|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, October 17, 2007

Dia Milikku - 25

Mumbling o milanhawkin at 11:39 AM
Di rumah, aku seakan termangu sendirian. Masih memikirkan pertemuanku dengan Akid petang tadi. Separuh dari jasadku ini sudah dilambung ombak bahagia. Separuh lagi tetap meragui perasaanku sendiri. Jika Aida ada saat ini, aku pasti dia akan memaksa aku menceritakan apa yang telah terjadi. Lagi teruk kalau Angah juga berada di sini ketika ini.

"Mungkin terlalu awal untuk Shai percaya pada abang, pada kata2 abang. Apa yang abang boleh cakap, bagilah abang masa untuk buktikan kasih sayang abang pada Shai adalah ikhlas" Tenang sekali dia menuturkan ayat2 itu padaku. Memang jelas terpancar keikhlasan di matanya. Malah ada cahaya cinta di matanya.

"Entahlah, banyak yang awak tak tahu tentang diri saya, tentang masa silam saya. Awak yakin awak boleh terima saya seadanya?" Ketika itu, bunga2 bahagia sudah tumbuh mekar di hati ini. Kalau aku tak malu, dah lama aku terlompat2 kat sini.

"InsyaAllah, jika memang sudah tersurat jodoh kita, abang bersedia memikul apa saja bersama Shai. Tentang masa silam Shai, abang takkan paksa Shai untuk ceritakannya pada abang. Kalau tak nak cerita pun takpe. Abang cuma mahu Shai selesa bersama abang, bahagia bersama abang"

"Bercakap memang senang, awak. Tapi sebelum tu, maafkan saya sebab salah sangka pada awak selama ni, ye. Memang tak patut saya anggap awak macam tu. Teruk kan saya?" pintaku dengan hati diulit rasa bersalah yang mendalam.

"Memang teruk pun. Tak pasal2 abang tak tidur malam dok fikir apalah salah abang. Rupa2nya...Lain kali tanya dulu, jangan main serkap jarang je. Lepas tu mulalah nak jeles" Akid mengusikku selamba. Aku tersengih cuma, mengakui kekhilafan sendiri. Aku telah berjanji pada diri sendiri, untuk lebih berterus terang di masa akan datang.

"Awak..."

"Hmm... boleh tak dari sekarang, Shai panggil abang? Kita dah kembali pada masa kita bercakap macam ayam dengan itik tu" tergelak aku tengok mulut Akid yang dah memuncung. Macam budak2 tak dapat gula2 pulak. Comel je...

"Malulah...awak dengan saya bukannya ada apa2pun" Aku tahu wajahku sudah kembali kemerahan. Eii... segannya...

"Kalau macam tu, nanti abang cakap dengan mama dan papa abang suruh masuk meminang. Macam mana?"

"Eh, nantilah dulu" dan Akid kembali dengan tawanya. Merdu sungguh tawa Akid. Rasa bahagia itu terserap ke seluruh tubuh ini.

Aku mengerling pada jam dinding. Sudah pukul 7.30 petang. Lamanya aku mengelamun sorang2 kat sini. Aku bergerak ke dapur, membuka peti sejuk dan menarik keluar kotak jus oren. Kutuangkan jus ke dalam gelas dan kuhalakan ke mulutku. Tiba2 saja aku dapat rasakan diriku sedang diperhatikan. Siapa? Takkan Aida?

Aku berpaling. Sesusuk tubuh yang amat kukenali sedang berdiri tidak jauh dariku, merenung tepat ke arahku. Matanya memancarkan amarah yang amat sangat. Hampir saja gelas yang kupegang tadi terlucut dari peganganku. Dengan tangan menggeletar, aku meletakkan gelas tadi ke atas peti sejuk.

