kepada pemandunya. Sudahlah berlainan agama, darjat juga bagaikan langit dengan bumi. Hai... zaman orang Malaysia dah pergi ke bulan pun ada lagi cerita2 macam ni ye.

“Abang Iq, Abang Iq masih ada hubungan dengan Vie kan?” soalan Haikal itu lebih berupa satu kenyataan. Iqram kulihat tersenyum sinis.

“Cheh, teruknya kau ni. Aku memang betul2 kesian dengan Vie” Iqram seolah sengaja mengundang kemarahan Haikal. Memang nampak wajah Haikal semakin kemerahan menahan perasaannya.

Aku memang dah tahu, dah boleh agak. Iqram masih cintakan Vivien. Mungkinkah... Haikal juga begitu? Kalau tak, kenapa Haikal macam nak bertumbuk je dengan Iqram kan?

“Abang Iq!” Jantungku berdegup hebat bila melihat Haikal memegang kolar baju Iqram dengan kuat. Hampir2 saja kaki aku ni nak bergerak ke arah mereka. Aku tak nak mereka bergaduh. Dan aku tak nak Iqram kena tumbuk.

“Lelaki macam kau tak mungkin akan dapat memahami perasaan seorang perempuan macam Vie. Kau takkan faham betapa sensitifnya seorang perempuan tu, walaupun kau dah kenal dia lama. Kau tak faham perasaan Vie. Tak heranlah Vie cari aku” Ya Allah Iqram ni pun satu la. Tau la awak tu berani, tak takut orang, tapi janganlah nyalakan lagi api kemarahan budak tu.

Atau...mungkinkah....Tak mungkin...

Haikal nampak begitu marah dengan kata2 Iqram, tetapi telahpun melepaskan baju Iqram. Untuk seketika, suasana seakan hening tanpa suara. Kemudian Haikal berpaling dan berlalu pergi dari situ setelah memberikan jelingan mau pada Iqram. Iqram pula, memandang sepi langkah Haikal tanpa suara. Senyum pun tidak. Entah apalah yang dia fikirkan.

Diam2 aku keluar dari tempat persembunyianku, melangkah perlahan ke arah Iqram yang masih membelakangi aku.

“Jadi...Abg Iqram...” Iqram berpaling memandangku. Aku tahu dia terkejut melihat aku di situ tapi dengan cepat pula dia mengukir senyum seperti biasa. Entah kenapa aku dapat merasakan kelukaan pada senyuman itu.

“Tak tahu pulak awak ada kat sini, Liana. Awak mengintip saya ye. That’s not very nice of you” Ayat yang tenang, tapi jelas takde perasaan.

“Abang Iqram, awak ok ke?” suaraku kedengaran agak cemas.

“OK pasal apa?” tanyanya tanpa memandangku.

“Abang Iqram, awak...” macam mana aku nak cakap ye...

“Abang Iqram nampak macam nak tolong Haikal dengan Vivien je...”

Iqram masih terus merenungku tanpa emosi, hanya senyuman beku di bibirnya.

“Ye ke?” dia masih mahu berteka-teki, sedangkan...

“Tapi... bukan ke Abang Iqram sukakan Vie?” luahku tanpa dapat ditahan.

Iqram kelihatan terpempam dengan kenyataan yang kuhulurkan. Wajahnya terus berubah. Adakah aku dah tersalah cakap?

“Ma...maafkan...saya... Saya tak...patut cakap macam tu...” erk..

“Liana...” panggilnya. Tapi suara lain dari biasa. Dingin...

“Saya tahu... awak selalu perhatikan saya”

Bukan soalan, sebaliknya adalah sebuah kenyataan. Aku terdiam, kaku berdiri di hadapannya. Dia tahu...? maknanya?

“Selama 2 tahun ini, saya tahu awak sentiasa perhatikan saya. Saya boleh rasa mata awak mengikut saja ke mana saja saya pergi. But I’m sorry to say this...” huh? Sorry?

“You are not my type. You... could never be someone I could love!” tegas sekali, walaupun nadanya tidak meninggi.

Bulat mataku menerima kata2 itu darinya, dari lelaki yang aku puja siang dan malam. Alangkah kejamnya kenyataan. Benarlah, kebenaran selalunya menyakitkan.

“Walaupun awak cintakan saya, saya takkan boleh balas cinta awak tu. So, boleh tak awak just give it up?” semakin dingin, semakin sinis setiap patah perkataan yang keluar dari bibir itu.

“Tapi... saya...”

Iqram kembali mengukir senyum, seakan tahu apa yang sedang bermain dalam fikiranku. Aku tak jadi mengatur ayat.

“Saya suka buat apa yang saya suka, and I enjoy it”

Terasa wajahku makin panas menahan malu. Aku tahu aku penyibuk. Aku tahu dah merosakkan moodnya. Aku tahu aku dah melampau batas. Namun aku tidak dapat menggerakkan anggota badanku. Kaku. Keras. Seolah2 aku sedang menerima hukuman yang maha berat. Suaraku juga terlekat di kerongkong.

“Saya suka masuk campur urusan orang lain. Awak tak perlu kesiankan saya” semakin kasar....

“Dan awak tak ada alasan untuk ganggu atau untuk masuk ke dalam hidup saya” semakin kuat....

Dengan kata2 penghabisan itu, Iqram mengatur langkah meninggalkan aku sendirian di situ.

Dan aku... masih lagi terpaku di situ. Dadaku makin sebak dengan bertambahnya detik waktu. Hatiku dicengkam dengan perasaan yang aku sendiri tidak mengerti. Tidak, aku tahu perasaan ini. Perasaan yang ditolak... perasaan yang dikecewakan...

I’m not his type...Itu aku dah tahu...Aku juga tahu dia takkan membalas perasaan cinta aku ini. Tapi... walaupun begitu... bila mendengarkan dia sendiri melemparkan kata2 itu ke mukaku, aku tak dapat menahan perasaan hiba yang bertandang.

Mataku mula kabur dengan air mata yang memenuhi kelopak mataku. Aku menggigit bibir dengan kuat, sekaligus cuba menahan dari terus mengalirkan air mata. Lututku terasa lemah sekali hingga dengan tak sedar, aku sudahpun terduduk di lantai bumi. Aku membawa kedua belah tanganku ke muka, dan mula menangis teresak2.

Dan Iqram... tetap melangkah pergi...

Berpalinglah padaku - 5

Mumbling o milanhawkin at 11:56 PM 0 demented soul(s)
Beberapa hari kemudian, aku kembali ternampak kelibat Iqram bersama Vivien. Mereka kelihatan sedang berbual2 mengenai sesuatu yang penting (agaknya la kot). Dan Iqram kelihatan sentiasa mengukir senyum. Aku jadi keliru dengan apa yang kulihat. Beginikah layanan Iqram pada perempuan yang telah meninggalkan dirinya?

Bukankah dia cakap mereka dah berpisah? Katanya dia dah kena reject, tapi dia tetap tersenyum macam biasa pada Vivien. Biasanya dia akan terus mencari teman wanita yang baru, malah selalu acuh tak acuh saja pada setiap bekas teman wanitanya. Tapi kali ini, dia sedikit pun tidak mencuba untuk mencari teman baru. Malah masih melayan Vivien sama seperti dulu.

Nampaknya, kali ini lain benar. Dia benar-benar seriuskah?

Entah mengapa, terasa duniaku semakin suram. Aku seakan dapat melihat sekelompok awan kelabu sedang mengelilingi tubuhku. Sejuk....

“Abang Iq, macam mana kalau kita buat another party?” aku kembali ke alam realiti mendengarkan pertanyaan dari Asyraff. Aku kembali memasang telinga. Ah, ini saja masanya untuk aku mendapatkan maklumat. Err... nak buat party lagi ke? Diaorang ni, tak habis2 dengan party. Cubalah buat study group ke kenduri doa selamat ke... ada jugak pekdahnya...

“Well, let’s see...umm... aku bukannya suka sangat party2 ni” jawapan Iqram sedikit mengejutkan aku. Sejak bila pula mamat ni tak minat party?

