|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2007

Dia Milikku - 9

Mumbling o milanhawkin at 3:14 PM
Kejadian aku menghabiskan masa bersama Akid sepanjang petang semalam tidak kukhabarkan pada sesiapa. Tidak juga pada Aida. Walaupun Aida kehairanan kerana sejak semalam aku tidak habis2 tersenyum sendiri.

"Yang kau asyik tersengih je sejak balik ni kenapa?" itulah soalan tak puas hatinya padaku.

"Salah ke aku senyum, Cik-soon-to-be-Puan Aida? Senyum kan satu sedekah. Salah ke aku bersedekah?" sengaja aku membuat lawak. Dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu.

“"Salah tu tidak, tapi kalau dah sambil makan tersengih, mandi tersengih, tengok cerita sedih pun kau nak sengih, mesti ada la tu yang tak betul. Kau angaukan sapa ni?" Aku ketawa galak. Terasa lucu benar kata2 Aida itu. Hai, hati kalau dah gembira...

Nak bercerita, aku malu sendiri. Yelah, dalam hal ini memang aku yg perasan sorang2. Akid sedikitpun tidak menunjukkan apa2 yang istimewa sepanjang kami bersama. Kami cuma banyak berbual dan bercerita tentang diri masing2. Tidak lebih dan tidak kurang.

Sebetulnya banyak kelakuannya yang aku kagumi. Kelakuan yang kurasakan jarang sekali terdapat pada lelaki zaman millenium ini. Matanya tidak pernah melilau memandang perempuan2 seksi yang lalu lalang. Dia tidak pernah sekalipun, sepanjang kami bersama, cuba menyentuhku. Paling tidak, ketika ingin memanggilku, dia hanya akan menyentuh hujung lengan bajuku saja. Malah Akid sendiri yang mengajakku menunaikan solat Asar ketika aku leka shopping.

Tapi ini semua hanya kesimpulan yang kudapat dalam masa sehari saja. Mungkin jika kami boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama, aku akan lebih mengenali dirinya. Entah mengapa, aku begitu teringin untuk tahu apakah sifat buruk dan baiknya. Aku ingin tahu kesemuanya tentang dia. Adakah aku sedang jatuh cinta? Ah, mustahil. Aku cuma tertarik dengannya saja.

Aku begitu teruja ketika kami saling bertukar nombor telefon. Kalau tak diikutkan perasaan malu, sudah lama aku menelefon atau menghantar SMS padanya. Hakikatnya, aku tak mahu dikatakan 'hidung tak mancung, pipi tersorong2'.

"Nah, kad ni khas untuk kau" Aida menyerahkan sehelai sampul surat padaku. Ketika itu kami sedang sama2 menikmati makan malam yang kusediakan. Pada siangnya Aida sendiri sudah menyerahkan kad kahwinnya pada teman2 sepejabat. Sepanjang hari juga dia diusik oleh mereka. Aida menyambut gurauan teman2 dengan wajah berseri2. Aku tahu dia sedang berbahagia. Dan aku tumpang sama gembira.

"Sekarang baru nak bagi kat aku" aku pura2 merajuk walaupun aku agak terharu kerana Aida selalu melebihkan aku dari teman2 yang lain. Aida mencebikkan bibirnya.

"Aku dah bagi special punya pun nak merajuk jugak. Aku taknak la bagi siang tadi, nanti ada pula yg jeles" jelas Aida sambil mengunyah nasi goreng yang kumasak. Giliran aku pula yang mencebikkan bibir. Aku memang tidak bertanya kenapa dia tidak menyerahkan kad tersebut padaku bersama teman2 yang lain.

Aku mula membuka sampul kad berwarna merah jambu itu. Di dalamnya terselit sebuah kad berwarna merah keunguan. Nampak mahal dan ekslusif. Berkilau indah bersama bauan harum yang menusuk hidungku. Di hadapan kad tersebut tertulis nama Aida dan Shah di dalam ruangan berbentuk hati. Cantik.

Hatiku tiba2 saja diserbu rasa pilu. Terbayang2 namaku yang tercatit di situ. Dan nama lelaki yang sudah kubuang jauh2 dari hati ini. Seakan terasa baru semalam peristiwa itu berlaku. Seperti baru semalam aku sedang membelek kad yang sama di tanganku.

"Cantik tak kad ni, sayang?"

"Cantik. Cantik sangat. Ira suka sangat" kata2ku itu disambut dengan senyum di wajah si dia. Terpampang sepasang lesung pipit di pipinya. Bertambah manis senyumannya. Senyuman itulah yang membuatkan aku terpikat, yang membuat aku tak tidur malam.

"Ini abang yang pilih tau. Hari tu ibu nak pilih color pink tapi abang tahu sayang suka color ni kan?" dia berceloteh riang. Melebar senyumku, membara rasa kasihku padanya.

"Ira!" perit telingaku mendengar jeritan Aida di cuping telingaku.

"Yang kau menjerit kuat sangat ni kenapa? Aku belum pekak lagi la" ujarku sedikit marah. Aku meletakkan kembali kad yang kupegang tadi ke atas meja makan. Ya Allah, apa perlunya aku mengungkit kenangan itu lagi? Kenapa harus aku kembali mengingati dia? Teringat kembali aku pada panggilan telefon yang kuterima sedikit masa dahulu. Ah, sampai bilakah mereka ini akan menghantui hidupku?

"Habis, kau mengelamun sampai aku panggil beratus kali pun kau buat tak dengar. Kau ingat apa ni?' balas Aida, mula menarik muka. Aku cuba tersenyum, namun terasa pahit sekali.

"Sorry... I was just... mmm... takde apa2 la" aku cuba berdalih. Walaupun Aida tidak bertanya dengan lebih lanjut tentang perubahan sikapku, aku tahu dia begitu ingin mengetahuinya. Kami meneruskan acara makan malam kami tanpa sebarang kata. Aku dengan kenanganku, Aida dengan rasa ingin tahunya.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review