|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, October 7, 2007

Dia Milikku - 16e

Mumbling o milanhawkin at 10:26 AM
"Abang?!!" Shaira menjerit kegirangan saat matanya terhenti pada sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Sebentar tadi, setelah ada teman yang menyampaikan, ada lelaki yang mahu menemuinya, dia tertanya2 siapa gerangan lelaki itu. Rasanya baru minggu lepas, Abah datang melawatnya di Kolej ini.

Rupanya Fakhrul. Yang amat dirinduinya siang dan malam. Yang semakin dicintainya. Fakhrul sudah sedikit berubah. Tubuhnya yang dulu begitu kurus, kini sudah semakin tegap. Wajahnya juga berubah seiring dengan perjalanan masa. Sejemput janggut nipis menghiasi wajah tampannya. Rambutnya sudah mencecah bahu. Segaknya dia, hati Shaira berlagu.

Tanpa menunggu, Shaira berlari ke arah Fakhrul. Hampir saja dia memeluk tubuh sasa Fakhrul, namun niatnya terhenti bila menyedari di mana dia berada. Dia masih berada di Asrama Cemara. Ramai mata yang memandang. Dia perlu menjaga adab dan agama. Dia tahu batasnya, biarpun menggunung rasa rindunya pada lelaki itu.

"Assalamualaikum, sayang”" sapa Fakhrul, mesra. Matanya bersinar dengan cahaya cinta, Shaira dapat melihatnya dengan jelas. Dia tertunduk malu. Wajahnya memerah.

"Waalaikumsalam, abang" malu2 Shaira menjawab. Fakhrul tersenyum lebar. Gadisnya sudah membesar menjadi seorang wanita yang manis dan bersopan. Dia bangga melihat gadisnya sudah mula menutup aurat, sudah pandai malu2 begini.

Tudung di kepalanya dibetulkan. Sebenarnya dia tak tahu mahu berbuat apa. Dia bertambah segan bila menyedari mata Fakhrul asyik memandangnya.

"Abang buat apa kat sini? Bila balik? Ini kereta siapa? Kereta pinjam ek?" soal Shaira bertalu2, cuba menghilangkan rasa gemuruhnya. Matanya ditala pada kereta Honda Accord berwarna perak di sebelah Fakhrul. Senyum Fakhrul masih tak mati di bibirnya.

"Abang balik sebulan yang lepas" beritahu Fakhrul. Wajah gadis kesayangannya masih tak lepas dari pandangan. Dia mahu menjamu puas2 matanya. Rindunya begitu menyesakkan dada kadang kala. Setiap kali dia teringatkan Shaira, tiap kali itu juga perasaannya merusuh begitu hebat. Namun dia tetap bersabar, sabar menunggu gadisnya dewasa. Seperti janji2nya dahulu.

"Sampai hati abang tak cakap pada Ira abang nak balik sini. Dahlah abang tak balik lepas graduate" Shaira memuncungkan bibirnya. Fakhrul tergelak, senang sekali dengan reaksi dari Shaira.

"Sayang, abang pegang pada janji kita. Kan abang janji, abang takkan jumpa Ira sampailah Ira bersedia terima abang. Lagipun abang kerja kat sana. Inipun abang minta tukar ke Malaysia balik. Abang... rindukan Ira...sangat..." Lesung pipit itu muncul lagi.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review