|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, October 7, 2007

Dia Milikku - 18

Mumbling o milanhawkin at 10:31 AM
Keesokannya, aku tak pergi kerja. Pada Aida, aku minta maklumkan pada En Halim yang aku MC. Kunci kereta pun kuserahkan pada Aida. Rancanganku, mahu menenangkan fikiran pada hari ini. Fikiran, perasaan dan hati. Aku mahu sujud padaNya, mahu menyerahkan segalanya dalam ketentuan Ilahi.

Usai solat Subuh, aku mencapai Al-Quran dan mula mengalunkan ayat2 suci Kalam Allah. Sedamai pagi yang makin bersinar, sedamai itulah perasaanku tika itu. Sesungguhnya Allah tidak pernah melupakan umat yang sentiasa mengingatiNya.

Kata mak, hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan sentiasa dibaluti perasaan pasrah padaNya. Mendekati Allah SWT akan meringankan beban ujian yang kita hadapi. Kita akan semakin kuat dengan Allah di sisi kita.

Ya Allah, bantulah kami supaya sentiasa mengingati-Mu dan sentiasa bersyukur kepada-Mu serta sempurna dalam melakukan ibadat kepada-Mu.

Selesai berzikir kemudiannya, aku melipat sejadah dan kain sembahyang dan kugantung pada birai katil. Saat itu, mataku tertancap pada handphoneku yang tergeletak di atas lantai, tidak jauh dari katil. Entah bila masanya aku mencampakkan handphone ku hingga ke situ, aku sendiri sudah lupa.

Ada 15 miscalled. Inilah kali pertama aku menerima begitu banyak miscalled dalam masa satu hari. Satu rekod untuk aku.

2 panggilan itu dari Achik. Yang lain semuanya dari Akid. Tiada pula panggilan dari Fakhrul. Ah, biarlah! Macam aku peduli! Aku membentak dalam hati. Cukuplah semalaman aku mengingati lelaki itu.

Aku belek lagi telefon bimbitku itu. Ada 6 sms yang masuk malam tadi. Aku mula membelek satu-satu.

- Along, kenapa tak jawab call Angah? Busy ek? - Angah

- Shai, banyak kali abang call tapi Shai tak jawab. Shai dah tido? - Akid

- Along ni, kot ye pun bz, balas la sms. - Achik

- Along, Achik nak datang KL next week. Achik ada seminar kat Damansara. Achik naik bas je. Nanti Along datang amik kat Putra ye! - Achik

- Shai, abang rindu nak dengar suara Shai. Nampaknya takleh tido la abang malam ni kalau Shai tak angkat call abang.  - Akid

- Shai, tak rindu abang ke? Tak nak dengar suara abang? - Akid

Aku hampir tersenyum membaca mesej2 dari Akid. Entah kenapa, hati ini bergetar lembut tatkala kubaca sms darinya? Malah tiap kali mataku melekat pada perkataan 'abang' itu, aku berasa senang sekali. Patutkah aku berperasaan begini?

Tidak! Kau memang tak patut punya fikiran ke arah itu Shaira! Kau ini bodohkah? Tak serikkah? Bukankah baru semalam kau menangis macam orang gila hanya kerana seorang lelaki yang telah kau pertaruhkan seluruh hidup kau pada dia? Sekarang ni, senang2 pula kau putikkan perasaan baru pada seorang lelaki yang baru saja kau kenal. Memang bodoh namanya tu! Cari nahas!

Tapi... aku tak berhakkah merasa bahagia? Aku ingin bebas dari perasaan sebegini. Aku tak mahu lagi mengingati kejadian lalu. Aku mahu mulakan hidup baru, dengan orang baru.

Fakhrul kau campak mana?

Kenapa pula aku nak peduli pasal lelaki tu? Dia kan dah ada hidup dia sendiri sekarang?

Jangan nak tipu, Shaira. Kau masih cintakan dia, dan akan selalu mencintai dia. Sampai bila2 pun, hati kau hanya untuk dia. Kau milik dia!

Tidak! Tidak! Ya Allah, kenapa aku perlu bermonolog begini? Sudah gilakah aku? Hanya kerana aku berjumpa dengan Fakhrul semalam, aku sudah hilang akal begini.

Telefon bimbitdi tanganku tiba2 berbunyi. Terpampang nama Akid di skrin telefon. Mahu angkat atau tidak? Bolehkah aku bercakap dengannya dalam keadaan begini? Akhirnya, punat berwarna hijau itu kutekan perlahan.

"He...hello?" di telinga aku sendiri, suaraku kedengaran lemah sekali.

"Assalamualaikum, sayang" Tersentak aku dibuat Akid. Mak aih, main sayang2 pula dia ni. Main2 ke betul2? Mengada la tuh!

"Waalaikumsalam, awak" jawabku, malas. Aku dengar suara Akid tergelak kecil.

"Kenapa suara macam lemah aje ni? Demam ye?" Dia masih mesra seperti selalu.

"Taklah, tak sihat sikit je"

"Oh, jadi Shai MC la hari ni ye?"

"Ha'a"

"Shai, bersiap ye, sayang. Nanti abang datang ambik Shai kat rumah"

Eh? Eh? Kenapa pula ni?

Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut, Akid sudahpun memutuskan talian. Ish dia ni. Nak main paksalah tu. Suka hati dia je nak buat apa!

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review