|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, October 17, 2007

Dia Milikku - 22

Mumbling o milanhawkin at 11:32 AM
"Assalamualaikum"

Aku menjawab salam tersebut dengan nada yang malas. Kenapalah lelaki ini masih mahu menelefonku?

"Malam ni, Shai ada buat apa2 tak?”" Akid menyoal. Suaranya tenang seperti selalu. Seingat aku, tidak pernah lagi aku mendengar suaranya meninggi atau dalam keadaan marah. Atau lelaki ini memang tidak mengenal perasaan sebegitu?

"Entahlah..." malas lagi. Rasa macam nak letak je telefon ni. Tak kurang ajar ke buat macam tu?

"Kalau macam tu, kita keluar nak?" cadangnya. Aku menggeleng. Sebal, agaknya itulah perasaan aku dikala ini.

"Tak maulah" Kertas di hadapanku, kuconteng2 dengan pen. Entah lakaran apalah yang kulakarkan ni. Macam ayam pun ada, macam kambing pun ada. Ke pokok?

"Laa... kenapa pula ni? Dah tak sudi nak keluar dengan abang ke?" Eleh, abang kunun. Memang tak sudi pun. Menyampah lagi ada. Pen kucampakkan ke tepi. Kertas yang tadinya kuconteng kurenyuk2kan sekuat hati, dan kucampakkan ke dalam tong sampah di tepi kaki kiriku.

"Saya banyak kerja la. Pulak tu adik saya ada datang sini. Takkan nak tinggalkan diaorng kat rumah pulak" getusku sedikit kasar. Kenapa dia ni selalu beria2 nak keluar dengan aku. Ingat aku suka ke nak mengacau laki orang? Buat tambah dosa je!

"Kalau macam tu, ajaklah adik Shai sekali. Abang tak kisah pun. Boleh juga abang kenal2 dengan adik Shai" suaranya makin lembut memujuk. Hampir cair aku dibuatnya. Macam tahu2 saja aku memang minat dengan suaranya tu, sebab tulah digunakannya untuk melembutkan hati aku. Bencih!

"Lain kalilah..." aku masih berkeras hati. Tak sangka, keras kepala juga aku ni ye.

"Kenapa macam marah je ni? Dahlah Shai dah lama tak datang tengok abang main basketball..." kenapa macam merajuk pula? Apahal pulak nak merajuk ni?

"Macamlah kalau saya takde, awak tak boleh main. Main jelah, apa yang susahnya" sinisnya aku bercakap. Hai, kalau hati dah tercarik...

Akid terdiam di hujung talian. Alamak, kenapalah aku suka nak menyakitkan hati dia? Sedangkan selama ini bicaranya padaku selalu baik2. Aku je yang suka nak marah2 kat dia. Tapi aku tak dapat meluputkan peristiwa tadi dari fikiranku. Mengingatkan itu, aku akan jadi naik angin dan rasa tertipu. Sesungguhnya, aku sudah lupa kenapa aku begitu menyukai lelaki ini pada awal2 dulu.

Kenapa aku tak tanya je terus pada dia kan? Rasa macam nak terkeluar je dari kerongkong aku ni: siapa perempuan seksi tu? Tunang awak? Isteri awak? Kekasih awak? Tu, yang dalam gambar tu, anak2 sapa tu? Kembar sapa tu? Sampai hati awak tak cakap kat saya yang awak ni dah kahwin. Kalau saya tahu, takdelah saya menaruh harapan pada awak...

Betulkah aku menaruh harapan padanya? Nope! No! Tak mungkin!

"Awak, bos saya dah masuk tu. Till next time, ek. Bye, Assalamualaikum" pantas aku menutup talian. Aku kembali mengadap komputer dengan fikiran kosong. Lelaki oh lelaki...

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review