|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, October 17, 2007

Dia Milikku - 24

Mumbling o milanhawkin at 11:33 AM
"Shai!" mendengar namaku dilaungkan dari jauh, aku berpaling. Kulihat Akid sedang berlari2 anak mendekati. Sampai pun dia ni. Punyalah lama aku tunggu kat depan tasik ni. Ingatkan dah tak jadi nak jumpa.

Ketika menerima sms dari Akid yang mahu berjumpa, segera aku mencadangkan agar kami bertemu di tasik Shah Alam ini. Kebetulan pula ketika itu aku baru saja menghantar Aida ke rumah Shah.

Kesian, termengah2 lelaki itu ketika sampai ke tempatku. Tanpa dipelawa, dia sudahpun melabuhkan punggung di bangku di sebelahku. Aku memandang ke arah tasik Shah Alam itu. Ketenangan itu seakan meresap masuk ke dalam jiwaku yang kacau bilau sejak akhir2 ini. Kutarik nafas panjang2, dan kemudian menghembuskannya perlahan. Bila mataku terbuka, kulihat Akid sedang merenungku dalam senyum. Aku jadi malu tiba2.

"Cari ketenangan?" dengan nafas tak cukup tu, dia masih ada hati nak bersoal jawab dengan aku ye. Aku hampir menyungging senyum.

"Yup. Awak ni kenapa sampai termengah2 macam ni?" aku merenung wajahnya. Aduihai, kenapalah hati ini bergetar setiap kali mata kami bertentangan.

"Emm... abang tahu abang dah lambat. Sorry ye" pintanya dengan muka kesian. Kali ini, bibirku benar2 mengukir senyum.

Lelahnya sudah mula reda. Kemudian dia merenungku, lama. Aku biarkan saja matanya meratah wajahku. Malas nak layan awak lagi. Suka hati awaklah nak buat apa. Saya dah malas nak ambil tahu.

"Abang dapat rasakan Shai tengah marahkan abang. Kenapa ye?" Akid memulakan bicara, mengorek rahsia. Patutkah kuhamburkan saja persoalan yang sentiasa bermain di fikiranku selama ini? Patutkah aku mencari jawapannya dari Akid?

"Kalau Shai tak cakap, sampai bila2 pun abang tak tahu. Talk to me..." Wah, Akid sedang merayukah? Atau memujuk? Kenapa semua orang ingat aku ni ada masalah? Tapi... memanglah ada masalah pun.

"Tak perlu saya cakap, awak patutnya dah tahu. Awak dah tipu saya kan?" Tanpa dapat ditahan, bibir ini berbicara ketus. Hampir saja aku menekup mulut, sedar aku sebenarnya sedang meluahkan rasa pada lelaki ini.

Dahi Akid berkerut. Kerut2 macam tu pun nampak hensem lagi, macam mana ni? Kenapalah aku nak kena kenal lelaki tampan macam Akid ni. Sudahlah segak bergaya, langkahnya saja penuh dengan keyakinan. Dia selalu tampil menawan di mataku. Di mata orang lain, aku tak tahulah.

"Apa yang abang dah tipu Shai?" Hai, kura2 mana pula dalam perahu ni? Aku mendengus.

"Sudahlah, awak. Saya pun bukannya sapa2 pada awak. Sepatutnya saya tak rasa macam ni. Maafkan saya, ye. Kita still kawan, kan?" aku cuba menjernihkan suasana. Tak guna aku nak memanjangkan soal ini, walaupun aku sedang menipu diri sendiri.

"Siapa cakap kita ni kawan?" Akid kembali bertanya dengan nada serius. Kali ini dia bangun dari bangku, memandangku dari atas. Tanpa kuduga, Akid sudah melutut di hadapanku. Aku memandangnya dengan penuh perasaan curiga. Apa dia nak buat sebenarnya ni?

"Shai..." pandangannya begitu lembut. Sekali lagi hati ini bergetar dipanah sinaran matanya.

