|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2007

Dia Milikku - 7

Mumbling o milanhawkin at 3:07 PM
Pagi yang indah, namun tetap sunyi pada pandanganku. Biarpun sudah banyak kereta yang mula memenuhi jalan2 di KL ini, entah kenapa aku masih rasa sunyi. Sunyi yang amat. Biarpun Aida sibuk berceloteh di sebelahku juga, hatiku tetap merasa kosong. Kosong sekosong2nya.

Fikiranku menerawang pada panggilan telefon yang kuterima semalam. Ah, apa perlunya dia menelefonku? Adakah hanya untuk bertanya khabar, seperti yang dikatanya semalam? Atau mahu aku mengimbau kembali kenangan silam kami? Perlukah? Bencinya aku dilanda perasaan begini. Walau sudah puas aku menanam tekad untuk melupakan segalanya, rupanya Allah masih terus mahu mengujiku.

Dan yang paling aku pelik, macam mana la dia ni boleh dapat no tepon aku ni? Rasanya hanya famili dan orang2 tertentu saja yang ada no aku ni. Ini mesti ada tali barut ni. Geramnya! Kalau aku tahu siapa tali barut tu, memang siaplah dia aku kerjakan.

"Ira apa khabar? Sihat? Lama tak dengar berita. Nombor telefon pun Ira dah tukar" panjang betul dia memulakan bicara. Kalau dari awal lagi aku tahu ini nombor telefonnya, sumpah aku takkan angkat. Akan aku biarkan saja ia berdering sampai bateri habis. Biar padan muka dia.

"Kenapa senyap je ni? Err... Ira masih marah lagi?"

Ya! Aku masih marah. Marah sangat. Marah yang terpendam, yang tak dapat kuluahkan. Kau apa tau? Hanya tahu menambahkan marahku saja. Tapi kata2ku hanya tersekat di kerongkong. Tak mampu nak diluahkan pada orang di hujung talian sana.

"Ira, janganlah senyap je. Cakaplah. Rindu nak dengar suara Ira. Kita dah lama tak berbual. Rindu sangat nak jumpa Ira, nak berborak macam dulu. Ira tak rindu ke?"

Rindu konon. Borak konon. Buat apa nak rindu2? Kenapa pula nak berborak? Apa gunanya aku dalam hidup kau? Parut di hati aku ini masih merah, masih sakit yang amat. Apa perlunya semua itu? Sekadar menambahkan garam pada luka aku ini. Aku tak rindu! Menyampah ada.

"Ira..." sesedap rasa dia menyeru namaku. Aku masih membatu. Jadi batu betul pun lagi baik.

"Baiklah, kalau Ira tak mahu cakap..." belum sempat dia menghabiskan kata2nya, aku terlebih dahulu menekan butang merah pada telefon bimbitku. Biar dia rasakan. Rasakan sendiri apa yang aku rasa dulu. Bencilah!

"Apahal pulak kau ni? Kau benci siapa?" teguran Aida berjaya mengembalikan aku ke alam nyata. Cheh, boleh pulak aku nak tersasul depan Aida. Malunya.

"Takde siapa lah. Aku ngigau kot" dalihku. Aida sudah mengerut dahi. Tahu kata2ku itu tak masuk akal.

"Kalau kau mengigau, maknanya kau tidur. Kalau kau tidur, dah lama kita masuk hospital sebab accident tau! Mengarut la kau ni. Ini mesti ada apa2 ni" Aih, si Aida ni nak main serkap jarang dengan aku pulak ke ni?

"Takde apa2 la. Jomlah, kita dah sampai ni" ujarku. Aku memarkir kereta di hadapan bangunan tempat aku mencari rezeki. Aku buat2 tak nampak pada jelingan maut Aida. Biarlah Aida dengan prasangkanya. Aku tak mahu memberi penjelasan.

"Kau selalu macam ni tau. Selalu taknak kongsi apa2 dengan aku. Aku semuanya kongsi dengan kau. Kau ni tak anggap aku kawan ke?" sayu saja Aida bersuara. Aku yang tadinya melangkah laju meninggalkan tempat parking segera memberhentikan langkah. Aku berpaling, memandang Aida yang masih berdiri di sebelah keretaku. Wajahnya muram.

Aku kembali menghampirinya. Kucapai jemarinya, merenung tepat ke anak matanya.

"Sorry, Aida. Bukan niat aku macam tu. Cuma aku taknak susahkan sesiapa. Selagi aku boleh tanggung sendiri, aku akan pendamkan. Kau jangan risau, bila aku dah tak boleh tahan nanti, kaulah orang first yang aku akan cari, OK?" pujukku. Aida masih berwajah muram. Aku mati akal. Janganlah merajuk, susah aku nak pujuk ni. Aida ni kalau dah merajuk, mahu berhari2 dia tak bercakap dengan aku, walaupun tetap nak tumpang kereta aku.

"Apa gunanya kawan, Cik Shaira. Kau cuma nak kongsi kebahagiaan kau saja dengan aku. Duka kau, sedih kau, semuanya kau pendam sendiri saja. Aku tak puas hati" luahnya. Ini bukan kali pertama Aida meluahkan perasaan tak puas hatinya, tapi apa yang boleh aku buat?

"Janganla macam ni Aida, aku janji suatu hari nanti aku akan cerita jugak kat kau. Jomlah, masuk office. Nanti punch card merah" pujukku lagi. Kali ini aku menarik perlahan lengannya. Dan dengan perlahan2 juga dia mengikut langkahku. Aku tahu, Aida masih tak puas hati. Biarlah...

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review