|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, January 14, 2008

Cinta bertih jagung - 5 end

Mumbling o milanhawkin at 9:53 AM 4 demented soul(s)
“Maaf...Aku ni memang annoying kan? Aku terlalu bising... sebab tu kau taknak kawan dengan aku lagi. Maafkan aku...” pintaku perlahan, masih mengikut langkahnya di belakang.

Rengusan Shahil membuat aku semakin sebak bercampur gementar.

“Ttapi... bercakap ni cara aku tunjukkan perasaan sayang aku...”

Langkahnya sudah berhenti. Kami berada di tempat parking basikal sekolah. Kenapalah dia bawak aku ke sini. Dah takde tempat lain ke nak bawak aku?

“Sebab tulah aku cakap kau ni bodoh!” marahnya.

Ah, dia betul2 marah pada aku. Salah ke aku cakap aku suka dia? Sedihnya...Memang dia tak suka menerima luahan perasaan dari perempuan, termasuklah aku. Yelah, aku kan cuma teman sepermainannya. Hubungan kami memang tak pernah lebih dari itu. Nampaknya aku perasan sorang2...

“Kalau aku rasa kau ni merimaskan, aku takkan lepak dengan kau selalu” gumamnya lagi.

Aku masih menunduk, diam. Dia menolak tubuhku ke sebuah bangku. Takde pelajar lain di situ. Hari pun dah petang, maka dah ramai pelajar sessi pagi yang dah pulang ke rumah.

“Sebagai kawan baik aku, takkan kau tak faham lagi” lembut Shahil bersuara. Aku mengangkat muka, berani-berani takut nak memandang mukanya. Shahil sedang tersenyum ke arahku.

“Ah...” Air mataku yang kutahan sejak tadi segera mengalir lebat. Shahil dah senyum...

Tangan Shahil memegang erat tanganku. Kemudian, sebelah tangannya menyapu air mata yang membasahi pipiku. Senyumannya masih lekat di situ.

“Kenapa nangis lagi ni? Hmm?” soalnya, kedengaran sedikit romantis. Jantungnya mula berdetak makin laju.

“Akhirnya... awak dah senyum...” dengan sebak aku menuturkan kata. Kulihat wajah tampan itu berkerut.

“Sebab awak tak hiraukan saya dan asyik senyum pada pelajar2 perempuan yang lain... jadi... saya...” aku tak mampu mahu meneruskan kata2ku, sebaliknya kembali menunduk.

“Janganlah nangis...” pujuknya, masih dengan nada yang sama, membuai2 perasaan remajaku.

“Shah... awak... suka saya tak?” tiba2 saja aku bertanya. Entah dari mana aku mendapat keberanian. Terasa hangat pipiku bila mata kami bertentangan. Ada lagu cinta bermain di hati ini.

“Suka...” ringkas jawapannya namun memberi makna yang mendalam padaku. Dia merenung tepat ke dalam anak mataku, dengan senyuman manis yang bermain di bibirnya.

“Saya sayang awak, Arina”

Air mata gembira menggantikan kesedihanku sebentar tadi. Aku membalas senyumannya...seperti selalu. Aku tahu kini siapa aku di hatinya.

Walaupun awak ni tak banyak cakap... takpe...kita masih boleh berkomunikasi kan? Perasaan saya... suara awak... kembali menyatu...

*******

“Ah, dah pukul 12... Shahil dah tidur ke? Eh?” Telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapai telefon bimbitku di meja study, menekan butang hijau di situ.

“Hello?” Ceh, macamlah aku tak tahu siapa yang menelefon. Dah terpampang jelas nama Shahil di skrin tadi. Aku tersengih macam kerang busuk, memeluk erat patung teddy bear yang dihadiahkan Shahil sedikit waktu dulu. Rasa bahagia membanjiri segenap tubuhku.

“Hai... Shah ni” Sejak akhir2 ni, dia sudah mula membahasakan dirinya Shah saja bila bercakap denganku. Tiada lagi ‘aku-kau’. Aiseh, romantiklah pakwe aku ni sekarang. Hati ini berbunga cinta.

