|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2007

Dia Milikku - 11

Mumbling o milanhawkin at 3:15 PM
Hari2 yang berikutnya berlalu seperti biasa. Tiada lagi panggilan dari lelaki yang tak kuinginkan hadir ke dalam hidupku. Tiada mesej dari lelaki yang telah kuhapuskan namanya dari kamus hidupku. Sekurang2nya, beberapa hari ini telah kulalui dengan aman dan damai.

Cuma Aida sudah semakin jarang berada di rumah sewa kami kerana sibuk menyediakan kelengkapan untuk hari bahagianya. Kami hanya berjumpa pada waktu pagi untuk pergi kerja bersama2. Kemudian Shah akan menjemput Aida pulang ke rumah. Cemburunya melihat kemesraan mereka. Wajah mereka pun berseri2.

"Ira, kau bila lagi nak jadi raja sehari?" tanya Shah tiba-tiba. Waktu itu aku menolong Aida mengangkat beberapa beg kertas yang berisi barang2 hantaran ke kereta Shah untuk dibawa pulang.

"Kau ni, Shah. Macam makcik2 kat kampung aku tu jugak. Asyik tanya benda yang sama je pada aku ni. Taulah kau dah nak jadi raja sehari tak lama lagi" jawabku, agak kurang senang. Namun kucuba sembunyikan riak wajahku yang terkilan. Soalan yang paling malas untuk kujawab.

Shah kelihatan tersengih2 mendengar jawapanku. Ketara sekali lelaki itu sedang dilambung bahagia. Aida muncul bersama beberapa lagi beg kertas berisi barangan yang sama. Semuanya disumbat masuk ke dalam bonet kereta Honda Shah. Kemudian dia kembali berdiri di sisi Shah. Nampak padan je pasangan ni.

"Shah ni, Ira, dia cakap kalau boleh nak buat majlis sekali dengan kau. Suka-suka hati dia je" celah Aida pula, mengusik tunangnya. Shah tetap mengukir senyum tapi tangannya cepat aje mencubit pipi Aida yang gebu hingga gadis itu menjerit kesakitan. Tangan Aida menampar lembut tangan Shah.

"Sakitlah!" keluh Aida manja sambil menggosok2 pipinya. Aku sudah biasa melihat kemesraan mereka.

"Itulah, tak baik nakal2 dengan bakal suami tau" Shah pula mengusik sambil cuba menggosok pipi Aida, namun Aida menepis tangan Shah. Malu agaknya kerana aku ada di situ menyaksikan kemesraan mereka. Atau mungkin saja Aida berpendapat kurang manis berkelakuan sebegitu sedangkan hubungan mereka belum lagi dihalalkan oleh akad.

"Habis, siapa suruh Shah usik kawan Aida" manja Aida membalas. Aku pula yang tersenyum sendiri melihat mereka. Alangkah indahnya jika aku juga punya seseorang untukku menumpang kasih sebegitu.

Sesekali rasa bosan itu menjengah. Sudahlah aku ni bukan jenis yang suka merayau2 tanpa hala tuju bila hujung minggu. Pun begitu, tempat yang paling gemar kukunjungi adalah MPH. Aku bisa saja menghabiskan masa berjam2 di gedung ilmu itu. Maklumlah, boleh baca free lagi. Tapi, aktiviti itu sudah jarang kuaplikasikan sejak akhir2 ini. Malas itu satulah, mood nak membaca pun kurang. Akhirnya aku hanya akan melepak saja di rumah. Puas menonton tv, aku akan memasak. Selesai memasak, aku akan kembali mengadap kotak elektrik itu. Sampai tertidur2 aku di ruang tamu.

Bukannya aku tak terfikir untuk bersama2 menolong Aida di rumahnya. Sebagai antara teman yang paling rapat dengannya, patutnya aku sedia membantu apa yang patut. Nah, jika ditanyakan alasannya, aku punya beribu alasan yang berlainan. Tapi alasan yang paling kukuh yang aku ada, hanyalah kerana aku tahu aku takkan dapat bertahan lama di sana. Kenangan lalu akan segera menggamit hati ini. Aku tak mahu nanti Aida dan keluarga panik pula jika aku tiba2 saja lari dari sana.

Aku tahu Aida juga agak terkilan dengan tindakanku ini. Malah Pakcik Khairul dan Makcik Aina sendiri sering menanyakan aku pada Aida. Macam2 alasan yang sudah aku guna-pakai. Akhirnya aku hanya dapat berjanji untuk bersama2 Aida 2 hari sebelum majlis akad bermula.

Rehatku petang itu rupanya tidak berakhir dengan aku tertidur di sofa di ruang tamu seperti biasanya. Tidurku dikejutkan dengan irama monotone telefon bimbitku. Maklumlah, telefon lama, mana nak ada lagu yang macam2 tu. Tanpa melihat nombor yang tertera, aku terus menekan butang hijau.

"Assalamualaikum" suaraku hampir serak. Belakang tanganku menggenyeh mataku berkali2, cuba menghilangkan kantuk yang belum hilang sepenuhnya.

"Waalaikumsalam, Shai" Gemersik suara itu dengan cepat menyedarkan aku 100% dari status mamai. Seolah dia berada di hadapanku saat ini, aku segera membetulkan dudukku dan pakaianku. Rambutku yang separas bahu itu kusisir dengan jemari. Malunya jika dia benar2 berada di hadapanku dan melihat keadaanku sekarang ini.

"You tengah buat apa?" suara Akid kedengaran ceria. Inilah kali pertama dia menelefonku. Kali pertama aku dapat mendengar suaranya dari corong telefon. Hatiku berdebar dengan hebatnya, entah kenapa.