“Apa maksud kau?” Shahid pula bertanya, tapi aku tidak mendengar jawapan dari mulut Iqram. Ah, susahnya kalau pasang telinga jauh2 begini. Huhuh... macam pengendap kehormat saja aku ni. Cuma tak bertauliah saja.

“Macam mana kalau kita buat on Saturday minggu selepas habis final exam?” cadang Shahid pula. Hmm... kiranya jadilah tu buat party tu.

Iqram seakan telah mengubah sebahagian dari hidupnya, demi memenuhi kehendak gadis itu. Bukannya aku tidak perasan. Aku tahu Iqram semakin kerap menghabiskan masanya di kelab ini hanya kerana menunggu Vivien menghabiskan kelasnya. Iqram semakin jarang menghadiri parti2 kerana dia lebih gemar menemani Vivien. Aku seakan tertanya2, pentingkah Vivien dalam hidup Iqram?

Tiba2 pintu bilik kelab dikuak dengan kasar dari luar. Seorang lelaki yang tidak kurang kacaknya melangkah masuk ke dalam bilik kelab dengan wajah bengis. Aku kenal dia ni.

“Haikal?” Iqram nampak tenang saja menerima kehadiran Haikal di situ, namun aku pasti aku telah terlihat sinar matanya yang seakan terganggu sesaat tadi.

“Abang Iq! Saya nak cakap sikit!” lantang saja Haikal bersuara. Rasa perit jugalah telinga kami di sini. Asyraff dan Shahid saling berpandangan, dan saling pula mengangkat bahu. Tiada siapa yang tahu apa tujuan Haikal mencari Iqram.

“OK” Iqram hanya bersetuju, bersama sebuah senyuman pelik terukir di bibir nipisnya yang merah. Ishh... sempat lagi aku memerhati...

“Kita cakap kat luar” Tegas Haikal mula beredar bersama langkahnya yang panjang. Iqram pun membuntuti langkah lelaki tadi dengan tenang. Dia memang sentiasa tenang, tinggal aku pula yang tak keruan. Tanpa sedar, aku bangun berdiri di tepi meja. Kemudian aku turut sama meninggalkan bilik kelab tersebut.

“Kak Liana?” aku tidak mempedulikan panggilan itu. Aku ingin tahu...

Berpalinglah padaku - 4

Mumbling o milanhawkin at 11:54 PM 0 demented soul(s)
Hari yang biasa. Waktu yang sama. Aku masih berada di bilik kelab untuk menghabiskan bacaanku. Rasanya di sini lebih tenang berbanding di library. Lagipun pada waktu ini, tiada seorang pun ahli kelab yang ada di sini.

“Hey, Liana! Awak sorang2 je ke?” Aku hampir saja tersentak mendengar suara yang kurindui itu menegurku tiba2. Sejak bila pula dia datang ni?

“Uh... y..ya..” Gagapku makin teruk rupanya.

“Ahli2 kelab yang lain memang jarang datang ke sini, kan? Walaupun diaorang juga yang cakap saya jarang datang ke sini” rungutnya dan mengambil tempat di kerusi di hadapanku. Aku semakin gugup.

Rasa macam tak percaya! Iqram dan aku berdua2an di bilik ini... Ah, apa aku nak cakap ni? Aku kena cakap sesuatu. Takkan nak biarkan dia anggap aku ni seorang perempuan yang membosankan!?

Iqram mencapai telefon bimbit dari poket seluarnya, dan memerhatikan sesuatu di skrin telefonnya. Kemudian dia meletakkan kembali telefon tersebut ke dalam poket seluarnya. Seolah2 dia sedang menanti panggilan dari seseorang. Vivienkah?

Ah, apa yang patut aku buat sekarang? Patut ke aku bercakap dengannya? Tapi, aku nak cakap apa? Aku melirik ke arahnya...

Wajahnya memang tersedia tampan. Macho sekaligus seksi. Aku seriously tidak boleh mengalihkan pandanganku padanya bila saja mataku ini terlekat padanya. Seolah terpukau dengannya.

“Ah!” aku tersentak saat mata kami bertembung. Alamak! Nampaknya dia dah perasan aku tengok dia! Wajahku semakin merah mendengar dia tergelak kecil, tetapi aku tak berani mahu menatap wajahnya. Aku patut cakap sesuatu!

“Err...umm... takpe ke awak ada kat sini? I mean, awak takde appointment ke? Atau...” Ah, memang tak boleh nak buat ayat lengkap kalau bercakap dengan Iqram. Memang aku ni ada masalah komunikasi. Cuma lebih teruk lagi kalau berhadapan dengan lelaki nan satu ini.

“Appointment?” dahinya berkerut, tapi dia tetap nampak seksi. Apa kena dengan mata aku ni? Kena jumpa doktor mata laa...

“Err... macam... janji nak jumpa orang ke...” terkial2 jugalah aku nak menerangkan benda simple macam tu pada Iqram.

“Oh, takdelah. Kami dah putus” Wah, cepat benar dia menangkap maksudku. Mungkin dia tahu aku sedang membicarakan hubungannya dengan Vivien.

“Apa?” Penyibukkah aku?

“Dia dah tinggalkan saya. Dia suka orang lain”

Memang tak pelik kalau Iqram menolak untuk serius dalam sesuatu hubungan. Tapi, kenapa dia nampak sedih? Dia kena reject ke?? Tak mungkin...!

“You’ll be fine!” Entah kenapa, mulutku lancar saja menuturkan kata2 itu. Iqram merenung anak mataku dalam2, hinggakan aku mula salah tingkah.

“What?” dia kembali menyoalku. Aduh, apa aku nk jawab ni? Aku cuma tahu Iqram takkan lama keseorangan. Dia akan dapat pengganti dalam masa yang singkat, bukankah biasanya begitu?

Kemudiannya dia tersenyum, senyuman palsu yang biasa dilemparkan pada sesiapa pun.

“Saya dah ok la. Lagipun saya cuma perlu cari awek baru je” Tengok, macam yang aku cakap, kan?

“Oklah, saya jalan dulu. Saya ada kerja part-time kejap lagi” Iqram bingkas bangun dari meja yang kami duduki tadi. Tanpa dapat menahan, untuk sekian kalinya aku menghantarnya dengan pandangan sayu. Iqram, kalaulah awak sukakan saya, confirm saya takkan pernah lukakan hati awak. Saya yakin sangat yang saya takkan kecewakan awak.

Adoiii... rasa macam nak sekeh2 je kepala sendiri skang ni. Bengap betullah budak Liana ni. Ada hati nk tawan putera raja. Patut sedar diri, aku cuma boleh menjadi pungguk yang merindukan bulan....

Sunday, May 25, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 5

Mumbling o milanhawkin at 2:55 PM 0 demented soul(s)
Hubunganku dengan Kamal Hadi masih berjalan seperti biasa. Masih atas dasar teman. Tidak pernah lebih dari itu. Kami saling menghormati antara satu sama lain. Bagiku Kamal adalah lelaki matang yang berwibawa. Baik dari segi gaya percakapannya, mahupun cara dia berfikir. Semakin aku mengenali, semakin aku mengaguminya. Semakin pula aku jatuh hati padanya. Aku percaya, dia memang lelaki yang baik.

Walaupun Kamal lebih rapat padaku berbanding teman2 sekumpulan, itu tidak bermakna dia melebihkan aku dari segalanya. Yalah, aku kan cuma temannya, bukan teman wanitanya.

“Kamal, nak tanya sikit boleh tak?” aku separuh berbisik. Kamal Hadi mengangkat mukanya dari mengadap buku rujukan ‘IT & Management’ di tangannya. Ketika itu, kami sama2 sedang mengulangkaji di perpustakaan induk di UiTM.

“Apa dia?” Kamal kembali menyoalku bersama sebuah senyuman.

“I didn’t mean to pry... but I was just wondering... kenapa awak takde girlfriend ek?” berhati2 sekali aku mengeluarkan setiap patah perkataan. Bimbang juga jika dia tiba2 mengatakan aku ini penyibuk. Tapi aku terlalu ingin tahu.