Sejak sessi meluahkan perasaan itu, hubungan kami kembali seperti biasa. Shahil kembali dengan sikapnya yang pendiam dan malas bercakap, membuatkan pelajar2 perempuan yang lain semakin takut untuk menghampirinya. Ah, biarlah. Yang penting, Shahil milik aku seorang. Dan aku tak ingin berkongsi dengan sesiapa pun!

Walaupun awak jarang sekali bercakap...

“Oh, kenapa Shah?”

Apa saja yang awak nak, katakan saja....

“... nak dengar suara Ina”

Jika awak sudi mendengar...

“Haha... Ina pun ingat macam tu...nak call Shah tadi...”

.....saya akan bercakap hingga dunia ini kiamat...

2 jam kemudian...

“...lepas tu Ina ada nampak gambar dia dalam majalah.... then budak ni nak terjun sungai... mak Ina masak best hari ni...Ina ada jumpa mak Shah minggu lepas...pastu kan...bla...bla...bla...”

“Nak tidur. Bye!” Click!

“Eh? Nanti... Shah...jap...iskk...”

Cinta bertih jagung - 4

Mumbling o milanhawkin at 9:51 AM 0 demented soul(s)
‘Layan diaorang dengan baik’

Sebab tu ke? Sebab aku cakap macam tu ke? Tapi... aku tak suka... aku tak suka dengan Shahil yang macam ni... aku ingatkan senyuman dia tu hanya untuk aku sorang je. Senyuman dia hanya untuk aku... kan?

Kalaulah aku tak cakap macam tu semalam... arghh... sepanjang minggu ni aku langsung tak berpeluang untuk bercakap dengan Shahil. Bila aku nak dekat dengan dia je, mesti ada pelajar lain yang mahu berbual mesra dengannya. Dan dia pun dah tak datang cari aku lagi, walaupun kami memang sekelas. Aku sunyi. Aku cemburu. Ah, aku cemburu? Kenapa pula aku cemburu? Bukankah aku patut rasa gembira dengan perubahan ni? Shahil dah tak sombong, malah amat peramah sekarang. Lebih2 lagi dengan pelajar perempuan. Ches!

Aku merenung ke luar tingkap kelas. Kebanyakkan pelajar sudah lama pulang. Tinggal aku yang melayan perasaan di sini. Shahil? Entah ke manalah mamat tu pergi. Lagipun dah seminggu kami tak pulang bersama2. Selalunya akan ada pelajar perempuan yang mahu mengajaknya pulang bersama.

Aku mahu menenangkan perasaanku yang sedang bergelora ini. Aku mahu meredakan perasaan cemburu yang semakin sarat ini. Ish.. kenapa aku harus rasa cemburu? Bukankah kami hanya sahabat baik selama ni? Kenapa bila dia tinggalkan aku sorang2 macam ni, aku perlu rasa sakit hati pula?

Terdengar derap tapak kaki sedang menghampiri, aku berpaling. Bulat mataku memandang susuk tubuh yang berdiri tidak jauh dariku. Pandangannya seakan menembusi tubuhku.

“Ah, Shahil” aku terkejut namun cepat2 kuukirkan senyuman untuknya, melindungi kegelisahanku.

Shahil menapak mendekatiku. Wajahnya tanpa senyum. Dia selalu tersenyum kalau jumpa aku. Tapi sejak kebelakangan ni, dia langsung tak senyum pada aku lagi. Geramnya! Kenapa dia boleh senyum pada perempuan lain pula? Bila dengan aku je, dia nak tunjukkan muka batu dia tu!

“Kau masih kat sini” Bukan soalan, sebaliknya satu ayat penyata. Kenapalah ayat dia ni pendek2 aje? Tapi pandai pulak dia berborak dengan perempuan lain.

“Ha’a. Aku duty hari ni. Kau pun kenapa tak balik lagi?” ujarku yang sudah mula menggelabah. Kenapa dia datang cari aku pula hari ni? Selalunya dia terus je balik dengan budak2 perempuan tu.

Shahil masih merenung tak percaya padaku. Aku semakin gemuruh. Dia dapat baca ke apa yang bermain kat dalam otak aku ni?

