|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, May 31, 2008

Berpalinglah padaku - 7

Mumbling o milanhawkin at 11:59 PM
Seperti biasa, sudah menjadi rutinku sejak 2 tahun lepas, sebaik saja kelas Ekonomi tamat, aku berjalan ke bilik kelab untuk menghabiskan masaku di situ. Sebaik saja pintu kukuak, aku ternampak kelibat Iqram dan beberapa teman kelab yang lain sedang berbual. Untuk sesaat dua, aku jadi ragu2 samada untuk terus berada di situ atau kembali saja ke bilikku.

Sejak aku ditolak olehnya, aku jadi terlalu malu untuk bertemu dengannya. Tapi itu bukanlah masalah untukku kerana dia memang jarang2 lagi datang ke bilik kelab. Masuk hari ini, sebenarnya sudah 2 minggu aku tidak bertemunya.

Setiap saat dalam hidupku juga, kata2 dari Iqram itu seakan melekat di mindaku. Aku jadi sebak yang teramat. Aku jadi sedar diri. Aku jadi lumpuh. Selama dua minggu ini, aku cuba menaikkan kembali semangatku. Aku cuba mengubat lukaku sendiri.

Tetapi, melihat belakangnya saja, rinduku pada si dia seakan terubat. Aku tersentak bila Iqram tiba2 saja berpaling ke arahku. Macam tahu2 saja aku sedang memandangnya. Cepat2 aku mengatur langkah melepasi kumpulan itu, dan mencari sudut yang biasa aku inapi.

Aku menarik kerusi dengan cermat, sementara jantungku berdegup dengan maha hebat. Aku melirik lagi ke arahnya. Aku hanya mahu melihatnya dari jauh... itu sudah cukup. Sekali lagi aku tersentak kerana Iqram sekali lagi dengan tiba2 mengalih pandangannya kepadaku. Cepat2 aku menunduk semula dan cuba membaca buku di tanganku. Benarlah, dia memang tahu aku sentiasa memerhatikannya, cuma selama ini dia buat2 tak peduli.

Beberapa ketika kemudian, teman2 kelab yang lain mula beredar meninggalkan bilik kelab. Aku tahu Iqram masih ada di situ. Mungkin hari ini juga dia mahu melarang aku dari terus memandangnya. Mungkin dia masih marah padaku kerana tidak mendengar nasihatnya sebelum ini. Tapi, aku tak ada kuasa untuk menahan pandanganku yang sering mengikutinya. Aku tiada kuasa untuk menidakkan perasaan yang telah lama mendiami hati aku ini.

“Liana...” seram sejuk pula mendengar dia memanggil namaku.

“Saya minta maaf sangat2!” cepat2 aku memotongnya.

Aku tahu dia belumpun memulakan bicara, tetapi lebih baik aku yang memulakannya dulu. Sebelum keberanianku hilang. Pun begitu aku masih membelakanginya. Aku takut untuk berdepan dengannya. Tak mahu perkara yang sama seperti hari itu berulang lagi. Aku tak sekuat yang kusangka.

“Saya minta maaf... tapi... tapi...” terbata2 aku cuba menyusun ayat. Aku menelan liur, sekali lagi mencuba untuk menjelaskan padanya.

“Saya merayu pada awak...tolonglah...benarkan saya terus menyayangi awak, Abang Iqram. Dengan hanya melihat wajah awak pun sudah cukup untuk saya. Itu saja yang saya perlukan. Jadi...” aku terhenti, seakan menanti dia menengkingku. Tapi dia hanya diam di belakangku. Aku masih tak berani mahu memandangnya. Aku takut mahu melihat kebencian di matanya.

“Err... saya tahu perbuatan saya ni mengganggu awak. Tapi...perasaan ni... saya tak mahu hentikan perasaan ni...” air mataku mula bergenang. Aku jadi sebak.

“Macam mana awak boleh fikir macam tu? Saya dah cakap, awak bukan gadis yang boleh mendampingi saya. Not my type. Awak tak boleh expect anything from me” Ya Allah, kenapa dia mesti meminta aku menghentikan perasaan anugerah Allah ini. Kenapa dia tak mahu faham? Aku bukannya meminta dia membalas segala perasaan aku ini. Aku cuma ingin memujanya dalam diam. Mungkinkah dia sengaja ingin menyakiti hatiku? Tapi kenapa?

“Saya tak minta apa2. Melihat awak saja dah cukup...” suaraku sudah semakin serak. Sekali lagi aku menelan liur. Aku harus meneruskan semua ini.

“Abang Iqram, awak selalu cakap macam ni. Awak saja nak suruh saya bencikan awak kan? Macam awak cuba jauhkan diri awak dari semua orang. Semua orang fikir awak ni dingin, lone ranger. Tapi saya rasa, ini bukan diri awak yang sebenar”

Kali ini aku menoleh ke arahnya. Keberanian itu datang secara tiba2. Aku sendiri tidak percaya aku boleh seberani ini. Aku renung matanya dalam2. Aku tahu dia semakin ragu2 dengan tindakannya.

“Saya percaya, awak sebenarnya seorang yang sangat baik hati. Awak menolong orang tanpa diaorang sedar, dan tak pernah buatkan orang tu rasa teruk mengenainya, kan?” agaknya kata2 itu tepat kerana Iqram sudah mula menggelabah. Adakah dia merasa tergugat kerana begitu banyak yang aku tahu tentangnya?

“Saya selalu fikir, awak adalah seorang yang baik dan tabah. Sejak kali pertama saya jumpa awak...”

Iqram merengus kasar, menghentikan kata2ku seterusnya. Rasanya dia tidak dapat menerima setiap kata2ku itu. Egonya awak, Iqram.

“Huh, suka hati awaklah nak buat apa pun” desisnya dengan nada marah.

Dan BANG!, daun pintu ditutup dengan kasar.

Aku kembali menunduk, dan air mata ini menitis lagi...

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review