|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, October 17, 2007

Dia Milikku - 21

Mumbling o milanhawkin at 11:13 AM
Selepas menghantar Angah dan Achik ke stesen LRT, aku dan Aida meneruskan perjalanan ke pejabat. Kunciku juga kuserahkan pada mereka supaya mereka tidak terkunci dari luar ketika kami tiada di rumah.

"Apsal Angah macam senyap je?" soalan Aida membuatkan aku mengerling sekilas pada gadis itu. Kemudian aku kembali menumpukan perhatian pada pemanduanku.

Angah. Aku masih tidak berupaya ntuk berkomunikasi dengan Angah selepas kejadian semalam. Mungkin Angah masih terasa hati dengan penolakanku semalam, maka dia lebih selesa berdiam diri untuk hari ini. Angah... Tapi aku tahu, Angah takkan bergaduh denganku lama2. Aku harap, nanti petang, Angah akan sudi menegurku semula.

"Dia penat kot, maklumlah jalan jauh. Hari ni dah kena gi seminar" kataku, menyedapkan hati Aida. Kulihat Aida terangguk2.

"Eh, lagi 3 minggu dah nak majlis aku. Kau macam mana? Dah dapat cari pengganti aku ke?" Nasib baik Aida mengalih topik perbualan.

"Takpela, Aida. Aku malas nak cari house mate baru. Lagipun, tak tau akan dapat housemate macam kau ke tidak. Biarlah dulu" jawabku dengan malas. Aku betul2 tak terfikir untuk mencari house mate baru.

"Kau ni, takkan nak duduk sorang2 kat rumah tu. Tak takut ke? Aku pula yang risau nanti" jelas sekali Aida tidak senang dengan pendapatku.

"Alah, aku bukannya tak biasa dok sorang2 kat sini. Selalu pun kau bukannya ada kat rumah. Ha, masa tu, bukan ke aku dok sorang2 jugak?" ujarku sambil tersengih. Aku tahu Aida risaukan aku, tapi aku bukannya budak kecil. Umur pun dah nak masuk 30. Nak takut kat apa lagi? Eh, cakap besar pula aku ni. Astaghfirullahal'azim.

"Kau ni, selalu nak ambil mudah apa2 perkara. Nak aku tolong carikan housemate? Aku carikan ye? Aku rasa ada je member aku yang tengah mencari rumah sewa ni" pelawa Aida, bersungguh2 dia mempelawa.

"Nantilah dulu, Aida. Maybe I need to be alone for a while. Lepas kau kahwin, aku janji aku akan cari housemate. Not to worry la, OK" pujukku dengan senyum meleret. Sebenarnya aku dah malas nak berbahas dengan Aida ni. Aku lega bila melihat Aida kembali menjadi burung belatuk, walaupun wajahnya sedikit mencuka. Ada je orang yang tak puas hati dengan aku, kan? Kenapalah diaorang ni tak boleh nak biarkan aku uruskan hal aku sendiri?

Sampai saja kat office, Aida bergegas meninggalkanku untuk ke toilet. Sakit perut katanya. Aku sekadar menggeleng kepala. Macam2 la Aida ni. Tak kusangka, pagi itu aku akan melihat satu pemandangan yang begitu menyakitkan hati.

Akid! Akid berada di dalam kereta bersama seorang perempuan muda yang cantik. Bukankah ini perempuan yang kulihat di dalam gambar di sebelah Akid? Perempuan yang juga sedang mendukung bayi di dalam dakapannya, seperti mana juga Akid? Isterinyakah? Kekasih? Tunang?

Aku seakan kaku di tempatku. Mataku hanya melihat saja bagaimana Akid mencium pipi wanita muda itu dengan mesra. Kemudiannya wanita itu mengucup sopan tangan Akid yang berada dalam genggamannya, sambil sebelah lagi tangan Akid mengusap lembut rambut wanita tersebut.

Ah, hati, kenapa rasa pedih begini? Sakitnya...

Kulihat wanita itu kemudiannya keluar dari kereta dengan senyuman melebar, melambai2 ke arah Akid yang sudahpun memandu keluar dari kawasan bangunan. Kemudian wanita itu melangkah ke arah lobby. Dia kerja kat sini ke? Wanita itu begitu seksi dengan baju tanpa lengan yang dipadankan dengan skirt pendek. Wah, begini rupanya citarasa sebenar lelaki bernama Akid itu. Memang padanlah dengan penampilan ruggednya selama ini.

Kiranya tepatlah perkiraanku selama ini, Akid tak pernah serius! Kenapa dia perlu melayan aku hingga begitu sekali? Jika tiada rasa cinta, tak perlulah melayan aku dengan penuh kasih sayang! Jika tiada rasa sayang, usahlah diri ini dirisaukan! Sekali lagi aku salah menilai layanan seorang lelaki padaku. Salah aku sendiri, bukan salah sesiapa. Aku yang terlalu naif dalam hal begini. Baru saja orang nak berbaik, aku sudah mula salah sangka.

Kalau diikutkan hatiku saat ini, mahu saja aku mengekori wanita tadi. Tapi fikiran rasionalku menghalang. Apa perlunya? Siapa aku pada Akid? Kami hanyalah teman. Bukan sesiapa. Jadi, aku tak perlu ambil tahu kan?

Dengan fikiran bercelaru begitu, aku menapak ke lift. Tanganku menekan butang untuk naik ke tingkat atas. Tenanglah wahai hati, langit tidak selalunya mendung.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review