“Ah.. lepas tu aku terus buat homework kat sini. Tak sedar pulak dah lewat” Aku seakan memberi alasan padanya.

“Tipu” sepatah keluar dari bibirnya yang merah.

“Erkk...” Tak percaya?

“Kau ada nak cakap something ke kat aku?” soalnya, merenungku dengan penuh minat (agaknya).

“Ah...err...emm...” pertama kali aku tergagap bila berhadapan dengannya. Apa aku nak cakap? Nak tanya kenapa dia dah tak senyum pada aku lagi? Malulah! Nak larang dia bercakap dengan orang lain selain aku? Aku takde hak nak halang dia berbuat begitu. Aku hanya temannya, bukan teman wanitanya.

Tapi yang aku tak puas hati, kenapa dia tak senyum pada aku??

“Err...well... takpe kalau kau berhenti senyum untuk hari ni. Mesti letih kan asyik senyum je” Ah, memang ayat bodoh je yang keluar dari mulut aku ni. Mungkin sebab aku terlalu menggelabah.

“Bukan kau ke yang cakap supaya aku layan diaorang dengan baik?” Shahil merenungku dengan tajam, seolah sedang meletakkan kesalahan itu padaku.

Ah, betul tu.... memang aku yang suruh... tapi...

“Shah....kat sini rupanya awak” dua orang gadis masuk ke dalam kelas. Aku tergamam. Dari mana diaorang ni datang? Diaorang ni bukan budak kelas sebelah ke, yang selalu balik dengan Shahil sejak kebelakangan ni? Apasal masuk kelas kami pulak? Nak cari Shahlah tu.

“Jom kita balik sama2. Dah lama kitaorang tunggu awak. Jom...” ajak salah seorang pelajar perempuan tadi. Comelnya dia. Kau suka kat Shahil ke? Shah, kau pun... kenapa diam je? Kenapa tak tolak je pelawaan diaorang ni? Balik dengan aku la...

Tak sedar aku merengus. Apa ni? Perasaan ni...sakitnya dada aku... Makin sakit bila melihat Shahil yang langsung tidak menolong, sebaliknya membiarkan saja gadis itu berpaut pada lengannya. Menyampah! Gedik!

“Hey, tunggu dulu!” jeritku tiba2 bila melihat gadis2 itu mengheret Shahil mengikut langkah mereka. Shahil pula hanya membiarkan saja perempuan2 tu menariknya keluar. Ya Allah, geramnya aku!! Aku sepak jugak budak2 ni karang.

Aku tak tahu kenapa, tapi...

“Kitaorang tengah berbincang perkara penting. Kurang ajar betul korang ni main redah je masuk. Baik korang balik je” ujarku dengan garang. Pergh... jantung ni pun asyik berdegup dengan kencang, macam nak terkeluar dari dada aku. Ini kali pertama aku meninggikan suara pada orang.

Wajahku agaknya sudah merah menahan rasa marah yang mendalam. Tak guna betul minah2 ni. Suka hati diaorang je. Mereka nampak agak terkejut menerima jerkahanku. Termasuklah Shahil.

...aku mahukan Shahil untuk aku sorang.

“Huh? Excuse me?!” salah sorang dari pelajar itu mengerling tajam padaku. Kemudian mereka bergerak mendekatiku. Secara automatik, aku bergerak setapak ke belakang. Kenapa garang sangat ni? Aku acah je tadi...

“Kau selalu je mengendeng dengan Shahil. Kau tahu tak kau tu annoying? Merimaskan! Mulut murai! Takkan kau tak perasan, bila korang bercakap, dia cuma jawab ‘Oh’ dengan ‘yeah’ je. Dia tu tahan sabar je dengan kau tahu! Kau ingat dia suka ke layan kau yang banyak mulut ni?” budak perempuan yang comel tadi menuding jari padaku.

“Kau tu yang patut balik je” tambah temannya pula. Jarinya menolak tubuhku dengan agak kuat, menyebabkan aku tertolak ke belakang.

Ah, kebenarankah ini? Shahil tak suka bila bersama dengan aku?

“T..tapi...aku...” Aku jadi bungkam.