“Siapa cakap saya takde girlfriend?”

Eh? Ada ke? Apsal tak pernah nampak pun? Erk...

“Ada ke? Oh...”

“Awak bukan girlfriend saya ke?” Wah, wah, wah.... betul ke apa yang aku dengar ni? Aku girlfriend dia? Ah...alangkah indahnya alam ini saat ini. Aku rasa macam terbang di awang2an. Rupanya dia juga punya perasaan yang sama denganku. Patutkah kuluahkan saja perasaan aku pada dia hari ini?

“Aiza pun girlfriend saya...” Eh? Aiza pun? Biar betul dia nih! Maknanya dia main kayu tiga la ni? Eh, tapi declare pun belum dengan aku. Adeh, perasan betullah aku ni. Rupanya dia pakwe Aiza ke? Tapi Aiza sendiri tak pernah cakap pasal hal ni!

“Mas, Alia, Junaidah, Zaidah, Safura, semua tu girlfriend saya...” Kamal Hadi tergelak kecil bila mukaku yang semakin berkerut. Dia ni main2kan aku ke?

“I just don’t have a special girlfriend je...” Cheh! Buat suspen je mamat ni. Nasib baik aku tak blushing masa dia cakap aku girlfriend dia. Tawanya makin kuat bila melihat aku cemberut.

“Tak sangka awak ni pandai jugak buat lawak ek. Selama ni saya ingat awak tau serius je” ujarku dengan nada mengusik.

Memang betulpun. Selama aku kenal Kamal Hadi, dialah lelaki yang paling serius yang aku pernah kenal. Setiap kerjanya di buat dengan teliti. Semuanya perlu mengikut perancangan. Hari ini, boleh pulak dia buat lawak. Pelik...

Kamal Hadi tersenyum simpul menerima usikanku.

“Selama ni saya terlalu serius ke?” soalannya membuatkan aku mengangguk secara automatik. Menyedari aku terlalu cepat mengiyakan, aku jadi salah tingkah. Sebaliknya Kamal Hadi sekadar tertawa. Betullah... hari ini adalah hari yang paling banyak dia ketawa. Sebelum ni, memang susah nak lihat dia senyum, apatah lagi ketawa. Dan bila ketawa begitu, dia nampak semakin tampan.

“Nampaknya saya kena terima nasihat seseorang untuk berubah” ujarnya bersama senyuman misteri. Dan itu semua membuatkan aku tertanya2. Siapakah ‘seseorang’ itu?

Amihana: Nilai Sekeping Hati 4

Mumbling o milanhawkin at 2:54 PM 0 demented soul(s)
Perbincangan kami pada malam itu sedikit sebanyak membantu kami semua mencapai kata sepakat untuk tajuk yang akan dipilih. Dalam perbincangan itu, Kamal Hadilah yang paling banyak mengemukakan pandangan dan idea bernas. Memang dasar budak genius!

Selepas selesai untuk peringkat pertama, kami semua berjanji untuk berjumpa pula pada hujung minggu, mencari bahan tambahan untuk dimasukkan ke dalam artikel kami nanti. Aku dan Aiza kembali ke asrama kami dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti. Kamal Hadi dan Shahid pula kembali ke rumah sewa masing2.

Dalam perjalanan ke asrama, aku menerima mesej ringkas dari Kamal Hadi dari telefon bimbitnya. Aiseh, memang hari bertuah aku rupanya. Dapat nombor telefon jejaka pujaan.

‘Hana, ini nombor saya. Nanti paskan pada Aiza juga. Senang nak buat perjumpaan lain kali’

Aku tersenyum macam kerang busuk menerima mesej itu. Macamlah si dia tu tengah bagi ayat2 romantis. Tapi hatiku tetap berdendang riang.

“Apsal ko sengih2 ni? Pakwe bagi mesej ek?” usik Aiza yang duduk di sebelahku. Walaupun kami tidak sebilik, tetapi Aiza tergolong dalam kategori teman rapat padaku. Mungkin kerana kami punya hobi yang sama, iaitu membaca novel cinta! Selalulah aku dan Aiza bertukar2 buku. Malah kalau aku teringin nak ke MPH, Aizalah penemanku yang setia.

“Takdelah. Ini mesej dari Kamallah. Nah, ambik nombor tepon dia. Nanti senang sket nak calling-calling” ujarku, menghulurkan telefonku padanya. Aiza tersengih cuma. Aku tahu dia mengetahui tentang perasaanku pada Kamal Hadi meskipun aku tak pernah bercerita.

“Kau ni, dapat mesej macam ni pun dah angau” usiknya sambil ketawa. Aku segera menyikunya perlahan.

“Janganlah gelak kuat2. Malu aku tau” Aku tahu wajahku sudahpun memerah. Aiza mencebik lalu menaipkan nombor Kamal Hadi ke dalam telefon bimbitnya.

“Nanti bolehlah kau sms dia selalu, lepaskan rindu” Aiza tak habis2 mahu mengusikku. Aku sekadar tersenyum malu. Apa lagi yang boleh kubuat? Tapi aku tahu aku takkan senang2 menelefon atau menghantar mesej pada lelaki itu. Malulah!

Lagipula aku bimbang dia merasa terganggu dengan semua itu. Bukankah kami di sini untuk menimba ilmu? Hal cinta boleh difikirkan kemudian. Kami semua masih muda. Masih di awal duapuluhan. Ini tahun ketiga kami di sini. Dan tidak mungkin untuk aku mensia-siakan penat lelah ummi dan babah hingga aku boleh berada di sini.

Sampai saja aku di bilik, kulihat ada bungkusan di atas katilku. Aku mengerut dahi. Bungkusan apa ni? Cantik dan kemas sekali balutannya. Aku macam tahu2 saja siapa yang mengirimnya, tapi aku tetap mahu bertanya.

“Ju, sapa bagi ni?” soalku pada teman sebilikku, Juliana. Aku meletakkan beg sandangku ke atas meja study.

“Oh, adik kau datang tadi tapi kau takde. Dia tinggalkan bungkusan ni untuk kau” beritahu Juliana. Gadis itu kembali menelaah. Juliana ni memang rajin menelaah. Selalu juga aku lihat dia tidur bersama2 buku2nya. Patutlah dia asyik score je tiap2 semester.

Haa... kan aku dah cakap. Aku memang dah agak adik kesayangan aku tu punya kerja la ni. Aku naik ke katil tanpa menukar baju kurungku. Tak sabar mahu melihat kandungan di dalam bungkusan tersebut. Qish, apa la kau bagi kat akak ni ye. Nak kata birthday, lambat lagi.

Aku tersenyum lebar melihat sebuah diari comel berwarna pink terletak elok di dalam kotak. Ada nota kecil dilekatkan di atas diari tersebut.

‘Kak Hana sayang, sila gunakan diari ni dengan sebaik2nya ye! I know how much you love to write. Saja je Qish hadiahkan untuk akak. Tak perlu birthday atau anniversary utk bagi hadiah kan? Love you sis! Muach!’

Aku tergelak kecil. Aduhai adikku sayang, suka sangat jadik cute macam ni. Hubungan kami rasanya lebih dari adik-beradik kandung. Kami terlalu rapat antara satu sama lain. Tiada rahsia antara kami. Malah kami sudah di ajar untuk saling berdiri teguh di sisi satu sama lain.

Dan Balqish Azwani, adik tunggalku ini memang selalu memberi kejutan padaku, malah pada ummi dan babah juga. Aku masih ingat pada hari lahirku yang lepas, Balqish menghadiahkan aku dua buah katak yang besar, dan dua buah katak yang kecil, dari warna dan rupa yang sama. Katanya, yang besar tu ummi dan babah, dan yang kecil tu adalah kami berdua. Rasionalnya, ‘keluarga katak’ tu nampak bahagia dan comel2 belaka.

Tit! Tit!

Ada sms?

‘I know you luv me. I luv u 2’

Balqish! Memang dia selalu membuat aku tersenyum. Aku segera membalas mesejnya.

