|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, October 21, 2007

Dia Milikku - 33

Mumbling o milanhawkin at 11:51 AM
Sebelum berangkat pulang pagi itu, aku meninggalkan mesej pada telefon bimbit Akid. Kukhabarkan padanya, aku mahu pulang ke kampung untuk seminggu. Mesejku masih tidak mendapat balasan darinya. Aku hanya mampu mengertap bibir. Sedar, dia sudah tidak mempedulikan aku lagi. Salahku sendiri...

Dengan hati yang gundah, aku memandu pulang ke Terengganu. Sepanjang perjalanan, aku amat berharap agar Akid lembut hati dan menelefonku. Paling tidak, menghantar SMS padaku. Hingga aku sampai ke rumah pun, langsung tiada mesej dari Akid, apatah lagi panggilan telefon. Aku hampa.

"Assalamualaikum" sapaku. Beg pakaian ku angkut ke atas anak tangga. Abah dan mak muncul di muka pintu. Wajah mereka keruh sekali. Aku tidak nampak kelibat Angah mahupun Achik. Masih di tempat kerja agaknya. Ucu mungkin saja masih di sekolah. Aku menjabat salam dengan abah, mencium jemarinya yang kasar. Kubuat yang sama pada mak dan mencium kedua pipinya yang sudah berkedut.

"Emm... napa abah panggil Along balik ni? Ada hal penting ke?" soalku tidak sabar.

"Masuk dalam dulu, Along. Kita cakap kat dalam. Lagipun Along baru sampai, rehat2lah dulu" ujar mak, memimpin tanganku masuk ke dalam rumah. Aku makin pelik dengan sikap mak dan abah. Sudahlah wajah mereka begitu kusam dan keruh, cara mereka bercakap padaku juga agak berlainan. Lebih lembut dari biasa. Pelik betul ni...

Aku menurut saja. Malas nak bertanya lebih lanjut. Sampai masanya, aku akan tahu juga kan? Selepas membersihkan diri dan mendirikan solat Asar, aku mencapai telefonku dan menaip sesuatu.

'Abg, Shai dh sampai kg dgn selamat. Jgn risau ye'

Berkali2 aku merenung perkataan di skrin telefon. Kemudiannya aku delete kembali ayat terakhir itu. Dia masih akan risaukan akukah? Takpelah, sekurang2nya dia akan tahu di mana aku saat ini jika dia ingin mencariku. Rinduku pada Akid semakin membuak2. Aku hanya mampu menahannya saja.

"Along, meh kita makan dulu. Along belum makan lagi kan dari tadi?" ajak mak yang terjengul di pintu bilikku. Aku tersengih.

"Macam tahu2 je Along tengah lapar ni" balasku mesra. Senyuman mak nampak macam salah tingkah. Aih, kenapa dengan semua orang ni? Aku bergayut di lengan mak hingga ke ruang makan. Abah baru je nak duduk masa aku sampai ke meja.

"Makan, Along" pelawa abah. Aku angguk dan memulakan acara santapan. Yang peliknya, mereka cuma melihat betapa berseleranya aku makan. Diaorang sendiri langsung tak menjamah lauk pauk di hadapan mereka.

Suapanku terhenti.

"Napa ni, abah, mak? Tengok Along macam pelik je ni? Kenapa tak makan sekali?" soalku dengan muncung.

Abah menggeleng sambil melarikan pandangannya. Wajah abah nampak keruh. Mak pula terus bangun menuju ke dapur. Tapi aku sempat mengesan pipi mak yang basah. Seleraku segera mati. Tangan kusimbah dengan air cuci tangan.

"Abah, Along rasa baik abah berterus terang dengan Along sekarang jugak. Along tak sedap hati tengok mak dan abah macam ni. Kenapa abah nampak susah hati? Kenapa mak nangis tadi?" bertalu2 aku mengemukakan soalan. Jawablah, abah. Jangan buat Along tertanya2 lagi.

