|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, January 20, 2014

Cerpen: Sayang Surfina (Part 2a)

Mumbling o milanhawkin at 10:12 PM


Errr... milan tahu milan is not a discipline writer. Lambat sangat update. Busy tu adat tapi tak sepatutnya jadi alasan. So milan nk mintak maaf. Huhuhu... keinginan tu sentiasa ada tapi ruang waktu sangat terbatas. Last2 jadi malas. :(

Sambungan Sayang Surfina ni pun sikit sangat. Nanti ada masa milan sambung lagi. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘Kenapa? Salah ke anggapan aku selama ni? Aku dan Baqi tak sepadan. Duduk tak sama rendah, berdiri tak sama tinggi. Dan kami sangat2 berbeza. Bak kata P. Ramlee, dia umpama merak kayangan dan aku ini cuma gagak di rimba. Dan bukankah lelaki selalunya tertarik pada rupa yg cantik dan kesempurnaan fizikal?’

Surfina mengerut dahi dengan lagak seolah seorang pemimpin negara yang sedang memikirkan kemelut yang melanda rakyat jelata. Tapi masalah ini masalah besar kerana ia melibatkan dirinya sendiri, masa depannya.

“Kenapa you masih berpegang pada paksi cantik luaran itu cantik dalaman? Beauty is in the eyes of the beholder, Fina. I juga bukan manusia sempurna. I ada banyak kelemahan. Dan I rasa you melengkapi I. You ada ciri2 wanita yang I inginkan untuk menjadi suri dalam hidup I, menjadi ibu kepada anak2 I. Kenapa? You tak yakin you boleh bahagiakan I, macam tu?” kata2 Baqi itu amat sukar ditelan.

Memang, memang dia tidak yakin!

“Dan bagaimana kalau suatu hari nanti, kau bangun dari tidur dan perasaan menyesal itu datang? Apa yang akan jadi masa tu, Baqi?” soalan mencabar dari Surfina hanya mengundang senyuman sinis ke bibir nipis Baqi.

“Jadi you sebenarnya tak yakin dengan I lah? Cuba you cakap dengan I, apa yang I boleh lakukan supaya you percaya dan terima I?” Baqi merenung Surfina lembut.

“Semua ni terlalu cepat, Baqi. Aku tak boleh terima perkara mendadak sebegini” keluh gadis itu untuk sekian kalinya.

“I dah kenal you selama 3 tahun, Fina. Mungkin kita tak pernah rapat tapi I sudah lama perhatikan you. I like everything about you. And I am serious. To prove that, parents I akan datang merisik hujung bulan ni. You fikirkanlah dan buatlah keputusan. Apa pun keputusan you masa tu, I akan terima”

Kata2 Baqi itu bermain2 di mindanya sejak semalam. Fikirannya benar2 bercelaru. Ya Allah, apa yang harus aku lakukakan? Apa yang harus aku fikirkan? Apa yang harus aku buat, Ya Allah…

‘Ah, ada baiknya aku naik ke surau dan tunaikan solat sunat. Mana tahu hati aku ni boleh bertenang’  seraya itu, dengan langkah yang tak sempurna, Surfina berlalu menuju ke arah lif untuk ke surau.

“Eh, korang ada dengar tak?” suara itu kedengaran agak kuat di sebalik pintu surau. Entah kenapa, Surfina terpaku di luar pintu.

“Dengar apa?” suara lain pula bergema dari celah pintu.

“En Baqi tu… tengah cuba memikat Kak Fina!”

“What?”

“What?”

“Seriously?!”

Semuanya suara yang berbeza namun dengan nada yang sama – terkejut.

“Iyerr…. Aku sendiri terserempak dengan derang masa lunch hari tu. Dan seminggu sebelum tu, Kak Fina dapat bunga. Tak sangka aku, hebat jugak Kak Fina tu ek”

“Ya Allah, serious ke kau ni? Entah2 kau salah orang tak?”

“Ye la, Kay. Tak sesuai langsung la Kak Fina tu dengan En Baqi”

“Ha’a. Langsung tak padan. Like seriously…”

“Eh eh kau ni, dari tadi lagi seriously, seriously. Aku cakap betul la ni. Kau nak aku serious macam mana lagi?!”

“Tapi aku tak caya la. Takkan la En Baqi tu betul2 nakkan Kak Fina tu? Aku ni jauh lagi cantik dari Kak Fina tu tau! Kenapa dia tak ngorat aku je? Walaupun Kak Fina tu baik, tapi dia tempang. Jalan pun tak berapa nak betul, ada hati pula nakkan En Baqi tu”

Surfina tersentap. Kecil hati sungguh dirinya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh entah sesiapa itu.

