|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, October 7, 2007

Dia Milikku - 17

Mumbling o milanhawkin at 10:29 AM
"Apa yang berlaku sebenarnya?" soalan dari Aida telah memecahkan khayalanku. Aku mengerling lemah pada Aida yang sudah berteleku di tepi katil, masih setia mendengarkan luahanku sejak dari tadi. Aku tersenyum pahit.

"Kau agak?" sengaja aku menduga.

"Fakhrul... tinggalkan kau?" Duhh...

Aku mengangguk berkali2. Pipiku yang basah, kukesat dengan lengan baju. Ya, lelaki durjana yang kucintai separuh mati itu telah meninggalkanku pada hari bahagia kami. Dia telah menghancurkan seluruh kepercayaanku padanya. Berminggu2 aku menangis dengan perbuatannya. Berbulan2 aku hilang arah hinggakan terpaksa berhenti kerja dan mula mencari kerja di KL. Aku tak mahu tahu apa2 tentangnya lagi. Malah, nama Fakhrul tidak pernah lagi kedengaran di rumahku.

"Kenapa?" Aida seolah masih tak berpuas hati. Nampaknya dia ingin mencungkil segala2nya. Agaknya mahu tahu hingga ke akar rumbi.

Kenapa? Ah, aku rasa ingin ketawa mendengar pertanyaan begitu. Kenapa seorang lelaki yang mendakwa terlalu mencintai pasangannya tidak dapat membuktikan kata2 itu pada hari perkahwinan mereka? Kenapa seorang lelaki yang saban malam mengulit pasangannya dengan kata2 cinta yang agung akhirnya berundur pada saat2 akhir? Ada sebab lainkah?

"Apa lagi sebabnya kalau bukan kerana ada orang ketiga di antara kami? Dia tinggalkan aku untuk perempuan lain! Aku benci dia! Aku benci dengan apa yg dia dh lakukakan pada aku" suaraku meninggi bersama tangisan yang panjang. Aku semakin lemah bila Aida menghampiriku dan memeluk tubuhku.

"Sorry kalau nampak macam aku nak menjaga tepi kain kau. Tapi macam mana kau tahu dia ada perempuan lain?" berkerut dahi Aida, berkerut lagi dahi aku yang mendengar soalan begitu.

Ah, soalan jenis apa ni? Takkanlah aku mahu menuduh membuta tuli pula?

"Sehari selepas hari kami sepatutnya berkahwin, ada orang tinggalkan satu kotak kecil kat depan pintu rumah aku. Bila aku buka... kat dalam tu... semuanya gambar2 Fakhrul dengan seorang perempuan yang aku tak kenal. Mereka nampak mesra sangat. Malah ada juga beberapa keping gambar mereka dalam keadaan... yang memalukan. Hati aku hancur Aida bila tengok gambar2 tu. Tak sangka sangat Fakhrul sanggup buat macam tu. Kenapa? Kenapa dia nak tinggalkan aku dalam keadaan yang memalukan? Aku kesian tengok mak dan abah aku. Aku tahu mereka kecewa dengan tindakan Fakhrul. Tapi apa yg boleh mereka buat? Apa yang boleh aku buat? Keluarga Fakhrul sendiri malu sangat dengan kejadian tu. Aku tak mahu salahkan mereka, tapi dalam masa yang sama, aku tak boleh nak tengok muka diaorang lagi" Kali ini aku meluahkan segala2nya. Segala apa yang terbuku di dada, aku hamburkan pada Aida. Segala rahsia yang kupendam sendiri selama ini, terbongkar sudah di hadapan Aida.

"Ira, sabarlah. Jangan siksa perasaan kau begini. Ini semua dugaanNya. Kau kena ingat, semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya" nasihat Aida umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Aku bukan menyalahkan takdir, tapi aku menyalahkan lelaki itu. Kerana dia aku sengsara. Kerana dia aku merana.

"Aku... aku cuma tak sangka dia akan datang cari aku semula, Aida. Kenapa? Kenapa dia kembali dalam hidup aku? Kenapa?" aku mengongoi sedih. Tangan Aida mengusap2 belakangku, mungkin cuba menenangkan aku. Pun aku tahu, hidup aku takkan sama seperti dulu lagi. Tak mungkin akan sama lagi. Aku merintih lagi.

"Kau masih sayangkan dia?" pertanyaan dari Aida kupandang sepi. Aku tak mahu menjawab soalan itu. Aku masih sayangkan dia? Sayangkan Fakhrul? Ya Allah, selama ni dia bagaikan nyawaku, separuh dari diri aku. He's my soulmate. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Tak boleh!

Tapi, itu dulu... Sekarang? Sekarang... entahlah. Berjumpa dengannya semalam, seakan mengimbau semua kenangan lalu. Wajahnya masih segak seperti dulu. Tubuhnya juga masih tegap seperti dulu. Takde perubahan pun. Cuma riak wajahnya saja yang sentiasa dalam kesedihan, muram. Ah, kenapa dia perlu tunjukkan muka kasihan begitu? Untuk meraih simpatiku? Jangan harap!

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review