"Sampai hati Ira buat abang macam ni!" suara itu kedengaran begitu ketus dan kasar. Tubuhku menggeletar dek rasa takut yang mula menerjah. Fakhrul semakin mendekatiku. Secara automatik juga, kakiku melangkah ke belakang dan akhirnya berhenti bila belakangku menyentuh sinki.

"Ma...macam mana... awak boleh masuk sini?" Seingatku, aku telahpun mengunci pintu ketika keluar bersama Aida sebelum ini. Ketika sampai ke rumah tadi juga, aku yakin aku telah berbuat yang sama. Tak mungkin aku akan terlupa. Tingkap? Rumah sewaku ini berada di tingkat 7, mustahil dia akan memanjat masuk ke sini tanpa dilihat oleh sesiapa. Habis, macam mana dia masuk?

"Kenapa Ira buat abang macam ni? Kenapa?" lengkingannya membuat tubuhku semakin sejuk dan kaku. Aku semakin takut. Langkah Fakhrul pula semakin mendekatiku.

"Ira... Ira buat apa?" tergagap2 aku bersuara. Dalam hati, aku sudah menangis. Kenapa lelaki ini tiba2 naik gila begini? Kenapa dia tiba2 naik darah?

"Ira jumpa lelaki lain, Ira menduakan cinta kita. Ira curang pada abang! Ira hanya milik abang! Kenapa Ira nak jumpa lelaki tu? Apa istimewanya lelaki tu, hah? Abang nampak Ira jumpa dia kat tasik tadi. Bukan main lagi Ira bermesra dengan lelaki tak guna tu" Fakhrul sudah berada betul2 di hadapanku. Tangannya menumbuk meja di tepiku dek amarah yang amat sangat. Dia merenung tepat ke dalam anak mataku. Tangannya memegang mukaku bila aku ingin melarikan pandanganku darinya.

"Ingat Ira, Ira hanya milik abang. Milik abang!" jeritnya lagi.

Air mataku bergenang, dan akhirnya jatuh ke pipi. Jika aku ini milikmu, kenapa kau tinggalkan aku dulu? Jika aku milikmu, kenapa kau lukakan hati ini? Kenapa? Kenapa?!!

"Abang yang tinggalkan Ira!" Entah dari mana aku mendapat kekuatan, aku kembali menjerit padanya. Pandanganku kian kabur bila air mata memenuhi ruang mata.

Wajah Fakhrul berubah. Kelihatan kekesalan mula terukir di matanya. Semudah itukah kau merasa kesal abang?

"Abang yang tinggalkan Ira! Abang yang tinggalkan Ira!" jeritku dalam tangis. Tanganku naik dan memukul2 dada bidangnya. Fakhrul membiarkan saja aku melepaskan geramku padanya. Aku terus menghentak dadanya dengan tanganku, walau kutahu ia tidak begitu memberi kesan padanya. Yang penting, aku ingin meluahkan rasa kecewaku padanya. Biar dia tahu, aku amat terluka dengan tindakannya dulu.

"Kenapa abang tinggalkan Ira dulu? Kenapa? Kenapa abang?! Jawablah, kenapa abang tinggalkan Ira?" Fakhrul hanya mendiamkan diri, tidak berkutik, menerima saja tumbukanku di dadanya.

Sampai naik lenguh tanganku memukulnya, aku menekup mukaku dan mula teresak2. Kenapa dia kembali lagi dalam hidupku? Kenapa dia mahu mendapatkan kembali haknya di sisiku setelah 2 tahun menghilangkan diri?

"Maafkan abang, sayang. Maafkan abang" berkali2 kata2 itu dibisikkannya ke telingaku ketika dia mendakap tubuhku dengan kemas. Dan aku terus menangis, dan menangis hingga lemah tubuhku. Aku ni, dah takde kerja lain ke bila jumpa Fakhrul? Asal jumpa je, mesti aku nak nangis.

Dan aku tersedar pada pagi esoknya dengan mata yang bengkak, terbaring di katilku dengan selimut membalut tubuhku. Fakhrul...

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review