|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2007

Dia Milikku - 12b

Mumbling o milanhawkin at 3:26 PM
"Shaira, please make a copy of this and prepare a proposed solution on this problem. I expect your report by end of this week" arah En Halim, ketua bahagian Audit. Aku hanya sempat menganggukkan kepala sebelum sebuah file dihempaskan saja ke mejaku. Ish, pakcik ni selalu je emosi. Aku menjeling tajam pada kelibatnya yang sudahpun berlalu ke bilik pejabatnya.

"Teruk betullah bos kita tu kan? Kerjanya mengarah dan nak marah aje. Nak bodek pun takde hati" tegur Mimi yang duduk tidak jauh dari mejaku. Kami sama-sama bekerja sebagai akauntan di syarikat ini. Aida pula adalah pegawai di bahagian Human Resource. Sebab itu dia tiada untuk memberi komen.

Aku sekadar tersenyum. Nak kata apa lagi? Dia orang atasan di sini, aku pula hanya kuli. Lagipun ini memang kerja aku. Cuma yang kami tak puas hati tu, cuma dengan layanannya yang lebih kurang pada orang bawahan. Bukanlah nak minta dia bercampur mesra dengan kami semua, cukuplah setakat kita menghormati sesama insan.

"Macam tak biasa, Mimi. Dia tu musang je memanjang dengan kita2 ni. Cuba kalau bercakap dengan bos2 department lain, mesra je. Dengan kita je dia garang. Dah tu bukannya tau nak senyum ke apa" sampuk Kak Shila pula. Entah dari mana pula dia datang ni? Dah, habis semua orang dah tayang muka tak puas hati diaorang. Azarina, juga salah seorang Senior Akauntan di situ mula memanjangkan kaki ke meja Mimi. Ini kes nak join acara menganyam ketupat la ni.

"Yelah Kak Shila. Lagi2 kalau dah jumpa perempuan cantik dan seksi, lagilah dia lembut gigi. Tengok pun naik meluat. Terkedek sana, terkedek sini. Tergedik sana, tergedik sini. Geli Ina tengok" kutuk Azarina pula. Aku hampir tergelak melihat aksi Azarina yang menggayakan En Halim bila dia dalam sessi ‘menggatal’. Kak Shila kulihat sudah menutup2 mulut menahan tawa. Mimi pula sudah ketawa berdekah2. Amboi2 diaorang ni, mentang2lah bos duduk jauh...

"Eh, rasanya En Halim tu kahwin 2 kan?" Ah, sudah.... Ini dah nak masuk bab yang aku cukup tak suka, bercakap tanpa fakta yang kukuh.

"Korang ni, tak baik tau mengumpat" aku sengaja mengusik, dalam masa yang sama cuba memerli. Serentak itu, aku berlalu ke bilik mesin photostate untuk membuat salinan dari file tadi.

Selesai membuat salinan, aku kembali pada mejaku. Semua salinan tadi aku masukkan ke dalam sebuah file lain sebagai kegunaanku. Kemudian aku melangkah ke bilik En Halim. Rupanya lelaki itu sudah tiada di tempatnya. Ke mana pula dia menghilang? Ah, biarlah. File yang original tadi kuletakkan kembali ke atas mejanya yang tersusun rapi.

Mataku kemudian tertancap pada sekeping gambar yang elok di dalam bingkai berwarna perak itu. Eh, macam kenal je? Aku pusing kiri kanan, depan belakang. Manalah tahu kot tiba2 En Halim muncul kat belakang aku. Mentah2 aku kena marah nanti.

Ah, takde orang. Tanganku naik mencapai frame gambar tadi. Gambar keluarga rupanya. Rasanya dalam 13 orang yang berkumpul dalam gambar tersebut. Masing2 dengan pasangannya. Tak ketinggalan En Halim yang berdiri rapat pada seorang wanita yang tampak agak seksi. Isterinya barangkali, kerana tangan En Halim dengan selamba saja melilit di pinggang wanita seksi tersebut.

Aku meneliti satu-satu manusia di situ. Bukan memuji diri sendiri, tapi selalunya aku tak berminat untuk menjadi penyibuk. Cuma kali ini hatiku tergerak sekali untuk meneliti gambar ini. Entah kenapa.

Dan mataku terhenti pada sebatang tubuh yang segak mengenakan baju melayu berwarna merah darah, bercermin mata dan dengan senyum yang terukir di bibir sedang menggendong seorang bayi. Akid? Seorang perempuan yang agak muda pula sedang memangku seorang lagi bayi. Mereka duduk begitu rapat. Ah, perasaan apa ini yang sedang menjalar ke dalam hatiku?

Pantas aku mengembalikan gambar itu ke tempat asalnya. Aku tak mahu lagi berlama-lama di sini, bimbang pula En Halim kembali. Dan aku kembali ke mejaku dengan pelbagai persoalan bermain di kepala.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review