|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, October 17, 2007

Dia Milikku - 26

Mumbling o milanhawkin at 11:39 AM
Aku mendail nombor Aida sebaik saja aku masuk office. Pagi tadi aku menerima sms darinya supaya terus menghubunginya bila aku terima mesejnya itu. Ada hal apa ye?

Sudahlah fikiranku pagi ini sedikit bercelaru dengan kejadian semalam. Aku masih tidak dapat menghapuskan bayangan Fakhrul dari kotak fikiranku ini. Masih terngiang2 kata2 maafnya di telingaku semalam. Setiap kali teringatkan hal itu, aku jadi sebak sendiri. Entah bilanya aku tertidur, aku sendiri tidak pasti. Yang pastinya, bila saja mata ini terbuka, Fakhrul sudah tiada di sisiku. Menghilang begitu saja.

"Apsal kau tak jawab call aku semalam?" belum pun sempat aku bagi salam, terus saja aku diterjah dengan soalan dari Aida. Ada nada bimbang dari suaranya.

"Sorry, aku... aku penat sangat semalam. Terus tidur bila sampai rumah" Mana mungkin aku boleh beritahu Aida yang Fakhrul datang semalam. Lama Aida terdiam.

"Ada hal penting ke kau call aku?" aku cuba mengalih topik, tidak mahu Aida terus menanyakan soalan. Sejak semalam, Aida secara rasminya tidak akan tinggal bersamaku lagi. Majlis perkahwinannya akan berlangsung pada Sabtu akan datang. Dia sengaja mengambil cuti lebih awal untuk membuat persiapan. Kata Aida, majlis ini akan diadakan secara besar2an. Maklumlah, Shah anak tunggal.

"Hmm... just to remind you that you have to be here 2 days earlier. Kau dah janji kan?"

"Aku ingatkan apalah. Dont worry my dear, aku mesti datang temankan kau" janjiku bersungguh2.

"Lagi satu, ada sapa2 lagi tak yang kau nak jemput?" Fikiranku segera berputar pada Akid. Boleh ke aku ajak dia datang? Tapi macam mana pula dengan Fakhrul kalau dia nampak aku bersama Akid? Akan mengamuk lagikah dia?

Bila teringat peristiwa semalam, tubuhku menggeletar ketakutan. Bukan takut dia mengapakan aku. Aku tahu, malah yakin, Fakhrul takkan sesekali menaikkan tangannya padaku. Biar apapun kesalahanku. Namun, keraguan itu tetap terselit antara keyakinanku ini.

"Emm... actually ada sorang yang aku nak jemput. Boleh ke?" teragak2 aku bertanya.

"La... apa salahnya. Siapa? Boyfriend ek?" usik Aida dengan tawa riangnya.

"Emm... entahlah... hehe...Nama dia Akid. Aku baru je kenal dia dalam beberapa bulan ni."

"Uiks, lawanya nama. Bila masa kau kenal dia ni? Tak cerita kat aku pun" Aida dengan rajuknya.

"Alah, nanti kau kenal jugak dia. Bila dia datang majlis kau tu, aku kenalkan dia kat kau" pujukku. Hatiku disimbah rasa bahagia bila bercakap tentang Akid.

"OK, nanti aku passkan kad kat ko. Oklah, mak aku dah panggil tu. Nak ajak buat bunga telur. Bye, take care. Apa2 hal, call aku tau" pesannya sebelum memutuskan talian.

"Alamak, Ira. Aida dah start cuti kan hari ni?" soal Kak Shila padaku. Aku mengiyakan. Yelah, minah tu siap ambil cuti seminggu sebelum nikah dan 2 minggu selepas nikah. Lama tu... Dengarnya nak honeymoon ke Perth. Bertuahnya Aida.

"Alaa... akak lupa nak submit form untuk cuti akak bulan depan. Sapa yang gantikan dia ye?" Kak Shila merungut sambil melabuhkan punggung di sudut mejaku.

"Tak salah saya, rasanya Khairul yang akan gantikan Aida selama Aida takde ni. Cubalah akak tanya Khairul. Saya pun tak pasti sangat" jawabku, mendongak memandang Kak Shila.

"OK, nanti akak tanya dia. Oh ya, Ira pergi tak kenduri kahwin Aida Sabtu ni?"

"Mestilah pergi. Tak pergi kang, mengamuk pulak minah tu. Napa, kak?" senyumku. Kak Shila ketawa mendengar jawapanku. Mereka semua sudah maklum betapa rapatnya hubungan kami.

"Akak ingat nak ikut kau sekali. Kebetulan suami akak outstation, takde sapa pula nak temankan akak ke sana. Kita pergi sama2 ye?" sengih Kak Shila. Apa salahnya, sekurang2nya aku ada teman pada hari itu selain Aida.

"Boleh je, saya tak kisah kak. Tapi saya bermalam kat rumah Aida. Hari Sabtu tu, saya datang ambil akak kat rumahlah" cadangku. Kak Shila mengangguk bersetuju.

"Alaa... nak ikut sekali la" rengek Mimi yang entah bila masanya sudah mencelah di sebelah Kak Shila.

"Boleh. Kau tunggu kat rumah Kak Shila. Dari sana kita bertolak ke rumah Aida. OK?"

"Worait, set!" Kami sama2 tergelak mendengar sahutan Mimi.