‘Tq darl. Ptt tggu akak balik. Miss u so much. C u dis weekend. Kem slm pd ummi & babah gak’

Ah, rasanya hidupku ini sudah terlalu sempurna. Ada ummi dan babah yang menyayangiku tanpa berbelah bagi. Ada adik yang begitu comel dan manja. Dan ada pujaan hati yang cukup sempurna di mataku.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 3

Mumbling o milanhawkin at 2:52 PM 0 demented soul(s)
“Hana! Hana!” suara itu memanggil2 namaku berkali2. Aku berpaling dan jantungku berdegup kencang melihat lelaki idamanku mendekatiku dengan langkah yang panjang. Aduh, setiap kali memandang wajah itu aku pasti gementar.

“Group kita bila nak buat discussion? Saya lupa nak tanya awak semalam” soal Kamal Hadi yang sudah tercungap2 bila sampai ke hadapanku. Awak ni, berpeluh macam ni pun tetap nampak hensem!

Aku tersengih. Yalah, minggu lepas dia cuti sakit untuk seminggu, mestilah dia tak tahu bila kami akan adakan perbincangan berkumpulan yang diarahkan oleh Puan Hashimah. Kami sama2 mengambil subjek Research Methodology yang memerlukan kami untuk melakukan assignment berkumpulan. Kebetulan yang baik untukku bila kami ditempatkan dalam kumpulan yang sama, bersama 2 lagi ahli.

“Hari Selasa ni. Awak takde kelas kan hari tu?” aku memberitahu sekaligus menyoal.

Kamal Hadi menggelengkan kepala. Dahinya berkerut.

“Tak boleh. Saya ada kelas Prof Ahmad waktu pagi. Petang pulak saya ada latihan bola sepak. Tak boleh tunda hari lain ke?”

Aku berfikir sejenak.

“Mungkin boleh kot. Nanti saya bincangkan dengan Aiza dan Shahid. Bila awak free?”

“Kalau kita buat malam macam mana? Saya tak kisah sangat sebab kalau malam saya memang free” Kamal Hadi memberi cadangan. Aku terangguk2 macam burung belatuk sekejap.

“Saya pun tak kisah. Kalau gitu, kita buat hari Selasa, waktu malam. Lepas Isyak, OK?” Kamal Hadi mengangguk setuju dengan senyum lebar. Kami berbalas senyum. Aku cuba mengawal perasaan agar tidak melonjak riang saat itu. Apa tidaknya, Kamal Hadi senyum kat aku! Lelaki yang paling ramai peminat di UiTM ini senyum pada aku, gadis yang paling tak diminati.

“Kalau macam tu, awak call Shahid beritahu pasal ni. Saya pulak akan call Aiza. Tempatnya di library ye, senang sikit nak bincang bila ada bahan rujukan” cadangku pula.

Kamal Hadi bersetuju, dan setelah berbasa-basi untuk sesaat dua, dia meminta izin untuk kembali ke kelasnya. Aku memerhatikan belakangnya dengan perasaan gembira, sambil memegang buku di dadaku dengan erat. Ummi, Hana jatuh cinta Ummi!

Kamal Hadi, pelajar jurusan IT merupakan antara pelajar paling aktif ni universiti ini. Sudahlah tampan, bijak pula tu. Manalah gadis2 di sini tidak jatuh suka padanya. Berbudi bahasa dan yang paling penting, masih single. Aku sendiri tidak tahu kenapa dia tidak ada teman wanita. Punyalah ramai pelajar2 perempuan di sini yang minat dengannya tapi satupun tak berjaya menawan hatinya.

Aku mengeluh perlahan. Ada harapankah untukku mendekati dan seterusnya menawan hatinya yang satu itu?

Berpalinglah padaku - 3

Mumbling o milanhawkin at 2:52 PM 0 demented soul(s)
Suasana begitu bising sekali. Mereka berborak sesama mereka sambil menjamu selera dan minum cocktail. Budak2 universiti memang suka berpesta dan bersukaria. Mungkin ini caranya mereka melepaskan tensen selepas penat memerah otak. Tapi yang datang bukanlah geeks macam aku. Semuanya budak2 yang memang popular di kolej. Hanya aku yang pelik sikit di sini. Yelah, semua orang melawa sakan dengan pakaian up-to-date, aku pula datang dengan jeans dan t-shirt saja. Mahu tak pelik!

Aku memerhatikan suasana sekeliling tanpa berbual dengan sesiapa. Sebenarnya mataku hanya mampu memerhatikan Iqram dari jauh. Aku datang ke sini kerana dia, walaupun aku tak suka dengan pesta sebegini, aku tetap beranikan diri untuk berada di sini. Aku terlalu pemalu untuk berbual dengan sesiapa. Meja yang kududuki penuh dengan teman2 dari kelab yang sama, dan yang memang gemar dengan aktiviti sebegini.

Mataku tertangkap pada sesusuk tubuh gadis yang cantik dan menarik. Gadis itu juga nampaknya tidak menyukai majlis sebegini. Dia hanya duduk di tengah2 lelaki yang mengelilinginya dengan wajah masam mencuka. Dan gadis itu, memang cantik. Sangat! Aku sendiri mengakui kejelitaannya. Wajah Pan Asianya memang begitu menarik.

“Vie, nak ke mana tu?” soal Shafiq bila melihat gadis itu bangun dari tempat duduknya, yang betul2 di hadapanku.

“Ladies!” ujarnya ketus sambil terus berlalu.

Kemudian mataku menangkap image Iqram yang turut sama bangun dari tempat duduknya. Iqram...? Kenapa dia mengikut langkah gadis itu ke tandas? Mereka ada hubungankah? Hubungan yang bagaimana? Setahuku, Iqram sekarang ini tidak terlibat dengan mana2 gadis.

“So, khabar angin tu memang betullah...” aku mendengar satu suara berbisik. Suara siapa tu? Tapi aku terlalu mahu melihat kelibat Iqram dari melihat siapa yang bersuara.

“Maksud kau, diaorang memang couple ek?” Itu suara Shahid.

“Yelah kot...”

Khabar angin yang mengatakan Iqram berpasangan dengan Vivien...tidak dinafi mahupun diakui oleh Iqram. Tapi aku rasa berita itu memang benar. Nampaknya Iqram sudah berpunya, walaupun gadis yang dipilihnya bukanlah seagama dengannya. Tapi gadis itu memang cantik.

Aku tahu Iqram seorang lelaki yang tidak boleh setia pada seorang gadis. Bagiku, dia ada masalah dengan committment. Tetapi gadis yang dipilih untuk mendampinginya, tidak pernah termasuk aku. Dia tidak pernah cuba untuk memilih aku sebagai pasangannya. Pandangannya seringkali jatuh pada gadis2 yang jauh lebih cantik, jauh lebih lincah.

“Vie! Err...Abang Iq!” panggil Asyraff yang berlari mendekati mereka.

“I’m leaving” tegas Vivien bersuara dan segera melangkah untuk beredar tanpa menunggu lagi.

“Kalau macam tu, aku pun kena blah jugak ni” Iqram meminta diri

“Huh? Cepatnya...” nampaknya Asyraff tidak berjaya memujuk mereka untuk tinggal di situ lebih lama.

Aku hanya mampu menghantar pemergian mereka dengan pandangan sayu. Mungkin kali ini, Vivien adalah teman wanita yang dipilihnya. Ah, siapalah aku untuk berada dalam radar Iqram. Mungkin dia hanya melihatku sebagai teman biasa. Lebih teruk lagi, mungkin dia sendiri tidak sedar akan kewujudanku walaupun aku sering mengikuti perkembangannya.

Beberapa hari kemudian, kelibat mereka bersama lebih kerap kelihatan. Dari jauh, aku hanya mampu memandang kemesraan mereka. Mereka memang nampak serasi dan sepadan. Sama cantik, sama padan.

Kalau aku hanya memandang, tidak salah kan?