Shahil selalu meluangkan masa untuk mendengar aku bercakap. Dia pendengar yang baik, bukankah begitu? Aku gembira bila bersama Shahil, jadi aku jadi semakin banyak bercakap bila bersama dengannya. Semua tu berlaku tanpa aku sedar. Shahil pun... suka bila bersama aku, kan? Shahil, kenapa kau diam je?

“Kau patut sedar Shahil dah tak suka nak layan kau lagi. Sedar dirilah, si mulut murai. Siapa je yang tahan dengan mulut kau yang banyak tu” Ah, sakitnya bila dihina begini. Lagi sakit bila Shahil hanya membiarkan aku, teman rapatnya, dihina begini. Atau dia sendiri memang bersetuju dengan kata2 itu?

“Sebab... aku... aku suka... pada Shahil” aku menunduk. Air mataku mula bergenang.

Aku tahu aku sedang meluahkan perasaanku. Dan aku takut untuk melihat reaksi Shahil. Aku takut Shahil tidak punya perasaan yang sama. Mungkin dia cuma menganggap aku ni hanya sekadar teman. Teman yang banyak mulut... yang sudah malas untuk dilayannya....

“Eww... siapa nakkan perempuan mulut murai macam kau ni. Jangan mimpilah...” jerkah gadis comel itu tadi.

Aku tergamam. Betul juga, selain Shahil aku memang tak ada kawan lelaki yang lain. Mereka semua menganggap aku ni perempuan yang merimaskan. Hanya Shahil saja yang sudi berkawan dengan aku. Tapi sekarang... Pandanganku makin kabur dek air mata yang sudah mahu keluar dari tubir mata. Dan akhirnya jatuh membasahi pipiku...

BANG!!

Kami bertiga tersentak dengan bunyi yang kuat itu. Aku mengangkat muka, melihat tangan Shahil yang dikepal masih bertemu dengan dinding papan tulis. Wajahnya begitu garang. Hatiku kecut. Dia marahkan aku ke?

“Shah...” Perasaanku merundum.

Dia... marah? Kenapa... kenapa aku cakap macam tu? Dia marah aku cakap macam tu ke? Dia tak suka dengan pengakuan aku tadi ke? Aku hanya mampu merenungnya dengan sebak di dada bila melihat dia berjalan ke arah kami. Gadis2 tadi segera menghindar dariku.

“Jom!” Aku agak terpempam bila Shahil menarik tanganku, mengheretku keluar dari kelas. Aku hanya mengikut langkahnya dengan terpaksa. Dia nak marah aku ke? Nak bawa aku ke mana ni?

Cinta bertih jagung - 3

Mumbling o milanhawkin at 9:50 AM 0 demented soul(s)
“Morning!!” sapaku riang. Aku sampai sedikit lewat ke sekolah hari ni. Terbangun lambat... Melepas la pulak nak breakfast dengan Shahil. Ada banyak benda aku nak cerita kat dia nih.

“Eh, korang tengok tak? Perasan tak?”

“Ha’a. Nampak, nampak. Tak sangka...”

Aku mendengar saja bisikan beberapa pelajar kelasku. Entah apalah yang diaorang bualkan. Ah, baik aku letak beg kat meja aku dulu. Hmm... mana Shahil?

“Hey, Arina. Ada sesuatu yang tak kena dengan Shahil hari ni” tegur Zara, pelajar perempuan yang duduk di sebelahku. Aku mengangkat kening. Apa yang tak kena dengan mamat tu?

“Apa maksud kau?” tanyaku sambil mengeluarkan beberapa buah buku teks dari beg sandangku.

“Memang pelik sangat. Aku sendiri rasa tak percaya” ujar Zara lagi, masih belum menjelaskan apa yang berlaku. Suka nak buat suspen tau!

“What do you mean? Ada cerita menarik ke?”

“Shahil yang bermuka batu tu, sekarang dah pandai senyum dan bercakap dengan orang” beritahu Zara.

“Apa??!!!” Wah, terkejut nih! Betul ke?

