|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2007

Dia Milikku - 15

Mumbling o milanhawkin at 3:30 PM
"Nah, minum kopi ni" Aida menghulurkan cawan yang masih berwap kepadaku. Aku menyambutnya dalam getar yang masih tak padam.

Perlahan kuhirup minuman itu. Seteguk. Dua teguk. Kemudian aku meletakkan cawan itu di meja sebelah katil. Aku menarik nafas, kemudian melepaskan keluhan yang panjang. Aida yang sudah duduk di sisiku meraih jemariku, mengusapnya perlahan.

"Aku rasa sudah masanya kau bercerita pada aku, Ira" Aida memulakan bicaranya. Aku tahu sikapku tadi menimbulkan tanda tanya pada Aida.

Aku tunduk memandang lantai. Sejak tadi aku hanya menangis dan menangis di ribaannya, hinggakan lemah seluruh tubuhku. Aida yang memapah aku ke bilik tidur dan menyelimutkan aku. Sepanjang petang itu aku disuruh berehat. Dan kini, dia seakan meminta jawapan kenapa aku berkelakuan begitu. Sekali lagi aku menarik nafas dalam2.

"Ira..." seru Aida lagi. Mataku bergenang lagi mendengarkan suara yang memujuk itu. Dengan agak kasar, aku mengesat mataku berkali2. Aku tak sudi menangis lagi. Sungguh aku tak sudi menangis untuk Fakhrul. Cukuplah dengan air mata yang pernah kuhamburkan 2 tahun lepas.

"Aku tak apa2, Aida. Betul..." mendatar saja aku menjawab. Kutarik selimut menutupi seluruh badanku. Aku rasa lemah sekali. Fikiranku bercelaru.

"Jangan begini, Ira. Kau kena luahkan perasaan kau. Jangan simpan macam ni aje, buruk padahnya" nasihat Aida itu kupandang sepi. Aku merebahkan kepala ke bantal. Aku mahu tidur lagi. Aku mahu melupakan semua yang berlaku hari ini. Semuanya!

"Biarlah, Aida. Aku letih sangat ni. Aku nak tidur" dalihku.

"No! Kau kena bagitahu juga pada aku. Aku nakdengar. Kau sampai hati nak biarkan aku susah hati dengan perangai kau yang macam ni? Kau tak anggap aku kawan ke?" marah Aida. Suaranya sudah meninggi. Agaknya dia sudah penat melayan karenahku yang hanya tahu mengalirkan air mata.

"Aida, please!" pohonku lagi.

"No, you have to tell me everything. Everything, Ira!" tegas Aida bersuara kali ini. Dia sudah menarik bahuku agar mengadapnya. Kami bertentang mata. Aku dengan kedegilanku, dan dia dengan kedegilannya.

"Please..."

Akhirnya aku mengalah. Aku mengangguk, menolak perlahan tangannya di bahuku. Kemudian aku bangun dari katil, melangkah dengan lemah ke jendela. Tanganku membuka daun tingkap, membiarkan angin malam yang dingin menyerbu masuk ke bilik, menenangkan hati ini.

"Baiklah, kalau kau nak dengar sangat cerita aku ni..." sedikit ketus aku bersuara.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review