|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2007

Dia Milikku - 8

Mumbling o milanhawkin at 3:13 PM
Hari ini agaknya hari bertuahku. Siapa tak bertuah sekiranya bertemu dengan lelaki yang diminati, pada hari Ahad, ketika sedang membeli belah seorang diri? Bertuahlah tu kan?

Tak sangka pula rancanganku untuk menghabiskan masa di KLCC ini akan ditambah dengan kehadiran Akid. Pada mulanya Aida memang merengek mahu mengikutku, tapi sengaja aku keraskan hati. Aida ni kadangkala bila masuk bab memujuk ni memang hebat. Macam manalah aku boleh ajak dia sedangkan aku nak mencari hadiah untuk perkahwinannya nanti. Nanti tak surprise la.

Dan bila aku sedang asyik membelek, aku dikejutkan dengan suara Akid yang menegur. Ingatkan, dia dah takkan sudi nak tegur aku lagi. Yelah, aku bukan orang yang senang untuk diingati. Aku terlalu biasa. Maka, bila Akid menegurku sewaktu aku sedang membelek sebuah jam loceng buatan kayu untuk dijadikan hadiah pada Aida, hatiku melonjak riang dan wajahku menjadi hangat.

"Tak sangka dapat jumpa you kat sini" katanya riang.

Ah Akid, saya lagi tak sangka dapat jumpa awak kat sini. Awak tak tahu betapa gembiranya saya. Pun, kata2 itu sekadar bergema di dalam hati. Malulah nak cakap macam tu pada lelaki itu. Bukankah kami baru saja kenal?

Akid, yang masih lagi dengan rambut cacak dan subang di telinga kirinya, tetap nampak tampan dan segak dengan T-shirt polo putih dan seluar khaki coklat. Walaupun penampilannya itu sebenarnya agak tidak kena dengan kerjanya sebagai Manager.

"Saya lagi tak sangka awak nak tegur saya kat sini. Awak buat apa kat sini?" ujarku pula, merendah diri. Jam yang kubelek2 tadi berpindah ke tangannya. Ish, suka hati dia jer nak ambil apa2 dari tangan aku. Nasib baik tak tersentuh.

"Cantik jam ni. Nak hadiahkan pada boyfriend ke?" Akid bertanya seolah benar2 berminat untuk siapa hadiah itu. Aku segera menggeleng kepala bersungguh2. Tudung yang kupakai ikut sama bergerak mengikut kepalaku. Kulihat dia tersenyum.

"Nak bagi pada kawan. Kawan saya tu dah nak melangsungkan perkahwinan 2 3 bulan lagi. Saja prepare nak beli awal2" Kulihat Akid semakin berminat dengan jam tadi. Eh, takkan dia nak beli benda yang sama kot?

"Nak I belikan?" Dia ni... Main2 ke betul2? Aku memandangnya dengan ekor mata bersama kerut di dahi.

"I just wanna return the favor. I masih berhutang dengan you kan?" jelas Akid.

"Rasanya saya tak cakap pun awak kena balas pertolongan saya pada hari tu" ucapku, kecil hati. Walaupun pada mulanya aku memang agak menyesal membenarkannya menaiki keretaku pada hari itu, tapi aku tak pernah terfkir untuk memintanya membalas pertolonganku.

Akid yang agaknya menyedari perubahan pada wajahku, segera memohon maaf.

"I tak maksudkan macam tu, Shai. I ikhlas nak belikan hadiah ini. Kiranya anggaplah hadiah dari kita berdua. OK?" Akid seakan memujuk. Aku merenung jam antik di tangannya. Ukiran kayunya ternyata halus dan amat menarik perhatian. Dan aku memang sudah tertarik hati sebaik saja terpandangkannya ketika memasuki kedai cenderahati ini. Mesti mahal harganya. Perlukah aku benarkan Akid membayarnya? Kami masih belum masuk ke tahap ‘kawan’ untuk dia membuat sesuatu untukku. Dan aku memang tak biasa untuk sesiapa membayarkan apa yang aku mahu. Pokoknya, selama dua tahun aku mengajar diriku berdikari.

Dan entah kenapa, hatiku berdegup lebih laju dari biasa bila menyebut 'kita berdua'. Macam kami ni ada apa-apa pula. Ah, aku ni dah melalut agaknya.

"Emm..." aku masih lagi ragu2. Serba salah juga aku dibuat Akid ni. Sudahlah dia masih merenung dengan penuh harapan. Janganlah, cair hati saya ni karang kalau awak tenung saya lama2 macam tu. Hati, bertahanlah dikau. Jangan semudah ini kau mengalah.

"Takpelah awak. Lagipun awak tak kenal Aida" aku cuba berdalih. Seboleh2nya aku memang tak mahu terhutang apa2, dengan sesiapapun.

"Macam nilah. Apa kata I belikan hadiah ni dan you belanja I makan. So, kiranya kita 0-0. Macam mana?" Akid masih memujukku. Aku mengeluh perlahan. Rasanya dia takkan begitu mudah untuk mengaku kalah. Akhirnya aku mengangguk juga. Malas mahu berkalih lama2 dengan lelaki ini.

Dan petang itu, kami menghabiskan masa bersama2 di KLCC.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review