|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2007

Dia Milikku - 12

Mumbling o milanhawkin at 3:25 PM
Cantiknya malam ini. Bintang2 berkelipan memenuhi ruang angkasa, menyerlahkan lagi keindahan malam. Aku leka memerhatikan suasana indah tersebut. Subhanallah, betapa kagumnya aku melihatkan kejadian alam.

Dalam asyik aku memerhatikan indahnya malam, aku dikejutkan dengan bunyi beep dari telefon bimbitku. Ah, tak sunyi aku dari bunyi telefon rupanya ye.

-Thank you for being with me today-

Aku menguntum senyum. Segera aku menekan butang2 di telefon, membentuk ayat yang sesuai untukku balas.

-Welcome. Tak sangka basketball is quite interesting-

Nak tergelak pun ada juga sebenarnya. Yelah, ada ke patut pergi tengok game basketball pakai baju kurung. Dia pun tak cakap nak bawak aku pergi situ. Ada jugalah penonton lain yang memandang semacam padaku. Apa boleh buat, terpaksa buat bodoh je la.

"Basketball ni ada 6 players in total, tapi yang main cuma 5. Basically those 5 tu The Point-Guard, The Off-Guard, The Center, The Small Forward and The Power Forward. Yang last tu kira Role Player or The Sixth Man. The point of the game is to get as much 3-point shoots as possible" Bukan main bersemangat lagi dia menerangkan basis permainan.

Mesejku berbunyi lagi.

-Next time, you bolehlah datang tengok I pulak main-

Hmm... tengok dia main? I bet he's really good at it.

-InsyaAllah-

Baru saja aku mahu menekan butang 'Send', telefonku berbunyi. Ada panggilan dari Akid. Eh, kenapa pulak?

"Tak puas la main sms. Better I cakap dengan you terus. So, nanti you datang tengok I main?" Aku tergelak. Macam2 la dia ni.

"InsyaAllah, kalau saya ada masa lapang. Takkan awak telefon semata2 sebab ni?" aku sengaja ingin mengusik. Nasib baik ini bukan telefon rumah. Kalau tak, mesti dah berbelit dah wayar telefon aku kerjakan. Hehe...

"Emm... I suka dengar suara you. Manja. Dan I lagi suka bila dengar you gelak. Your voice and your laughs are addictions la babe" gemersik suaranya dituturkan perlahan. Aku diam. Kata2 ini, sudah terlalu sering aku dengar. Aku agak tak gemar jika ada sesiapa yang membangkitkan perkara ini. Bukan pintaku untuk ada suara seperti ini. Dan...

"Abang addicted dengan suara sayang. Sehari tak dengar, rasanya tak lengkap hidup ni. Sehari sayang tak gelak, rasa suram saja hidup abang ni" Bencinya aku dengan penipuan sebegini. Lelaki, hanya manis di bibir sajakah?

"Kenapa diam je ni?" soalan dari Akid hampir saja membuat aku tersentak. Ah, khayal lagi. Rasanya sejak aku mengenali Akid, fikiranku sering saja tersasar ke zaman yang tak ingin aku ingati lagi. Kenapa ye?

"Emm... takde apa2. Awak, saya penat sangat ni. Lain kali la kita borak lagi ye. Assalamualaikum" aku mencari alasan. Belum sempat Akid membalas, aku sudah memutuskan talian.

Aku mengeluh lagi. Malam yang indah itu kupandang sepi. Kosong.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review