Abah menarik nafas panjang. Kemudian mendekatiku, menarik tanganku supaya mengikutinya ke ruang tamu. Abah dudukkan aku ke sofa dan kemudian turut duduk di sebelahku.

Aku menunggu dengan penuh debar, menanti butir bicara abah. Entah apalah agaknya yang penting sangat ni.

"Along, abah nak along jawab dengan jujur pada soalan abah ni, ye" abah seolah2 terlalu berhati2 menuturkan kata. Aku semakin mengerutkan dahi.

"Tanya jelah, bah" aku sudah tidak sabar lagi.

"Emm... apa dah berlaku kat Along sekarang ni? Ceritalah kat abah" Lah, takkan ni je kot soalannya. Takat nak tahu... err.. kenapa aku dapat rasakan abah tahu pasal Fakhrul?

"Macam biasa je la, bah. Pergi kerja, balik kerja. Hujung minggu, keluar dengan Aida ke, kawan2 yg lain ke" jelasku. Abah diam, seakan masih menanti kata2ku yang seterusnya.

"Lagi?" soal abah, bila aku turut sama mendiamkan diri.

"Lagi apa pulak, abah. Itu jelah rutin Along. Mana ada yang lain lagi" aku sudah membentuk2 mulut. Bosan juga disoal begini. Macam aku dah buat salah je lagaknya.

"Takde apa2 yang pelik ke berlaku kat Along?" soalan abah itu membuat aku tersentak. Sah, mungkin abah tahu pasal Fakhrul. Atau, mungkin juga abah tahu pasal Akid? Ish...

"Mana ada benda pelik, bah. Bencilah abah ni, tanya soalan camni" aku merengek manja. Sebenarnya aku ingin mengurangkan debar di dadaku.

"Fakhrul..?"

Ya Allah, benarlah. Abah dah tahu! Wajahku berubah riak. Pucat.

"Along... Along tahu kan pasal Fakhrul?" Aku mengangguk perlahan.

"Along tahu kan dia dah takde?" Eh?

"Takde? Dia ke mana abah? Takkan dia lari ke oversea kot" Teruk betul perangai mamat tu sorang. Suka hati dia je nak lari ke mana2. Sikit pun tak cakap pada aku. Aku tahulah aku dah kecewakan dia, tapi salah dia juga buat aku macam ni. Dan sekarang, dia terus je larikan diri.

Kulihat abah menggeleng. Wajahnya sayu sekali.

"Fakhrul dah takde, Along. Dah takde..." suara abah makin bergetar dengan perasaan. Aku merenung abah tak berkelip. Takde...?

"Along, ingat tak masa Along nak kahwin dengan Fakhrul dulu? Along ingat tak kenapa Along tak jadi kahwin?"

"Ingatlah. Dia tinggalkan Along. Dia tinggalkan Along sebab perempuan lain. Along ingat, bah"

Abah menggeleng lagi.

"Along tak jadi kahwin dengan Fakhrul sebab Fakhrul terlibat dalam kemalangan. Along ingat tak? Along pengsan sebab keluarga Fakhrul datang dan beritahu Fakhrul accident dan mati di tempat kejadian"

Aku tersengih. Apalah abah ni. Takkan sebab tak setuju aku bersama Fakhrul, abah nak reka cerita macam ni. Tipulah!

"Apalah abah ni. Janganlah tipu Along" aku sedikit membentak. Lawak jenis apa ni?

"Along... janganlah macam ni, sayang. Arwah Fakhrul dah lama meninggal. Jangan siksa perasaan Along lagi" Mak tiba2 muncul dari dapur. Air mata mak sudah merembes keluar.

Aku tercengang. Dah lama meninggal? Tipu! Baru hari tu dia pecah masuk rumah aku. Aku sendiri lihat Fakhrul melutut di hadapanku, mengucapkan kata2 sayang dan merayuku. Lantas aku bangun dari sofa, berdiri memandang abah dan mak silih berganti. Wajah abah masih keruh. Mak apatah lagi.