“Alah kau tu… aku ni yang tiap2 hari senyum2 pada En Baqi pun En Baqi tak pernah nak pandang tahu. Padahal aku ni lagi cantik dari kau. Tapi tak baiklah kau cakap Kak Fina macam tu. Kak Fina tu baik tau walaupun cacat sikit”

Bibir bawahnya digigit perlahan.

“Memanglah Kak Fina tu baik tapi makcik cleaner tu pun baik juga. Takde pulak En Baqi tu ngorat makcik cleaner tu kan? Entah2…”

“Assalamualaikum…” sedaya upaya Surfina cuba menyapa dengan tenang.

Sungguh dia tak mahu lagi membiarkan mereka berbuat dosa. Ada getar di hujung suaranya.
Jelas kelihatan mereka terkejut melihat kehadiran subjek utama yang sedang berdiri di hadapan mereka ketika ini.

Setelah menjawab salam, gadis2 tersebut cepat2 berlalu sambil menunduk. Malu mungkin kerana sudah ‘caught red-handed’. Surfina hanya tersenyum tawar namun cepat2 dia beristighfar. Segera diingatkan tujuannya datang ke surau pejabat ini. Lalu dia membuka tudung dan mula bergerak mengambil wuduk.

*****

Surfina mengurut sedikit kakinya yg terasa lenguh. Memang bila hujan atau keadaan terlalu sejuk, kaki kanannya akan terasa lenguh dan ngilu.

Suatu ketika dulu, Surfina juga gadis sempurna. Kakinya tempang kerana percubaannya untuk menyelamatkan seorang kanak2 perempuan. Tidak disangka, tindakan refleksnya itu menyebabkan kakinya kini sedikit cacat. Namun dia tidak pernah menyesal. Sungguh! Dia akan lebih kesal sekiranya tidak berjaya menyelamatkan kanak2 tersebut. Apalah sangat dengan sedikit nikmat yang ditarik Allah ini. Bukannya dia terus tak boleh berjalan. Bukannya kakinya kena potong. Dia sudah cukup bersyukur dia masih bernafas di bumi Allah yang luas ini.

Teringat kembali kedatangan ibubapa kanak2 itu ke rumahnya setelah dia kembali dari hospital. Mereka datang dengan niat mahu menyuntingnya untuk anak teruna mereka. Surfina mengukir senyum mengingatkan saat Pn Julia dan En Zuki yang cuba memujuknya untuk menerima pinangan mereka. Ibubapanya sendiri menyarankan perkara yang sama.

Surfina tetap menolak dengan baik. Dia tidak mahu mereka terasa terhutang budi dengannya sedangkan budinya itu teramatlah kecil jika hendak dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh keluarga mulia itu.

Pada mulanya, dia juga kecewa dengan keadaan dirinya. Dia juga manusia biasa. Dia juga bisa melatah bila diuji Tuhan. Namun dia beruntung kerana dia ada keluarga yang sentiasa memberi semangat padanya. Dan ketenangannya tika ini terkocak oleh lamaran dari Baqi.

Tak tahu kenapa, sekarang dia rasa menyesal kerana menolak pinangan dari Pn Juli dan En Zuki. Kalau tidak, tak adalah dia tersepit dengan keadaan sekarang. Mungkin saja sekarang ini dia sudah punya anak2 kecil yang comel yang memanggilnya ‘umi’ dengan pelat. Teringat kanak2 perempuan bernama Alisya itu. Sangat comel dan sangat cute.

“Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka” Allahuakbar.

Mungkinkah dia patut redha dengan ketentuan Allah ini? Surfina terus berfikir…

3 demented soul(s):

MaY_LiN said...

assalamualaikum milaaaaa
lame xdengar cite eh
jgn lupe smbg ye...

ade typo..derang ke dorang ni

milanhawkin said...

Hye MaY_LiN!!! Wsalam cyg! lama kan kita x jumpa? hehehe... in sha Allah ada masa milan akan sambung. tq dear for your support!

typo tu.. milan pakai dua2... kadang2 derang, kadang2 dorang... hehehe

MaY_LiN said...

amboi cik mila ni
jgn lupa smbg yek..
1 more thing...
miss so much dr khairul..
eh..kang ade org marah

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review