Saturday, May 17, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 2

Mumbling o milanhawkin at 9:16 PM 1 demented soul(s)
Ya, kanak2 itu adalah aku. Aku yang ditinggalkan oleh ibu tiriku, satu2nya saudaraku yang aku kenali. Hingga kini, aku masih tidak berjumpa dengannya. Malah wajahnya juga sudah semakin pudar dari ingatanku. Yang aku ingat, cumalah derita yang dihadiahkannya padaku.

Sejak kecil, aku tidak pernah mengenali bapa kandungku. Bapaku meninggal dunia setelah ditembak oleh polis ketika cuba melarikan diri dari serbuan polis. Ya, bapaku adalah penjenayah. Dia bukan lelaki mulia. Kerjanya adalah mencari rezeki dengan melemahkan bangsa sendiri dengan dadah. Aku malu dengan kenyataan itu. Ibu tiriku mungkin lebih malu lagi, hinggakan tidak mampu untuk menyayangiku dengan sepenuh hatinya.

Setiap hari, cumalah kata2 hinaan dan caci maki yang kuterima darinya. Setiap hari, ibu tiriku mengungkit tentang beban yang ditinggalkan oleh bapaku padanya, iaitu AKU. Sebaik mungkin, aku tidak mahu menyakiti hatinya dengan melawan. Namun dengan hanya memandangku, ibu tiriku akan naik darah dan mula memukulku sewenang2nya. Buktinya adalah parut2 yang masih kekal di tubuhku hingga ke hari ini.

Pun begitu, aku tidak pernah membencinya. Mana mungkin aku membenci satu2nya manusia yang punya hubungan denganku. Meskipun dia tidak mampu menyayangiku, dia tetap satu2nya ibu yang aku kenali. Ibu kandungku sendiri, entahlah... hingga ke saat ini aku tidak pernah mengetahui tentang sejarah kewujudannya.

Aku juga tidak pernah bersekolah hinggalah aku berjumpa dengan kedua ibubapa angkatku. Ya, ibubapa angkatku, Pn Zarimah dan En Zarul. Sesungguhnya kasih sayang mereka berjaya meluputkan segala derita yang pernah kulalui ketika ini. Kasih sayang mereka umpama syurga dunia bagiku. Takkan mampu untukku membalas segala budi baik mereka terhadapku selama ini.

Aku masih ingat bagaimana aku bertemu Balqish Azwani, adikku yang manja dan lincah itu. Sama sepertiku, Balqish juga bukan anak kandung kepada ibubapa angkatku. Bezanya, Balqish adalah anak saudara mereka. Ibubapa Balqish meninggal ketika mereka sama2 mengerjakan umrah di tanah suci, kota Mekah.

“Hana, ini Balqish, anak saudara ummi dan babah. Anggaplah dia macam adik kandung Hana sendiri. Ummi harap Hana boleh jaga dan sayang Balqish sama seperti ummi dan babah sayang Hana. Dua2 pun adalah anak ummi dan babah”

Aku takkan pernah lupa kata2 itu. Ianya akan kupegang hingga aku menghembuskan nafas terakhir. Tanpa ummi dan babah, aku mungkin tidak bernyawa lagi di bumi Allah SWT ini. Untuk itu, aku berusaha sehabis mungkin untuk merealisasikan apa saja kehendak mereka.

Nasibku baik kerana Balqish juga sangat sayangkan aku sebagai kakaknya. Seperti aku, dia juga sebatang kara. Walaupun usianya berbeza 3 tahun dariku, tapi manjanya memang mengalahkan budak2. Aku selalu mengalah bila saja dipujuk olehnya. Qish, memang gadis manja yang cantik dan lincah. Pun begitu, dia tak pernah bangga dengan kecantikan kurniaan Allah SWT itu. Dia sentiasa merendah diri dan tidak pernah meninggikan suara pada sesiapapun, walau dalam keadaan apapun. Aku sungguh bertuah memiliki adik yang begitu sempurna pada pandanganku.

Mungkin kerana inilah, lelaki yang kupuja siang dan malam dalam diam2 itu, menaruh hati pada adikku ini. Dan di sinilah, cerita kami semua bermula...

Amihana: Nilai Sekeping Hati 1

Mumbling o milanhawkin at 9:13 PM 0 demented soul(s)
20 tahun sebelumnya...

Seorang kanak2 perempuan, berusia dalam lingkungan umur 10 tahun, berdiri tegar di luar pintu utama Sogo. Pakaiannya kelihatan terlalu lusuh walaupun tidak koyak rabak. Wajahnya juga bersih walaupun tidak kemas. Pengemiskah? Tapi kanak2 itu tidak duduk selesa di sudut pintu sambil memegang bekas yang kotor untuk meminta sedekah, sebaliknya berdiri dengan ekspresi menahan tangis.

Badannya agak kurus untuk kanak2 usianya, boleh dikatakan terlalu kurus. Terdapat beberapa parut yang jelas kelihatan di beberapa bahagian badannya. Ada parut yang lama berbekas, ada juga yang masih baru. Mungkinkah mangsa dera? Namun tiada sesiapa yang lalu lalang di kompleks itu yang berhenti untuk menegur kanak2 ini. Dia nampak begitu kasihan. Memang sudah lumrah manusia kota agaknya, untuk tidak mengambil tahu perihal manusia lain. Yang penting, diri sendiri masih selamat dan bernyawa.

Ketika hari sudah makin larut malam, kanak2 itu masih di situ. Kali ini wajahnya semakin ketakutan. Kedua tangannya memeluk tubuh, mungkin kesejukan memandangkan dia hanya mengenakan sehelai baju t-shirt yang nipis dan sepasang seluar pendek separas lutut. Matanya melilau seolah mencari2 seseorang. Mungkinkah sepanjang hari ini, dia sebenarnya menanti seseorang? Tapi siapa?

“Adik...” seorang perempuan bertudung labuh berhenti di hadapan kanak2 itu dan menyapanya.

Secara automatik pula, kanak2 itu melangkah menjauhi perempuan itu. Seorang lelaki yang berdiri di sebelah wanita itu sejak tadi mula mendekati kanak2 itu. Wajah mereka tampak bersih dan tidak punya apa2 niat jahat. Tetapi kanak2 itu tetap berhati2, memandang mereka dengan penuh keraguan.

“Adik, jangan takut. Kami bukan orang jahat. Adik tunggu siapa ni?” ujar lelaki itu pula. Wanita dan lelaki itu saling berpandangan bila kanak2 itu tetap tidak menjawab pertanyaan mereka.

“Adik, ibu adik mana?” pertanyaan dari wanita itu berjaya membuatkan kanak2 itu mengangkat muka. Matanya sudah berkaca, dan akhirnya mengalirkan air mata. Tidak lama selepas itu, kanak2 itu sudah mula teresak2.

Dengan perlahan, bimbang jika kanak2 itu tiba2 melarikan diri, wanita itu mendakap kanak2 itu dengan penuh kasih sayang.

“Ibu adik mana, sayang” sekali lagi wanita itu mengajukan pertanyaan.

“Saya tunggu ibu... tapi ibu tak datang lagi... ibu suruh tunggu sini...” kanak2 itu kembali mengongoi.

“Ini kes tinggal anak ke ni?” soal lelaki itu pula, dengan suara yang agak perlahan. Wanita itu mengangkat bahunya, tanda dia sendiri tidak pasti.

Wanita itu melonggarkan pelukannya, memandang tepat pada wajah kanak2 itu yang sudah basah dengan air matanya.

“Dah berapa lama adik tunggu kat sini?”

“Dari pagi tadi lagi...” dengan susah payah mengawal tangisnya, si kecil itu menjawab.

“Bang, kita bawak dia balik bang. Takkan kita nak tinggalkan dia kat sini” usul wanita itu, memandang suaminya.

“Tapi, kita kena report polis ni. Dibuatnya ada yang report anak hilang, tak pasal2 kita pulak yang kena” si suami nampak keberatan.

“Esok kita report la polis. Budak ni rasanya belum makan dari pagi ni. Kesian dia bang” pujuk wanita itu pula.

