|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2007

Dia Milikku - 10

Mumbling o milanhawkin at 3:14 PM
Azan Isyak yang berkumandang seakan menyejukkan hatiku yang dilanda amarah ini. Aku kembali mengingati Yang Maha Esa, bersyukur aku masih lagi diberi peluang untuk beribadat padanya. Subhanallah, banyak betul kelebihan mengingatiNya.

Baru saja sebentar tadi aku ingin mengamuk sakan. Baru saja tadi bisikan syaitan memenuhi hati ini. Kalau saja aku menurut, tentu saja akan ada orang yang terkorban. Nasib baik juga Aida sedang berada di rumah bakal mertuanya untuk makan malam bersama. Jika tidak, tentu Aida yang akan menjadi mangsa. Teruknya aku ni!

SMS yang kuterima sebentar tadi kurenung untuk sekian kalinya.

"Kurang ajar!" aku menggumam. Hati yang membara cepat2 kubersihkan dengan istighfar.

- Abang masih sayangkan Ira. Maafkanlah abang, sayang -

Ringkas namun padat. Penuh makna. Namun sangat mencalarkan hatiku. Baru saja semalam aku teringatkannya bila memandang kad jemputan kahwin Aida, malam ini dia sudah meninggalkan mesej pada telefonku. Macam tahu2 saja aku sedang teringatkannya. Kenapa yang lagi seorang itu tidak menghantar mesej memaki hamun aku pula? Atau mesej ini dihantar tanpa pengetahuan pihak yang lagi satu itu? Memang saja cari bala lah ni.

Aku bangun dari katil, berjalan ke tingkap bilikku. Langsir kuselak, memandang malam yang disinari cahaya lampu yang terang benderang. Air mata yang bergenang mula jatuh ke pipi. Aku hapus dengan belakang tangan. Perit di hati ini, bagaimana pula boleh kuhapuskan?

Abang, setiap kali Ira teringatkan abang, setiap kali itu juga hati ini bagaikan disayat2, dilapah2 dengan kejamnya. Sakitnya, hanya Allah saja yang tahu. Abang tak tahu. Mungkin juga abang tak mahu ambil tahu.

"Abang cintakan Ira... sampai mati"

"Lidah tu tak bertulang, abang"

"Ira tak percayakan abang?"

"Ira cuma tak mahu terlalu bergantung harap"

"You know you can always depend on me, sayang"

"Ketentuan Allah, tiada siapa yang dapat menghalangnya, abang"

"Habis, Ira tak cintakan abang?"

"Siapa cakap?"

"Dah Ira cakap macam tu"

“"Ira sayang abang, cintakan abang. Selagi Allah benarkan Ira bernafas di bumi Allah ini, selagi itulah cinta Ira pada abang akan hidup"

Lesung pipit itu muncul lagi. Indahnya zaman itu, zaman mekarnya cinta yang berbunga di hati masing2. Namun pengakhirannya lansung tidak kuduga. Salah siapa?

Aku tahu aku tidak sepatutnya mempersoalkan qada' dan qadar yang Allah tentukan. Pun sebagai manusia yang hanya mengharapkan kebahagiaan, kekesalan itu tetap terbit di hati.

Aku melangkah keluar dari bilik. Aku mahu mengambil wudhuk. Menunaikan suruhanNya. Mahu menenangkan hati sendiri. Hanya itu yang kumampu lakukan saat ini.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review