|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2007

Dia Milikku - 14

Mumbling o milanhawkin at 3:29 PM
Aku membuka pintu kereta Tiara, mencapai tas tangan di bahagian penumpang dan menarik kunci dari slotnya. Pintu kereta kututup rapat dan menguncinya secara manual. Maklumlah, kereta lama. Segala2nya perlu dibuat secara manual. Tanpa sedar, sebenarnya ada yang sedang menanti kepulanganku kali ini.

"Assalamualaikum" suara garau itu menyentuh gegendang telinga. Jantungku seakan berhenti rentak untuk sesaat dua. Aku berpaling ke arah suara itu demi memastikan apa yg kudengar sebentar tadi. Mataku bulat memandang pada susuk tubuh itu.

Dia masih tak berubah. Masih bisa menggetarkan perasaan ini. Fakhrul Ariffin berdiri tegak, tampak sedikit ragu2 mengadapku. Wajahnya begitu gelisah dan nampak salah tingkah. Aku membuang pandang. Sungguh aku tak sudi untuk melihatnya lagi. Kenapa dia perlu datang mencariku? Apa lagi yang dimahukan dariku? Ya Allah, kali ini ujian apa pula yang harus kutempuhi? Tabahkanlah hati hambaMu ini, Ya Allah.

"Apa awak nak?" aku bertanya kasar dengan nada yang tertahan-tahan. Lelaki seperti ini hanya layak dilayan begitu. Tak mungkin aku akan bersopan lagi di hadapannya. Tak perlu lagi untuk aku berbudi bahasa.

"Ira, benci sangatkah Ira pada abang?" soal Fakhrul seraya melangkah setapak. Aku pula mengundur dua tapak. Aku tak ingin untuk berada dekat2 dengannya. Kalau boleh, sampai mati pun aku tak mahu menatap wajahnya lagi. Hati ini seakan tercarik2. Pedihnya hanya Allah saja yang tahu.

"Kalau awak takde apa2 yang penting untuk beritahu pada saya, saya mohon tolong jangan ganggu saya lagi" keras aku membentak bila melihat dia hanya mendiamkan diri. Fakhrul memandangku dengan pandangan yang sayu. Ah, peduli apa aku! Muka kesian lelaki itu tak laku di sini. Kaki kuhayun meninggalkannya di tempat parking. Seperti yang kuagak, Fakhrul juga turut melangkah menyaingiku.

"Sayang, tolong jangan lari dari abang lagi. Please sayang" Fakhrul merayu. Hah, merayu konon. Aku sedikit berlari, dengan niat mahu meninggalkannya. Tanpa kuduga, tangan gagahnya meraih lenganku, membuatkan aku hampir terhenyak ke belakang. Aku menentang matanya dengan penuh perasaan benci. Dia nampak terkilan dengan pandanganku itu.

"Awak, tolong lepaskan tangan saya. Awak bukan ahli keluarga saya, mahupun suami saya untuk menghalalkan apa yang awak buat sekarang!" aku hampir memekik. Dia yang termangu melonggarkan cengkamannya tadi. Beberapa penghuni di sekitar perumahan flat yang kebetulan lalu lalang di situ memerhatikan tingkah kami. Wajahku memerah menahan perasaan malu yang bertandang. Tak guna!

"Sayang..." lirih sekali suaranya, namun sedikitpun tidak berkesan padaku. Lelaki itu tidak layak untuk dikasihani. Jika Allah menghalalkan perbuatan membunuh, sudah pasti dialah orang pertama yang akan aku habisi nyawanya. Begitu bencinya aku pada sidia yang dulunya menghiasi malamku dengan mimpi indah. Kini, mengingatinya adalah mimpi yang paling menyiksakan batinku.

"Jangan sesekali panggil saya dengan panggilan sebegitu. Dont you ever dare! Saya dah jemu, dah jelak bila panggilan itu datang dari mulut awak yang kotor tu" aku sudah naik darah. Jari telunjuk kuacungkan ke mukanya.

"Ira, please. Bagilah abang peluang untuk jelaskan semuanya" rayunya lagi.

"Jelas apa lagi?" tanpa sedar aku menjerit, meluahkan perasaan marah yang berbuku di dada. Nafasku turun naik. Tas tangan kugenggam erat. Diikutkan rasa marah, mahu saja aku humbankan tas tanganku ini ke wajah tampan itu. Geramnya aku!

"Sudahlah En Fakhrul Ariffin. Awak tak berhutang apa2 penjelasan pada saya. Saya juga tak ada hati nak dengar segala penipuan awak tu. Saya bagi amaran, jangan dekati saya lagi lepas. Kalau tak, saya report polis!" jerkahku tanpa segan silu lagi. Biarlah kalau ada sesiapa yang mendengarnya. Aku tak peduli lagi. Kali ini, bila aku melangkah naik ke flatku, dia sudah tidak mengekoriku lagi.

Tanganku terketar2 mahu membuka pintu rumah. Air mataku mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Wajahku sendiri sudah basah dek empangan yang pecah. Sebaik saja daun pintu kubuka, aku terjelepuk ke lantai bersama sedu sedan yang semakin menyesakkan dada. Aku bagai hilang arah untuk seketika.

"Ira! Ira, kenapa ni?" Aida yang meluru ke arahku kelihatan kaget.

"Aida..." aku menyembamkan mukaku ke bahunya, cuba meredakan tangisanku. Pelukan Aida semakin erat. Dan aku menangis semahu2nya di dalam dakapan seorang teman.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review