Wanita itu sudah memegang erat tangan si kecil, menanti persetujuan dari suaminya. Hati keibuannya tidak sanggup melepaskan anak sekecil itu menanti di situ, sedangkan si ibu pula hilang entah ke mana.

“Boleh la, bang. Imah kesian sangat tengok budak ni. Lagipun kat rumah kita tu bukannya ada sesiapa. Boleh la, ye bang?” wanita itu masih lagi memujuk.

Si suami itu akhirnya menganggukkan kepala. Dia tahu isterinya itu merindukan kehadiran seorang anak dalam hidup mereka. Entahlah, sudah hampir 5 tahun mereka mendirikan rumahtangga, namun usaha mereka masih belum dimakbulkan Allah SWT.

“Baiklah. Tapi esok kita mesti bawak budak ni ke balai polis” Imah menganggukkan kepala dengan senyum mekar di bibir.

Berpalinglah padaku - 2

Mumbling o milanhawkin at 9:09 PM 0 demented soul(s)
2 tahun kemudian...

“Hey, Abang Iq!”

Aku tersentak mendengar nama yang sering menjadi igauanku sejak 2 tahun lalu itu dilaungkan dengan lantang. Aku pantas menoleh mencari kelibat yang sentiasa kurindui itu. Nah, itu dia lelaki yang mengganggu lena tidurku saban malam. Hati ini bergetar lembut memandangnya. Berdendang lagu apa ya...?

“Dah lama tak nampak Abang Iq kat sini” sapa Asyraff, seorang junior dalam bidang Ekonomi yang menjadi antara pengunjung tetap bilik kelab seni ini.

“Sebab kita takde aktiviti, malaslah nak datang” jawab Iqram selamba walaupun bibirnya menguntum senyum. Lelaki ini memang murah dengan senyuman. Dengan senyuman di bibir, dia sering kelihatan happy go lucky, seakan tidak begitu mempedulikan persekitarannya. Yang penting, dia menikmati hidupnya.

“Ala.. janganlah cakap macam tu. Tiap2 hari pun kita ada aktiviti apa. Abang Iq je yang dah malas nak datang sini” Azilah pula menyampuk dan menghampiri Iqram dan Asyraff. Tak lama kemudian, makin ramai pula yang mengerumuni lelaki itu. Macam artis pula dia ni.

Tapi Iqram memang terkenal di kolej ni. Pelajar tahun akhir dalam bidang IT yang paling menonjol. Bukan sahaja kerana ketampanan dan sikapnya yang selamba dan seakan tidak ambil kisah, tapi juga kerana Iqram adalah seorang lelaki yang suka bertukar2 teman wanita. Pendek kata, dia adalah seorang playboy!

Yang peliknya, tidak ada yang peduli dengan kegemarannya bertukar2 teman. Malah ramai yang menunggu giliran untuk menjadi teman yang seterusnya. Sebagai seorang perempuan, aku faham kenapa dia begitu digilai. Apa tidaknya, setiap gadis yang menjadi temannya akan dilayan seperti permaisuri. Ditambah lagi Iqram Aqil merupakan anak tunggal seorang kenamaan di bandar ini.

Iqram tiba2 memandang ke arahku, yang memang sedari tadi tidak melepaskan pandangan ke arahnya. Aku terpempan dengan darah yang segera menyerbu ke mukaku. Cepat2 aku menunduk. Malunya!

“Liana, awak ada kat sini” sapanya dari jauh.

“Y..ye...” Aku masih tergagap2 bila saja aku membuka mulut untuk bercakap dengannya. Aku memang sering rasa gementar berhadapan dengan lelaki ini. Jantungku berdegup kencang setiap kali mendengar suaranya.

“Awak selalu membaca kat sini, ye” Ah, sekejap saja dia sudah sampai ke mejaku. Entah bila masa dia bergerak, aku sendiri tidak pasti. Almaklumlah, aku tenggelam dalam dunia gabraku sendiri. Aku tahu aku sudah semakin gelisah dan malu2.

“Yelah, tapi Kak Liana still takleh melukis dengan baik” Aziah pula menjawab. Dia ni, mengekor saja ke mana Iqram pergi. Ish, jeles ke aku? Ahaks...

“Dia bukan jenis yang ada tangan seni” sampuk Asyraff pula. Ini lagi satu, junior yang paling banyak mulut dalam kelab ni. Tapi dialah yang sering menceriakan bilik kelab ini dengan mulutnya yang tak reti diam. Walaupun banyak cakap, dia tetap punya hati yang baik.

“Kadang2 pelik gak kenapa dia join kelab ni ek” persoalan yang diajukan oleh Asyraff itu membuatkan aku gelisah. Adakah sesiapa yg dapat mengagak kenapa aku sering saja berada di sini?

“Ah... ma... maaf...” itu saja yang mampu kuucapkan. Memang benar, adalah satu kepelikan untuk aku menganggotai kelab seni bila aku sendiri tak pernah dapat melukis kucing sekalipun. Bayangkanlah, kucing yang kulukis, beruang pula yang muncul di atas kertas lukisanku. Nampak sangat buta seni.

“Aiseh, janganlah minta maaf. Kitaorang saja je nak usik akak” Aziah bersuara, meredakan suasana hening sebentar tadi.

Tiba2 buku di tanganku dicapai oleh Iqram. Aku terkejut. Dia nih, suka suki je ambil buku dari tangan aku. Kot ye pun, apa salahnya ambil tangan aku sekali? Hahaha... miang punya Liana!

“Apa yang awak baca ni? ‘’? Buku kanak2?”

“Ah... itu... untuk kelas...”

“Awak ambil major pendidikan?” Ya Tuhan, dia baru tahu ke? Nampak sangat tak pernah nak ambil tahu pasal aku. Tapi yelah, buat apa dia nak ambil tahu. Aku bukannya makwe dia. Sekadar teman sekelab je. Jumpa pun jarang sekali.

“Y..Ya” Liana! Tolonglah jawab panjang sikit. Jawab sepatah-sepatah ni apakehal?!

“Awak nak jadi guru? Hmm...memang sesuai dengan awak” komennya.

Entah kenapa, wajahku memerah mendengarkan pertuturannya. Apa yang patut aku buat sekarang? Aku terlalu malu untuk bercakap dengan lelaki ini.

“Iq, kau free tak this coming Saturday?” Iqram berpaling ke arah Shafiq, teman Iqram yang rasanya satu major dengannya. Ah Shafiq, apasal la kau kacau daun masa ni?

“Kami nak buat party sikit weekend ni. Wanna come?” ajaknya sambil menepuk2 bahu Iqram. Mamat ni memang kaki party. Sikit2 party, sikit2 disko. Kerjanya memang nak enjoy je memanjang. Nasib baik la otaknya cair, so bila exam memang dia score. So unfair!

“Sabtu ni? Well...boleh jugak” Yang ni lagi satu. Pantang diajak, cepat aje dia nak setuju. Tahu lah awak tu sama genius je dengan si Shafiq ni. Tapi kot ye pun, cuba2lah ajak saya sekali... cheh, Liana memang gatal! Uhuhuhu...

“Oklah, aku nak blah. See ya!” Iqram meminta diri dan memulangkan semula bukuku ke atas meja.

Ah, terlupa pula aku dah melepaskan peluang aku untuk bercakap dengannya.

“La, dah nak blah ke?” Shafiq mengeluh kesal. Mungkin dia masih mahu berbual tentang rancangan mereka pada hujung minggu ini.

“Aku singgah kejap je sebab aku takde mende nak buat” Shafiq mencebik.

Iqram pula buat tak nampak dan segera mengangkat kaki. Mataku mengekori langkahnya hinggalah dia hilang dari pandanganku. Kenapalah aku susah sangat nak jadi peramah ni? Dah 2 tahun OK! Patutnya aku dah terbiasa dengan kehadirannya dan boleh berbual dengan seperti teman2nya yang lain. Bengap betulla Liana ni. Alahai, sedapnya aku mengata diri sendiri.