“Ah, tipulah. Hari ni bukan April Fool lah” Aku tersengih. Takkanlah... Shahil bukan orang macam yang digambarkan oleh Zara tadi. Haha... Shahil nak senyum dengan orang? Impossible! Apalagi nak berbual dengan pelajar lain. Dengan aku pun sepatah dua saja yang dia keluarkan dari mulut dia tu. Mustahil!

“Aku bukan bergurau la. Kau tengok kat luar tu” Zara menarik lenganku supaya mengikuti langkahnya, membawa aku ke luar kelas.

Dan apa yang aku lihat memang sesuatu yang mengejutkan. Di satu sudut, Shahil sedang berbual dengan beberapa orang gadis. Malah sedang tersenyum riang. Pelajar2 perempuan itu pula sibuk mengelilingi tubuh Shahil yang tinggi lampai. Aku menggenyeh mata beberapa kali. Tak percaya!

“Tengok. Kan betul aku cakap” Zara menyiku lenganku, bangga agaknya mengetahui sesuatu yang aku sendiri tak tahu. Aku mengertap bibir. Ada satu perasaan lain yang sedang bermain di dadaku.

“No way...” gumamku perlahan. Shahil tak pernah senyum pada orang lain... kecuali aku. Shahil tak pernah bercakap lebih dari sepuluh patah perkataan dengan orang lain... termasuk aku. Apa ni?

“Err... Shah...” Aku memanggil sambil cuba mendekati Shahil. Tapi nasibku kurang baik bila seorang pelajar perempuan yang sedang mengelilingi Shahil dengan tidak sengaja bergerak ke belakang, menyebabkan aku terjatuh. Ouch!

“Eh, kau OK ke, Arina?” Zara segera mendekati, membantu aku bangun. Aku menepuk2 kain baju sekolahku yang mungkin saja sudah kotor. Aku tidak menjawab pertanyaan Zara sebaliknya memandang Shahil yang masih tidak menyedari kehadiranku. Dia masih berbual dengan salah seorang pelajar perempuan yang mengelilinginya. Dadaku terasa sakit, entah kenapa.

“Shahil....” panggilku perlahan. Hatiku diserang rasa sebak.

Cinta bertih jagung - 1

Mumbling o milanhawkin at 9:48 AM 0 demented soul(s)
“Ah, semalam aku tengok show Identity. Best giler. Makcik tu memang terer la meneka.... then aku tengok drama melayu... pelakon pompuan tu cantik sangat. I bet she’s your type kan? Pastu.... cerita tu memang kelakar.... sedih pun ada jugak. Kau tengok tak... Aku ada baca pasal pelakon ni dalam majalah...” aku terus berceloteh dengan riang tanpa berhenti.

“Mmmm...” Shahil terus menikmati nasi lemak di hadapannya, sambil terus memasang telinga. Matanya tetap dihala padaku, mendengar setiap butir bicaraku yang bagaikan bertih jagung. Bibirnya mengukir senyum dalam diam.

Aku memang banyak cakap, malah terkenal sebagai perempuan mulut murai di sekolah. Aku tak pernah kisah, malah tetap dengan sikap aku yang banyak cakap dan periang. Nak buat macam mana, dah sejak azali lagi aku memang banyak mulut. Mak dan ayah aku sendiri pun tak pernah melarang aku bercakap. Lagipun aku gembira begini. Ini cara aku mengekspresikan diri.

Berbeza dengan Shahil yang pendiam. Terlalu pendiam sebenarnya menyebabkan ramai perempuan takut untuk mendekati lelaki tampan itu. Apalagi dengan perwatakannya yang sentiasa serius dan nampak garang. Jadi tak ramai yang dapat meneka apa yang selalu bermain di kotak fikirannya.

“So, macam ni la cara kamu berbual tiap2 hari ye” tegur satu suara dengan sinis. Dua orang pelajar lelaki berdiri di tepi meja di mana kami sedang menikmati masa rehat. Aku dan Shahil sama2 berpaling ke arah mereka. Khairul dan Aidil berdiri di tepi meja kami dengan senyuman sinis mereka.

“Huh? Kenapa?” soalku dengan wajah keliru. Apa la mamat dua ekor ni nak. Selalu sangat dia kacau kitaorang berbual. Menyibuk je! Shahil pula langsung tidak menghiraukan kata2 mereka, sebaliknya terus menyuap makanan.

