|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, October 7, 2007

Dia Milikku - 16a

Mumbling o milanhawkin at 10:19 AM
"Ahhh... sakit..." tubuh Shaira yang kecil itu sudah tumbang ke tanah. Basikal yang dikayuh tadi sudah meluncur entah ke mana. Kedengaran tapak kaki bersama jeritan kesakitan mengikutnya dari belakang.

"Ira, meh sini. Lari cepat. Cepat!" Fakhrul menjerit cemas. Tanpa menunggu budak kecil berusia 5 tahun itu bangun, dia sudah meraih tubuh kecil Shaira dan mencempongnya sambil berlari. Fakhrul yang tua 4 tahun dari Shaira sendiri merasa cemas dengan keadaan mereka kali itu.

"Abang, cepat! Lari!" Shaira di dukungannya menjerit cemas. Sekumpulan tebuan hutan sedang mengejar mereka berdua tanpa belas. Seekor dari tebuan tadi berjaya menyengat lengan Shaira hingga menyebabkannya jatuh dari basikal. Fakhrul ternampak sebatang sungai yang selalu diselusuri bersama Shaira. Tanpa menunggu lagi, dia terjun bersama Shaira ke dalam sungai tersebut.

Dek kejadian Fakhrul yang cuba mengait layang-layang Shaira yang tersangkut di pokok, dan secara tidak sengaja tertusuk sarang tebuan, seminggu Shaira demam dengan bengkak di lengan. Fakhrul juga mendapat beberapa sengatan di badannya. Mungkin kerana dia anak lelaki, dia tak banyak merungut walau tetap mengaduh sakit tiap kali Opah menyapu bahagian yang disengat tadi dengan ubat tradisional kampung. Kerana kejadian itu juga, puas Mak dan Abah memarahi mereka berdua.

Dalam sakit2 sebegitu, Shaira sempat tersenyum geli hati pada Fakhrul yang sudah bengkak mukanya. Fakhrul juga balas senyum dengan kasih yang terpancar di matanya. Dia sanggup melakukan apa saja untuk Shaira. Apa saja.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review