“Takde mende nak buat? So, dia bukan tengah job hunting ke?” Aku terdengar suara Asyraff menyoal Shafiq. Betullah, Iqram kan dah di tahun akhir. Patutnya dia dah cari tempat untuk memulakan kerjayanya. Kenapa dia lepak je? Or maybe... dia akan sambung je business ayahnya? Biasanya anak orang kaya macam tu la. Ambil course lain yang takde kena mengena sangat dengan business, tapi kerja plak menguruskan business keluarga.

“Could be. Dia tu memang lone ranger sket. Aku sendiri takleh nak agak apa yang dia fikir kadang2” Shafiq memberi komen.

Memang betul pun. Dia tu, walaupun dikelilingi ramai manusia, dia tetap kelihatan lonely. Seolah2 terasing dalam dunianya sendiri. Entahlah...

Dan aku... walaupun 2 tahun telah berlalu, aku masih lagi bertepuk sebelah tangan. Memang tak berbunyi pun. Tiada apa2 perubahan positif yang boleh kubanggakan. Dia dan aku hanya senior dan junior yang berada dalam kelab yang sama. Tidak lebih dari itu...

“Kau rasa macam mana?” Telingaku masih berjaya menangkap gelombang bunyi yang dihasilkan oleh mamat dua orang tu walaupun secara realitinya, diaorang berbisik.

“Nak ajak dia jugak ke?” Itu suara Shafiq. Nak ajak aku ke mana?

“Liana, nak join party kitaorang tak Sabtu ni?” Oooooo... nak ajak aku ke party diaorang rupanya. Patutlah teragak2. Secara luarannya, aku memang anti-sosiol. Secara dalamannya punya, aku memang tak reti nak bersosiol. Dan aku juga sebenarnya kurang gemar akan aktiviti sebegini.

“Aku tak tahu samada kau berminat dengan benda2 macam ni ke tak” Shafiq juga ragu2 dengan ajakannya.

Tapi...kalau aku boleh berada lebih dekat dengannya... bila lagi kan? Peluang yang datang, tak boleh disia2kan.

“Saya nak join” pantas pula mulutku berbunyi.

“Huh? Betul ke?”

“Nak join ke?”

Alahai, kenapa nak buat muka terkejut pulak mamat2 ni. Dah tadi ajak... Lagipun aku perlu memulakan langkah secepat mungkin. Dalam masa beberapa bulan saja lagi, aku takkan punya peluang sebegini. Aku takkan berjumpa dengan Iqram di mana2 lagi. Tidak mustahil, selepas dia graduate nanti, aku takkan pernah tahu di bumi mana dia berpijak.

Aku cuma mahu dia kenal dan ingat aku. Itu saja. Itu sebenarnya dah cukup. Or that’s what I thought...

Friday, May 16, 2008

Berpalinglah padaku - 1

Mumbling o milanhawkin at 7:34 AM 0 demented soul(s)
Ianya adalah pada musim panas pada 2 tahun lepas, di mana aku telah jatuh cinta pada lelaki itu. Ia juga adalah cinta aku yang pertama, yang berputik dalam kehidupan remajaku.

“Adik, jomlah...” lelaki berkumis nipis itu bersuara memujuk. Aku sudah semakin gementar menerima desakan sebegini. Macam salesman nak suruh orang beli barang pun ada.

Entah apalah nasib aku hari ni, baru je seminggu mendaftar ke kolej swasta ini, aku telahpun mengalami kejadian sebegini. Sebenarnya, di kolej ini, mengikuti aktiviti kelab adalah wajib dan kelab yang paling aktif dan punya ramai ahli akan mendapat banyak kelebihan. Kelab yang kurang aktif dan tidak mempunyai ramai ahli pula berkemungkinan akan dibubarkan oleh pihak pengurusan kolej.

Mungkin kerana ini, mereka beria2 benar mahu aku mengikuti mereka. Masalahnya, aku tak berminat untuk mengikuti Kelab Ski! Gila apa! Kat Malaysia ni mana ada salji. Nak main ski apanya?

“Just datang dan tengok kelab kami je. Kelab kami ni ada macam2 aktiviti. It’ll be fun” lelaki yang berbadan besar itu pula memujuk. Aku makin gelisah. Tapi, nak ditolak... aku macam tak berani je. Apa lagi bila tengok mereka berdua ni berbadan besar dan sasa.

Pelukanku pada buku2 di dadaku semakin kukemaskan. Adoi mak, takutnya aku masa ni. Sudahlah mereka ini menghalang laluanku ketika aku mahu ke perpustakaan, kebetulan pula tidak ada orang yang melalui koridor ini.

“Mesti adik akan jadi glamer kalau join kelab kami” lelaki yang berkumis nipis itu sekali lagi bersuara, namun kali ini dia sudahpun menarik tanganku supaya mengikuti mereka. Ah, sudah... siapa pulak nak jadik glamer ni...

“Come on, just come with us. Kami bukannya nak buat apa pun. Datang tengok je” ujarnya lagi dengan senyuman di bibir.

“Tolonglah... lepaskan... saya...” aku cuba menolak. Ini kali pertama aku bersuara setelah terserempak dengan mereka. Sebenarnya aku cuba melepasi mereka dan buat2 tak nampak je tadi, tapi boleh pulak diaorang terus menghalang aku dari berlalu.

“Datang dan tengok dengan kami je. Jomlah!” desak lelaki berbadan sasa yang masih lagi belum kutahu namanya. Peluh sudah memercik di dahiku. Aku tengah takut ni. Kot ye pun nak suruh aku join kelab diaorang, perlu ke diaorang bertindak macam ni. Nampak macam melampau pun ada. Entah2, diaorang ni ada niat lain...?

“Ah, saya...” aku mencuba lagi, namun kali ini suaraku tenggelam dalam suara lantang yang tiba2 saja singgah ke telingaku.

“Hey there”

Dan lelaki itu pun muncul. My brave knight... my prince charming...

“Dah terang2 minah ni dah tolak pelawaan korang tuh, janganlah kacau dia lagi” tenang dia menuturkan kata sambil bergerak mendekati kami. Matanya tajam memandang tanganku yang masih kejap dipegang lelaki berkumis nipis itu tadi.

“Eh, ni bukan urusan kau lah” gertak lelaki berbadan sasa itu pula. Nampak macam nak gaduh je. Alahai, ni yang aku tak gemar ni...

“Ye lah... kami cuma nak ajak cik adik ni join kelab kami je. Bukan nak buat apa pun” sambung lelaki yang memegang tanganku pula. Masing2 sudah berdiri dalam keadaan bersedia untuk bertumbuk. Hatiku dah makin kecut dibuat mamat2 ni.

“Kau tengah pegang lengan dia tu, kira dah jadi sexual harrassment tau. Kalau jadi apa2, dia boleh sue korang. Paling koman pun, aku boleh report kat pengetua” ugut my prince pula (adoi mak, perasan plak aku).

Mereka semua terdiam, barangkali terfikir akan kemungkinannya.

“Ah, lupakanlah! Jom blah!” Lelaki yang bertubuh sasa itu sudah jauh berjalan ke depan, meninggalkan temannya. Eceh, tahu plak takut. Tadi nampak macam nak gaduh je.

“Maaf ye pasal tadi” Cheh, pandai plak mamat misai ni nak mintak2 maaf lepas dah batalkan wudhuk aku.

Ah, nasib baik aku selamat. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi. Tak pasal2 kang, aku kena belajar main ski kat tengah padang.

“And as for you...” aku terperangah... lupa sekejap yang puteraku ini masih ada di situ.

“Kalau tak suka, cakap saja terus terang” nasihatnya dalam suara yang masih tenang.

Dia senyum. Terasa hangat wajahku menerima senyuman sebegitu menawan. Ah, silau! Silau!

“Ma...maafkan saya...”

“Tak perlulah minta maaf. Nama awak apa?”

“L...Li...Liana” aku dan gagapku, sudah sebati sejak lahir. Bukanlah bermakna aku ini gagap orangnya, cuma aku amat jarang bersuara. Boleh dikategorikan sebagai pemalu tahap kura2 la. Satu penyakit yang tak dapat aku ubah sejak dari lahiriah.