"Kenapa dengan mak dan abah ni! Bila masa pulak abang Fakhrul meninggal? Baru je dua minggu lepas Along jumpa dia. Mungkin salah Along sebab tak cakap kat mak, kat abah. Tapi abang Fakhrul ada datang jumpa Along. Dah banyak kali. Macam mana pulak dia boleh datang jumpa Along kalau dia dah meninggal?!" nada suaraku sudah meninggi. Aku keliru sebenarnya. Apa rancangan mak dan abah beritahu aku benda ni? Kenapa nak tipu aku?

"Along, jangan macam ni nak. Tolonglah sedar Along, tolonglah. Mak sedih tengok Along macam ni" Mak sudah teresak2. Aku menggeleng kepala berkali2. Aku tak suka mereka tipu aku macam ni! Tak mungkin Fakhrul dah mati. Tak mungkin!! Aku teringatkan sesuatu.

"Tunggu kejap" arahku pada mereka, berlari menuju ke bilikku. Bila telefon bimbitku berada dalam genggaman, aku kembali berlari ke ruang tamu.

"Along simpan lagi sms yang abang Fakhrul bagi pada Along" Tanganku menekan2 butang di telefon bimbitku, mencari2 sms Fakhrul dahulu. Memang aku tak pernah buang segala pemberian Fakhrul, termasuklah sms.

Tapi... takde satu pun sms dari Fakhrul di telefon bimbitku, kecuali sms yang lama dulu. Mana perginya sms tu? Takkan ada orang deletekan kot?

"Kenapa takde ni? Mesti ada orang deletekan sms tu. Hari tu ada je" keluhku, tak puas hati.

"Kenapa Along ni degil sangat ni? Abah dah cakap, Fakhrul dah mati! Mati! Along dengar tak? Mati! Fakhrul dah mati!" Abah nampaknya sudah naik darah. Habis tubuhku digoncang2kannya. Aku menggeleng sekuat hati, membuang kata2 abah itu dari kepalaku. Fakhrul tak mati lagilah!!

"Tak! Abah tipu! Abah tipu!" jeritku pula. Aku cuba menekup telingaku dengan tangan. Aku tak nak dengar semua ni! Tak nak! Mata kupejamkan rapat2.

Abah tiba2 menghilang masuk. Mak menghampiriku dan memeluk tubuhku seerat2nya. Aku biarkan saja. Mindaku kosong seketika. Sebentar kemudian abah kembali menghampiri kami. Aku perasan tangannya memegang sesuatu.

"Ni! Ni! Ingat tak ni?!" dengan kasar abah menarik tubuhku dari pelukan mak. Sehelai baju Melayu berwarna cream, dengan kesan tompokan darah jelas kelihatan, disuakan ke mukaku. Aku memandang baju Melayu itu tak berkelip. Macam kenal...

"Ni, baju Melayu Fakhrul yang Along pegang, yang Along peluk masa hari perkahwinan Along. Along menangis macam orang gila bila tahu Fakhrul meninggal. Along pengsan sebab tak dapat tahan perasaan Along. Along dah lupa?!"

Perlahan aku menarik baju Melayu itu dari tangan abah. Baju Fakhrul. Baju Melayu yang Fakhrul pakai pada hari perkahwinan kami...

Mutiara jernih tak terasa mengalir ke pipi. Laju merembes keluar dari mataku. Serta merta kabur pandanganku. Baju itu kubawa ke hidungku. Seakan masih terasa bau Fakhrul yang khas. Bau yang aku suka. Dan bau itu bercampur dengan bau darah. Aku sempat dengar mak meraung sebelum aku tumbang menyembah lantai...

1 demented soul(s):

Anonymous said...

huhu..finaaly..dh agk dh yg fakrul 2 dh meninggal...huhu..sian along..tp xpe..akid kn ade..

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review