"Saya tengah... err... baru bangun" lemah saja aku membalas. Aku pasti dia juga tahu kan hal ini dari suara malasku tadi. Dan aku sesungguhnya tak reti langsung nak menipu. Terdengar Akid tergelak di hujung sana, semestinya sedang mengetawakan aku.

"You ni betul bendul juga ye" usik Akid. Tawanya masih belum reda. Takpe, awak gelak je la. Saya suka dengar.

"So, kenapa you tak pernah call I? Rasanya dah lama I bagi namecard tu pada you. And few weeks back, kita pun ada tukar no phone. Tak sudi nak kawan dengan I ke?" Akid bertanya. Nadanya sukar untukku tafsirkan. Entah merajuk, entah mengusik.

Awak ni, saya kan perempuan. Takkan la saya nak melebih2 pulak? Takkan saya nak mulakan langkah pertama pula. Walau semoden mana pun zaman sekarang ini, saya akan tetap kuno begini.

"Seganla nak kacau awak. Lagipun saya busy lately" aku seperti biasa tersedia dengan beribu alasan. Sekali lagi aku terdengar tawa dari hujung sana. Aih, tak habis2 dengan gelaknya. Tau la gelak awak tu seksi.

"Betul juga. Tak patut I tunggu you yang call I. As a gentleman, I should have call you first, kan?" Aku hanya mengiyakan dalam hati. Tau takpe!

"Emm... you takde buat apa2 kan sekarang ni?" Hmm... basuh baju, dah. Masak pun dah. Kemas bilik, dah. Mandi, tengah hari tadi dah. Hehehe...

"Takde kot. Rasanya housemate saya balik lambat malam ni. Kenapa?"

"You stay kat mana?" Eh?

"Kat Setiawangsa" lambatlambat aku menjawab.

"Kalau macam tu, give me your address, I’ll come and pick you up in half an hour time. OK?"

"Eh, err... ke...kenapa?" Ish, apsal pulak aku nak tergagap-gagap ni? Gabra pulak rasanya. Betul ke ni?

"I nak ajak you keluar la. Nak apa lagi. Dah bagi your address cepat" gesa Akid. Dan seperti kata Akid tadi, dengan betul bendulnya aku segera menyatakan alamat rumah sewa aku. Bila dia dah letak telefon, barulah aku nak menyesal ke apa. Teruk betul perangai aku yang satu ni.

Bila mengingatkan Akid akan datang dalam masa setengah jam lagi, pantas aku berlari ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk. Tergesa2 pula aku mengenakan sepasang baju kurung bercorak abstrak hitam dan merah jambu. Bila telefonku berbunyi menandakan ada sms yang masuk, aku segera memadankan tudung pink ke kepala.

- I dah ada kat bawah ni -

Alahai, cepatnya dia bawak kereta. Aku mencapai kunci rumah dan beg sandang. Sampai saja di bawah, mataku meliar mencari kelibat lelaki itu. Akhirnya mataku tertancap pada sebuah kereta peugeot berwarna biru awan. Pergh, cantiknya kereta! Kaya ke dia ni? Teragak2 aku mendekati kereta tersebut.

Akid membuka pintu kereta di sebelah penumpang sambil tersenyum. Akid nampak segak dengan seluar khaki separas lutut dan sepasang t-shirt biru tua. Sempoi. Bilalah dia ni nak tukar fesyen.

"Assalamualaikum" sapanya mesra. Aku menjawab salamnya dan terus meloloskan diriku ke dalam kereta mewah itu. Kerana ini kali pertama aku menaiki kereta mewah begini, aku terasa agak kekok sekali.

"Cantik baju" Entah dia bermaksud untuk memuji atau memerli, aku agak kurang pasti. Yang aku tahu, aku selesa berpakaian begini setiap kali keluar rumah. Cuma sesekali saja aku akan mengenakan seluar atau t-shirt. Kuno? Mungkin juga. Tapi aku tak mungkin nak peduli tentang apa yang orang lain cakap. Yang penting, aku happy dan Allah redha.

"My dad's car, bukan kereta I tau. I pinjam kejap sebab my car masuk workshop" jelasnya tanpa dipinta. Agaknya dia menyedari betapa kekoknya aku berada di dalam kereta itu. Nak pegang apa2 pun aku tak berani. Aku hanya mengangguk sambil cuba tersenyum, namun aku sendiri merasakan betapa gugupnya aku senyum. Serba tak kena jadinya.

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?" soalku sebaik saja keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan Setiawangsa itu. Sedaya upaya aku cuba menghilangkan rasa gugup yang semakin menghimpit perasaan. Nampak sangat kekampungan aku ni bila mataku asyik mengagumi rekabentuk dalaman kereta.

"I nak bawak you jumpa my parents" ujar Akid sambil menghadiahkan sebuah jelingan menggoda padaku.

Terbeliak mataku. Mulutku juga melopong. What?? Jantungku dah jadi drum, berdentum sana sini.

"Huh?" Sepatah saja yang keluar dari mulutku walaupun sebenarnya banyak yang ingin kuhamburkan. Namun kekejutan itu surut juga bila kulihat dia tertawa senang.

"Just joking. You nampak terkejut sangat, kelakar tengok reaksi you" Akid tertawa lagi. Ish, mamat ni. Nak aje aku bagi sedas pada bahunya. Tapi, cool Shaira, jangan nak buat malu pulak. Lagipun dia bukannya muhrim untuk aku sentuh2.

"Awak ni! Nasib baik saya ni bukan dari keturunan yang ada heart attack" aku merengus geram. Makin geram bila melihat dia tertawa lepas begitu. Pun begitu, jauh di sudut hati, aku amat senang sekali dengan gurauannya.

"Sorry. Actually I nak ajak you bersukan" Auch!

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review