“Saya Iqram Aqil”

Iqram Aqil... indahnya nama tu. Akan kuigaukan kau siang dan malam. Chewahh... Aku ni, dalam hati boleh le aku nak mengarut, tapi pada luarannya aku memang nampak pemalu dan tak banyak bercakap.

“First year?”

Aku mengangguk. Itu je yang mampu aku lakukakan.

“Kalau macam tu, ambil ni”

Sekeping kertas ditayangkan ke mukaku. Kelab Seni.

“Sebenarnya saya pun tengah mencari ahli baru” Senyumannya begitu menawan kalbu. Sanubariku seakan terpanggil untuk menjadikan senyuman itu milikku.

“Tapi saya takkan paksa awak masuk. Datang je kalau awak rasa awak nak join” ujarnya bersama senyuman yang tak lekang di bibir. Alahai... awak, saya rasa saya dah ter’suka’ kat awak la...

Aku memerhatikan langkahnya yang kian menjauh. Kertas di tanganku, kurenung dalam2. Kelab Seni...

Dan hanya dengan itu, aku dapati aku sudah berada di dalam bilik kelab itu.

“Tak sangka awak betul2 datang” sapa Iqram yang membuka daun pintu untukku. Wajahnya cerah dengan senyuman.

Walaupun aku langsung tak reti melukis, aku tetap datang ke sini. Semata2 kerana Iqram Aqil. Walaupun hanya dengan perkara kecil sebegini, aku mahu mendekatkan diriku padanya. Mungkin ini adalah satu2nya cara yang boleh kulakukan ketika ini.

Amihana: Nilai Sekeping Hati [Proloque II]

Mumbling o milanhawkin at 7:33 AM 0 demented soul(s)
Aku merenung ke luar jendela bilikku. Pandanganku kosong. Tak bererti. Sama keadaannya dengan apa yang sedang kurasakan saat ini. Fikiranku juga kosong. Aku tak mampu menggunakan akal kurniaan Allah SWT ketika ini.

Kamal Hadi... lelaki yang pernah kudambakan untuk menjadi raja dalam hidupku. Tanpa sedar, bibir ini menguntum senyum bila saja terkenangkan lelaki itu. Dan bila mengingatkan Kamal Hadi, secara automatiknya juga fikiranku akan melayang pada wajah menawan Balqish Azwani. Ah, Qish, rindunya kakak padamu.

Ya, kedua insan itu merupakan antara penyebab mengapa aku berdiri di sini ketika ini. Seorang adalah adik yang amat aku sayangi, manakala seorang lagi adalah lelaki yang pernah kucintai. Dan kedua2nya pula saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Mereka pasangan bahagia yang sama cantik dan sama padan. Pasangan Romeo dan Juliet yang begitu romantis setiap saat dan ketika.

Dan lelaki yang kutemui di ruang tamu tadi... Ah, bagaimana mahu aku kategorikan lelaki itu ya? Siapa dia dalam hidupku? Atau mungkin yang paling tepat adalah, siapa aku dalam hatinya?

Mungkin ada yang tertanya2, entah kisah apalah yang bakal kucoretkan di sini. Aku sendiri tidak pasti di mana mahu kumulakan kisah ini. Adakah yang mahu mendengar? Mungkin juga ada manusia lain yang pernah mengalami peristiwa yang serupa dengan apa yang telah aku lalui. Tak kisahlah, yang penting... ini adalah kisahku... coretan sekeping hati milik Amihana.

Amihana: Nilai Sekeping Hati [Prologue I]

Mumbling o milanhawkin at 7:31 AM 1 demented soul(s)
Prologue

“Umi! Umi!”

Kelihatan seorang kanak2 lelaki meluru riang ke arahku. Hatiku dilambung bahagia setiap kali menatap wajah mulus itu. Aku terus mendepangkan tanganku sebaik saja menutup pintu kereta.

“Assalamualaikum, sayang” sapaku yang terus saja dipeluk erat oleh anakku yang berusia 4 tahun itu. Manjanya anakku seorang ini.

“Waalaikumsalam, Umi. Lambatnya Umi balik hari ni...” rengek Aisham tanpa mahu melepaskan lengannya yang merangkul tengkukku.

“Sorry sayang, Umi banyak kerja sikit hari ni. Aisham marah Umi ke?” Aku mencium pipinya dengan gemas. Rindunya pada si kecil ini walaupun aku hanya meninggalkannya sejak pagi tadi untuk mencari rezeki.

“Aisham tak marah. Aisham rindu je...” balas Aisham dengan comel. Aku ketawa senang. Suka sangat si Aisham ni mengusik aku. Sama perangai je dengan ayahnya. Ah... aku dah melalut ni...

“Macamlah dah berminggu tak jumpa umi...” usikku pula sambil mencuit hidungnya yang mancung berkali2. Aisham tergelak sambil cuba mengelak ke kiri dan ke kanan. Aku tertawa girang. Ah, bahagia yang kurasakan saat ini benar2 tiada tandingannya.

Aku mendukung Aisham masuk ke dalam rumah selepas mencapai beg tanganku yang masih berada di dalam kereta. Sebaik saja sampai ke muka pintu, aku menyedari ada sepasang kasut lelaki terletak kemas di tepi dinding.

Kasut siapa? Entah kenapa, hatiku berdetak dengan gelisah. Seakan tahu, akan ada sesuatu yang bakal kutemui sebentar nanti. Aisham pula hanya merangkul leherku tanpa bersuara.

Kakiku menapak masuk. Sangkaku, aku akan melihat kelibat Makcik Ani sedang menyiapkan hidangan makan malam seperti hari2 sebelumnya. Sebaliknya, aku berdepan dengan tubuh seorang lelaki yang sedang membelakangiku, asyik sekali menatap gambar aku dan Aisham yang tergantung di dinding.

Ah, memang betullah aku ada tamu hari ini. Tapi, siapa pula ya? Saudara Makcik Ani ke? Makcik Ani ke mana pula? Kenapa ditinggalkan tetamu macam ni je? Perlu ke aku bersuara? Melihat keasyikannya, aku merasa terganggu.

Aku memandang Aisham yg masih didukunganku. Anak itu hanya tersengih2 memandang lelaki itu tanpa bersuara. Seolah2 dia memang tahu siapa lelaki itu.

“Siapa tu?” bisikku ke telinga Aisham.

Tetamu itu masih menatap gambar itu dengan asyik, hinggakan kehadiranku masih tidak disedarinya. Entah apalah yang dia tengok tu. Setakat gambar aku dan Aisham yang diambil ketika kami berpiknik di Pantai Batu Buruk itu rasanya tidaklah begitu menarik pun.

Aisham masih tersengih tapi tidak menjawab pertanyaanku. Ish, budak ni... kecik2 dah pandai nak berahsia. Aku memuncungkan bibir, tanda rajukku pada Aisham. Tanpa kata, Aisham terus mencium pipiku. Anak ini, sudah tahu benar bagaimana mahu mengelak dari menjawab pertanyaanku, sekaligus memujuk rajukku.

Aku menurunkan Aisham. Sejurus kemudian Aisham terus berlari ke arah lelaki itu tanpa dapat kutahan. Anak kecil itu menjeritkan sesuatu dan memeluk erat kaki tetamuku itu.

“Papa!”

Aku tersentak. Hampir luruh jantungku mendengar perkataan yang keluar dari mulut Aisham. Lelaki itu mengalihkan pandangannya ke bawah, kepada Aisham dan terus saja menunduk dan memeluk erat anakku.

Seakan baru menyedari kehadiranku, lelaki itu berpaling. Mata kami bertentangan. Nafasku yang tadinya sesak bila mendengar Aisham memanggil lelaki itu ‘papa’, kini hilang untuk sesaat dua tika mata kami saling berpandangan.

“Hana...” serunya, agak perlahan. Hampir saja tidak kedengaran. Aku mengertap bibir. Kuat.

Aisham sudah tersengih2 di dalam pelukan ‘papa’nya. Dan aku...
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review