|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, October 7, 2007

Dia Milikku - 19

Mumbling o milanhawkin at 10:31 AM
"Kalau abang tak bawa Shai ke klinik, agaknya entah bilalah Shai nak ke klinik sendiri" ujarnya sebaik saja aku menyoal ke mana dia ingin membawaku.

"Teruklah awak ni. Ingatkan awak nak culik saya pergi mana tadi" aku pula membalas, sedikit lega. Sebenarnya segala macam kemungkinan telah bermain di fikiranku tadi. Risau juga aku kiranya dia nak ajak aku bersukan ke apa.

"Tengok..."

"Huh? Tengok apa?" mataku sudah meliar ke luar kereta. Ada apa yg menarikkah? Ada accident ke? Nauzubillah... Tapi elok je aku tengok kat luar tu. Hanya kereta yang bersimpang siur.

"Shai la. Kan dah setuju nak panggil 'abang'. Kenapa bersaya awak lagi?" tegas dia membantah.

Eh? Err... serius ke dia ni? Bila masa pula aku setuju? Iskk... malunya aku saat ini. Terasa membahang mukaku.

"Dah, abang tak nak dengar lagi Shai guna 'saya-awak' dengan abang. Lagipun..." Akid terhenti di situ, bersamaan dengan terhentinya keretanya di hadapan sebuah klinik swasta yang berhampiran dengan kawasan perumahanku.

"Lagipun?" aku masih menanti ayat sambungan darinya, tapi dia berdiam diri saja sambil tersenyum penuh makna. Renungannya buat hatiku berdegup lebih laju dari biasa. Dia ni...

"Dahla, Shai masuk jumpa doktor dulu. Jom" ajak Akid. Senyumnya masih tidak mati. Adalah tu, saja nak buat aku tertanya2 sendiri.

"Lepas ni kita gi makan, OK. Abang tahu Shai belum makan kan?"

Macam tahu2 saja perutku ini sudah lama berdangdut ria. Aku mengangguk. Tanpa kusedari, sepanjang aku bersama Akid, tidak sekalipun Fakhrul singgah di fikiranku. Petanda apakah ini?

Akid dengan setianya menungguku hinggalah tiba giliranku untuk mendapatkan ubat. Untung saja aku tak perlu mengeluarkan duit untuk perubatan memandangkan syarikatku punya kad ING. Lagi pula aku risau jika Akid berdegil mahu membayarkannya untukku.

"Kita makan kat tempat special hari ni ye" ujar Akid dengan sebuah senyuman mesra.

"Keluar dengan awak ni asyik kena makan je" aku sengaja berlagak kurang senang.

"Mestilah, takkan nak biarkan calon isteri kurus kering. Abang kena belajar dari sekarang kan macam mana nak jaga isteri" Wajahku kembali merah. Kenapalah Akid selalu je nak cakap macam ni? Aku tahu dia hanya main2, tapi kalau dah sering sangat bergurau seperti ini, aku boleh jadi berharap padanya. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah dengan kesengsaraan yang pertama itu.

"Awak ni, kot ye pun nak bereksperimen, janganlah gunakan saya. Saya dah cukup montel ni ha" aku masih cuba mengusik, dari menganggap kata2nya itu sebagai sesuatu yang serius.

"Hmm... abang nak tanya sikit boleh?"

O’oooo....

"Apa dia?" aku tidak berani memandang wajahnya, lalu kubuang saja pandanganku keluar kereta.

"Kenapa semalam Shai tak angkat call abang? Hari ni pulak, mata Shai bengkak semacam. Wanna tell me what’s going on?" suara Akid sudah berubah serius namun masih penuh perhatian. Aku jadi kaget dengan soalannya. Bagaimana aku mahu menjawab soalan sebegini? Berterus terang? Tak mungkin.

Kami masih lagi di dalam kereta dengan air-cond terpasang, walaupun kami sudah sampai ke destinasi yang mahu dituju. Akid tidak berusaha untuk membuka pintu kereta, apa lagi mahu keluar dari kenderaannya. Aku pula tetap menunduk di sebelahnya, masih berbelah bagi sama ada mahu menceritakan segalanya padanya atau tidak.

Tak perlu! Kata hatiku seakan menjerit. Persoalan tentang siapa sebenarnya dia masih lagi menjadi satu tanda tanya. Aku masih tidak tahu statusnya, bukan? Malah, kami baru saja beberapa bulan saling berkenalan. Masih banyak tentang dirinya yang tidak kuketahui. Aku yakin dia juga berpendapat yang sama.

"Takde apa2la. Semalam tak boleh nak tidur, sebab tu mata bengkak" aku berdalih. Aku tahu dia tak puas hati dengan jawapanku berdasarkan dengusannya.

"Shai..." Yup, dia memang tak puas hati.

"Saya takde apa2 la. Saya cuma tak sihat sikit je" aku terus cuba untuk meyakinkannya bersama senyum di bibir.

"You can tell me anything, Shai. I can be a shoulder for you to cry on" Ah, lelaki ini. Kenapa nak tahu sangat?

"Awak..."

"Abang!"

"Sorry, awak bukan abang saya" entah kenapa begitu kasar aku mengeluarkan kata2 itu. Mungkin bosan dengan sikapnya yang selalu ingin tahu, sedangkan aku tak pernah berbuat perkara yang sama padanya.

Akid terdiam dengan kata2ku sebentar tadi. Mungkin tersinggung. Perasaan bersalah mula menjalar di dalam hati ini. Teruk betul aku ni. Kenapa pula aku salurkan kemarahanku padanya? Dia tiada kaitan dalam masalah aku.

"Abang memang bukan 'abang' Shai, tapi sekurang2nya hormatilah abang dengan panggilan" Akid terasa hati.

"Maaf, saya tak berniat macam tu. Macam yang saya cakap tadi, saya tak berapa sihat. Mood pun tak berapa elok. Maafkan saya?" pintaku. Mataku merenung wajahnya dengan muka kesian. Maaflah, awak. Saya bukannya sengaja nak cakap macam tu.

Akid yang muram, mengukir senyum sesaat kemudian. Cepat betul hatinya lembut. Terima kasih, awak.

"Kita lupakan dulu soal ni. Kita makan, OK? Nanti perut Shai masuk angin" seraya itu, Akid membuka pintu kereta dan melangkah keluar.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review