"Abang, sebenarnya... dah jatuh cinta pada Shai" Akid berbisik perlahan, begitu romantis pada pendengaranku. Hati ini dibuai perasaan ketika mendengar kata2 keramat itu.

"Please, janganlah buat saya macam ni. Yang kat rumah tu awak nak campak mana? Longkang?" sinis saja aku melemparkan kata2. Aku berpaling darinya, tak sanggup lagi bertentang mata dengannya. Makin sakit rasanya hati bila dipermainkan sebegini. Apa maksud drama ni?

"Yang kat rumah? Siapa? Papa dan mama abang ke?" Kenapa dia nak main2 macam ni?

"Hah, yeah rite. Papa dan mama konon. Yang saya maksudkan, bini awak la. Siapa lagi? Anak2 awak tu, nak campak mana pulak?" suaraku sudah naik entah berapa oktaf. Susahnya mahu mengawal suara dalam keadaan begini.

"Bini? Anak? Apa yang Shai cakap ni? Abang tak faham”" Demi Tuhan, mahu aku menjeritkah baru dia nak faham? Susahnya bercakap dengan lelaki ini.

"Awak ingat saya tak tahu awak dah kahwin? Saya nampak gambar awak dengan isteri dan anak2 awak dalam bilik En Halim. Hari tu pun, saya nampak awak hantar isteri awak ke pejabat En Halim. Huh, siap berlaga pipi, cium tangan bagai, lagi tak nak mengaku dah ada isteri" Lega rasanya dapat mengeluarkan segala yang berbuku di hati. Baru dia tahu aku bukannya perempuan yang senang2 mahu ditipunya. Entah motif apa pun dia menipu aku tak tahu.

"Halim? Halim B Shukri ke? Itu bos Shai?" Aku mengangguk. Kularikan anak mataku dari memerhatikan reaksinya.

Rasa marah yang bermaharajalela sebentar tadi, kini diganti dengan perasaan pelik bila Akid menghamburkan tawa. Makin berkedut dahiku mendengar tawa riangnya itu. Takkan dah tak betul kot?

"Sayang cemburu ye?" usiknya, melirik padaku. Ini yang lemah ni...

"Apa sayang-sayang? Apsal pula saya nak cemburu?" bentakku sedikit kasar. Akid tersengih cuma. Geram je rasa nak sekeh2 kepala dia tuh.

"Cik Shaira sayang, abang ni belum kahwin lagi tau. Anak apatah lagi" ucapnya dengan tenang. Dia cuba meraih tanganku, tapi dengan pantas pula aku melarikannya. Aku menghadiahkan sebuah jelingan maut untuk cubaannya itu.

"Sorry, abang tak sedar tadi" Akid tersipu2.

"Tapi abang memang belum kahwin la, sayang. Kalau nak kahwin pun, Shai belum setuju lagi" celotehnya, masih dengan nada mengusik.

"Habis..." aku makin ragu2 dengan apa yang aku percaya selama ini.

"Yang sayang nampak abang hantar tu, adik bongsu abang. Budak kembar yang dalam gambar tu, anak2 sedara abang, anak pada Halim" terangnya bersungguh2.

Bulat mataku memandangnya. Otakku segera menganalisa maklumat terbaru ini. Adik? Anak sedara? Boleh caya ke? Tak sangka En Halim ada anak kembar.

"Tapi... dalam gambar tu, En Halim peluk orang lain, bukan perempuan yang awak hantar hari tu" ujarku, masih sukar untuk menerima kenyataan yang baru kudengar ini. Kulihat Akid menarik nafas.

"Itu first wife Halim, madu pada adik abang" Melopong aku mendengar pengakuan Akid. Maka betullah tekaan teman-teman sepejabatku selama ini. Betullah En Halim tu ada 2 isteri. Tak sangka...

"Kenapa? Tak percaya?" sengaja pula dia buat suara ala-ala iklan dalam TV. Senyumannya makin meleret. Wajahku pula semakin membahang.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review