“Arina dengan mulut bertih jagungnya, bercakap tak berhenti...” ujar Khairul sambil mencebik.

“Dan Shahil cuma mendengar je, tak bercakap langsung. Korang ni terlalu berbeza” sambung Aidil pula, melipat tangannya ke dada.

“Boleh pulak kau tahan mulut perempuan ni ye, Shah. Why?” Khairul sengaja menambah dengan nada yang menyakitkan hati aku.

“Why do you think?” selamba Shahil mengerling padaku sambil menghadiahkan sebuah senyuman seperti selalu. Aku sekadar tersenyum geli hati dengan reaksi Shahil. Temanku ini memang malas nak mengeluarkan suara dari kerongkongnya.

“Sebab kami ni kawan baik sejak dari tadika lagi tau! Kami dah kawan selama 11 tahun tahu!” ujarku sambil memeluk lengan Shahil tanpa segan silu. Aku dah terlalu biasa dengan lelaki ini yang kuanggap seperti saudara sendiri ini.

“Tapi kau tak rasa si Arina ni bising ke, Shah? Kalau aku, mesti dah sakit telinga asyik dengar dia berleter sepanjang masa” luah Adil pula.

“Aku dah terbiasa” ringkas jawapan Shahil, kembali meneruskan suapannya. Aku membuntangkan mataku padanya dengan geram.

“Shah, that’s mean!” rengekku dengan wajah memerah. Selamba je cakap ‘terbiasa’. Hampeh betul! Nak kena dia nih!

“Memang betul pun” giat Shahil. Dia tersenyum ke arahku.

“Jahat!!” Aku memukul lembut belakang Shahil dengan geram walaupun aku turut sama tersenyum. Kalau Shahil tersenyum, secara automatik aku akan membalas senyumannya. Sebabnya, smile is contagious. Tapi Shahil hanya tahu senyum pada aku seorang saja. Dengan orang lain, jangankan senyum, nak bercakap pun malas.

“Bisinglah!” Shahil sengaja mahu membangkitkan kemarahanku. Sebaliknya aku tersengih tak peduli.

Walaupun kami berlainan karekter, persahabatan ini terjalin erat sejak dulu. Mungkin kerana perbezaan inilah yang menguatkan tali persahabatan antara aku dan dia. Kami memang rapat sejak dulu. Aku teramat menyenanginya. Aku gembira berada di sampingnya. Hanya dia yang suka mendengar aku bercakap. Kalau orang lain, dah lama suruh aku tutup mulut. Dia sahabat baikku!

Cinta bertih jagung - 2

Mumbling o milanhawkin at 9:48 AM 0 demented soul(s)
Aku mengeluh, mengusung buku2 latihan yang perlu baru saja diambil dari bilik guru. Biasanya Kamal, ketua kelas 5 Sains 1 yang selalu mengambil buku latihan, tapi hari ini dia cuti pula. Terpaksalah aku mengangkut buku2 sebanyak 25 buah itu seorang diri. Berat siot!

“Nak ajak Shah tadi, dia hilang pulak. Kalau tak, takde la aku kena angkut sorang2 macam ni. Cikgu pun satu, kelas dah habis baru suruh aku datang ambil buku. Esok2 takleh ke?” omelku sendiri sambil cuba mengimbangkan buku2 di tanganku. Beratnya!

Mengingatkan Shahil mengundang senyum di bibirku. Hanya Shahil yang sudi mendengar aku bercakap berjam2. Shahil begitu penyabar. Aku sendiri hairan kenapa aku bercakap macam bertih jagung, tapi itu memang sudah sifat semulajadi. Macam mana nak ubah. Ah, asalkan Shahil masih sanggup mendengar, aku tak peduli apa orang lain nak cakap.

Sampai ke kelas, pintu kelas tiba2 dibanting dengan kasar. Hampir saja mahu terkena mukaku yang comel ni. Kalau tak, memang merah hidung mancungku karang. Kemudian keluar pula seorang gadis cantik dengan wajah yang dibasahi air mata. Gadis itu segera berlari keluar, seakan mahu melepaskan diri dari sesuatu. Atau seseorang...