Aku kemudiannya kembali mengadap komputer di hadapan. Sesekali aku mengeluh bila melihat masih ada banyak fail yang belum kuperiksa. Mana nak buat audit lagi, mana nak siapkan tax reporting lagi. Malah masih ada beberapa syarikat yang belum kulihat akaunnya. Di syarikat ini, semua akauntan punya bakat 'multitasking'. Maklumlah, company kecik.

Dalam kesibukan begini, aku lupa sebentar pada Fakhrul, mahupun Akid. Aku tenggelam dalam dunia kerjaku. Aku, kalau dah mengadap komputer dengan nombor, memang hanyut terus.

Hampir jam 1.00 petang, telefon bimbitku berbunyi nyaring. Alahai, waktu2 aku ada banyak kerja begini, malas rasanya mahu berbual dengan sesiapa. Tanpa melihat nombor si pemanggil, aku terus menekan butang hijau.

"Assalamualaikum, sayang" Ah, Akid rupanya. Rasa terhibur pula bila mendengar suaranya. Beban yang kugalas tadi, rasanya terangkat dari bahuku. Senang hati...

"Waalaikumsalam, awak. Tengah buat apa tu?" soalku, kedengaran sedikit manja biarpun pada telingaku sendiri.

"Abang baru je nak keluar dari office ni. Abang ingat nak singgah sana, nak ajak sayang lunch. Boleh?"

Aku tersenyum simpul mendengar pelawaannya. Semalam baru jumpa, hari ni pun nak jumpa juga? Tapi sebelum ini pun, tiap2 petang aku akan berjumpa dengannya di tempat dia bermain.

"Awak ni, nanti kalau En Halim nampak, macam mana? Malulah saya nak jumpa En Halim lagi. Lagipun saya biasa makan dengan budak2 office kat sini. Nanti apa pula katadiaorng" luahku. Aku sendiri belum pasti apa reaksi bosku itu sekiranya dia tahu adik iparnya sedang memikat aku. Cheh, perasan betul aku ni.

"Kenapa pula nak malu? Shai kan bakal adik ipar dia juga nanti, satu family" selamba je dia ni kalau bercakap. Taulah awak tak malu, tapi saya ni pemalu.

"Sebelum tu, saya nak cakap. Sabtu ni, kenduri kahwin kawan saya, Aida. Awak nak datang?" pelawaku pula tanpa berfikir panjang.

"Kalau di sana jemput, di sini boleh aje nak datang" Aku tergelak mendengar Akid memainkan adegan dari filem P.Ramlee. Kenapalah semakin hari aku semakin suka kat dia ni? Selalu aku rasa terhibur bersamanya.

"Kalau macam tu, di sini dengan segala hormatnya menjemput di sana datang untuk majlis tu nanti" balasku tak mahu kalah. Akid tertawa riang.

"InsyaAllah, sayang. Ini kawan yang mana ye?"

"Housemate, tapi dah jadi ex-housemate la. Nanti saya kenalkan awak pada dia” Terbayang2 wajahnya sedang senyum dengan manisnya.

"Kalau macam tu, abang takde masalah. Em... tapi sekarang ni Shai dok rumah tu sorang2 ke?" Akid bertanya. Ada nada kebimbangan dalam suaranya.

"Yup. Tapi awak takyahlah risau. Saya dah biasa la. InsyaAllah takde apa2"

"Mana boleh sayang, ini KL. Kita tak boleh ambil ringan pasal hal ni. Shai tu perempuan, bukannya laki2. Abang risaulah..." Lah.. tak cukup dengan sorang yang asyik risaukan aku, ini dah tambah lagi sorang. Apa lagi kalau mak dan abah tahu pasal hal ni, mau je aku kena resign dan balik kg.

"Kalau saya ni lelaki, maknanya awak ni gay la ye" gurauku sambil ketawa. Akid langsung tidak ketawa dengan joke ku. Marahlah tu aku main2 dengan dia.

"Janganlah risau, wak. Lepas ni, saya cari la housemate, ye" ujarku, memujuknya untuk melupakan hal ni.

"Kita kahwin je la cepat2. Takdela abang asyik risaukan Shai je. Lagipun, abang dah tak sabar la..." Ish, dia nih... sejak bila pandai nak menggatal dengan aku ni.

"Tak sabar apa pulaknya. Awak jangan nak menggatal ek" aku marah ala2 manja gitu.

"Abang gatal dengan Shai je... hahaha" sukanya dengar dia gelak. Rona2 merah sudah mula kelihatan di wajahku. Tak pernah pula dia bergurau sebegini denganku. Rasa lain macam je. Miang betul...

"Abang dah terbayang wajah Shai yang kemerahan. Geram je rasa nak cubit. Pastu kalau Shai malu2 macam tu, mesti Shai gigit2 bibir tu. Alahai... sayang, jom kahwin" Akid belum habis dengan usikannya, disambung pula dengan tawa lepasnya. Kalau dia ada di hadapanku saat ini, pasti saja dia dapat melihat betapa merahnya mukaku saat ini.

"Dahlah, layan awak ni sampai bila pun tak habis. Mengada!" balasku manja. Terus saja kuputuskan talian. Makin lama dilayan mamat ni, makin panas pula mukaku. Malu... tapi mau... hehehe. Sah, penyakit gatalnya dah berjangkit padaku pula. Aku menggeleng kepala berkali2 dengan sengihan memanjang.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review