“Kenapa ni? Rasanya macam budak tingkatan 4 tu...” aku mengerut dahi. Nak panggil, budak tu dah lari jauh. Tak sempat aku nak mengorek rahsia. Kalau tak, boleh juga dibuat bahan bercerita pada Shahil nanti.

“Shah!!” aku menjerit dek terkejut yang amat bila wajah Shahil terpacul di hadapanku. Semua buku di tangan jatuh bertaburan mencium lantai. Shahil memandangku tanpa reaksi, seperti biasa. Memang lelaki yang satu ini jarang menunjukkan apa2 reaksi di wajahnya. Muka batu!

“Terkejutlah. Kau buat apa kat sini? Eh, ini memang kelas kita pun. Tapi semua orang dah balik kan? Tadi tu...budak pompuan tu.... kenapa dia nangis?” seperti biasa, ayatku tidak pernah pendek.

Shahil mengeluh, tunduk memungut buku2 yang bertaburan tanpa jawapan. Aku turut sama mengutip buku2 tadi. Tanpa suara, Shahil menolongku membawa buku2 tadi masuk ke kelas, meletakkannya ke atas meja guru.

“Kenapa? Kenapa dengan budak tu? Ceritalah kat aku. Ah, aku tahu. Mesti budak tu cakap dia suka kat kau, kan? Kemudian kau tolak cinta dia kan? Kan?” aku menyerkap jarang.

Bukannya aku tak tahu, walaupun dia ni terkenal dengan muka tanpa reaksinya, dia tetap glamer. Pelajar perempuan mana yang tak kenal dia. Semua pun berminat nak menjadikannya calon boyfriend. Cuma kerana muka takde perasaan dia tu je yang membuatkan pelajar2 perempuan tadi berfikir dua tiga kali mahu meluahkan perasaan. Sebab? Sebabnya dia tak layan perempuan. Katanya, menyusahkan je layan perempuan2 tu.

Shahil merengus kasar, membenarkan segala telahanku. Aku mengeluh perlahan. Apalah nak jadi dengan sahabatku yang seorang ini. Aku bukannya tak biasa melihat pelajar perempuan meluahkan perasaan mereka pada Shahil. Dah selalu sangat. Tapi Shahil tak pernah mahu melayan mereka. Semua luahan cinta mereka ditolak mentah2.

“Jadi betullah... Shah, kau yang macam ni, serius memanjang, memang orang akan salah faham bila tengok kau. Janganlah buat diaorang menangis lagi. Cubalah berubah sikit. Cubalah layan diaorang baik sikit. Takde salahnya kalau kau layan diaorang dengan lembut.” nasihatku panjang lebar.

Sebenarnya aku tak suka pelajar lain membuat anggapan yang tidak baik pada Shahil. Bagiku, Shahil pemuda yang baik. Bukannya garang dan anti-sosial seperti yang selalu aku dengar. Sepanjang persahabatan kami, aku tahu dia lelaki yang begitu memahami dan penyayang walaupun jarang dia ekpresikan di wajahnya.

Shahil merenungku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan, lama. Entah kenapa pula jantungku berdegup kencang bila mata kami bertentangan. Terasa seperti aku telah membuat satu kesilapan dengan kata2 sebentar tadi. Namun aku tetap tersengih, mahu Shahil faham dengan niat baikku. Aku mahu dia berubah sikit. Janganlah nampak unapproachable sangat. Aku tak suka dengar pelajar2 lain cakap dia ni sombonglah, hati batulah...

“Aku tahu...” jawab Shahil antara dengar dengan tidak. Tak sedar aku melepaskan nafas lega. Aku mengangguk senang.

“Macam tulah. Aku tahu kau akan faham. Bagus, bagus. Jangan buat lagi tau. Jom balik. Aku ingat nak makan ABC kat gerai Pak Ali tu la. Kau temankan aku ek” ujarku dengan gembira, menepuk2 bahu temanku itu. Jauh di sudut hati, aku masih memikirkan tentang renungan Shahil sebentar tadi.
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review