|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, September 25, 2007

Hari Jiwang...

Mumbling o milanhawkin at 2:56 PM
Hari ni thy nak menjiwangkan diri sat...

Sedey ler... bila nengok teman2 yg dah kahwin dan dah beranak pinak. Comel sangat anak2 derang tuh. Jeles gak bila nengok mike2 dengan tunang mike. Dengki plak nengok teman2 ngan pakwe2 derang. Jeles, dengki, marah, sakit hati... sumer2 la, bercampur gaul dalam hati thy ni.

Napa? Sebab thy ni masih single mingle aka tak laku la... Even once my sis pernah cakap (sebenarnya dia tak sengaja, dengan niat nak bergurau, tapi berhari2 thy makan hati): 'Alaa, sapa je yang nak ngorat Along kat luar tu... Takde sapa nak pandang laa...'. Semuanya gara2 thy tak tahu nak pakai baju apa masa nak keluar.

Secara fitrahnya, thy ni seorang yang simple. Pakai baju ikut sempat tangan je ngambik, makeup jarang2 la yang amat. Itupun takat calit lipstik kat bibir ni jer. Bedak pun main bedak 3A (tatau la korang tau ke idak bedak kaler ijau nih, tapi memang best le pakai). Memang simple sesangat la, sampai bila dah umoq tua2 gini pun ada lagi yg silap ingat thy ni budak sekolah.

Secara fizikalnya juga thy ni bukanlah cantik. Tak cantik pun. Walaupun thy tahu ada yang percaya, beauty is in the eyes of the beholder, tapi thy memang tak cantik pada mata sesiapa pun. Yang ini thy amat yakin. Semuanya berdasarkan pengalaman. Tapi thy takde la plak cakap thy ni huduh bebenor. Takde la buruk sangat rupa thy ni, kira kategori biasa2 saja.

Kalau ikut pengalaman, thy ada juga la bercinta dengan orang. Tapi thy ni sangat2lah takde keyakinan diri dalam bab cintan cintun ni. Rupa jadi alasan. Thy tak dapat nak elakkan dari rasa rendah diri bila bergandingan dengan sesapa. Bukan itu saja, byk lagi alasan lain, tapi ini adalah antara sebab utama thy tak punya keyakinan diri.

Thy bukan takut committment. Malah thy teringin sangat nak bercinta seikhlas mungkin, berlandaskan agama. Yakni, thy ingin sekali nak kahwin. Masalahnya, dengan siapa? Sekarang ni pun, thy takde sesapa yang istimewa dalam hidup thy, apa lagi dalam hati thy sendiri. Thy selalu berangan2 nak berumahtangga dengan orang yang sayang pada thy. Tapi malangnya, setakat ni, masih tiada yang sudi. Kadang2 thy rasa putus harap, sedangkan manusia tak boleh hidup tanpa harapan. Kadang2 pula thy yakin sekali, Allah akan temukan jodoh thy, InsyaAllah. Tapi jauh di sudut hati, thy tahu yang ayat tu ayat memujuk hati thy yang semakin ragu2.

Thy tak minta pun lelaki2 hensem supaya terpikat dengan thy. Thy tak mahu lelaki hensem, sebab lelaki hensem byk ragamnya, dan ramai orang akan terpikat. Thy mahu yang biasa2 saja. Yang thy mahu, lelaki itu boleh terima thy seadanya. Thy mahu, lelaki tu boleh sayang thy tanpa syarat. Dan rasanya harapan thy ni hanya akan tinggal harapan.

Sedih memang sedih. Nasib baik thy ada mak dan ayah lagi. Sekurang2nya thy tahu, seandainya thy memang ditakdirkan untuk menyendiri, thy masih ada keluarga yang menerima thy seadanya. Persoalannya, sampai bila? Kata mak, dia bukannya hidup menongkat langit. Lambat laun, aku akan tinggal seorang juga. Maka, katanya lagi, aku kenalah cari pasangan hidup. Mak, thy bukan tak nak cari mak. Takde orang yang sukakan thy. Sebab thy tak cantik, mak. Maaflah, thy tak dapat nak tunaikan harapan thy yang satu itu.

Mungkin ada antara korang, yg bila baca entry ni akan cakap, takkan sebab thy ni tak cantik, takde orang nak. Asalkan budi bahasa baik, mesti ada yang berkenan. Malah, jodoh tu kan kat tangan Tuhan.

Ini jawapan thy: Thy teramat sedar, jodoh tu kat tangan Tuhan. Manusia merancang sedangkan Allah yang menentukan. No question asked. Sebab jodoh kat tangan Tuhan, kita sebagai manusia perlu juga berusaha ke arah itu. Setakat ni, Allah tak tunjukkan lagi siapa jodoh thy. Dan yang paling thy takut, Allah memang tak sediakan jodoh thy di dunia ni. Mungkin saja jodoh thy di akhirat kelak... Siapa yang tahu kan? Dan yang pasal cantik tu, ini semua berdasarkan pengalaman thy. Dah banyak kali thy direject sebab thy tak secantik teman2 thy yang memang menawan. Ada banyak kejadian yang mengguris perasaan. Tapi thy suka pendamkan saja. Alah, benda kecik je. Kalau dah diaorang tak suka dengan rupa thy yang macam ni, apa lagi thy nak cakap. Kita mana boleh memaksa, kan?

OKlah, cukuplah dengan leteran thy pada hari ni. InsyaAllah, esok2 milan postkan entry cerita 'Dia Milikku' pula.

3 demented soul(s):

penawar said...

alahai..siannya baca..sabar ye thy..maybe this kinda words orang dah selalu bagi pada thy..tp percaya la..might be memang bukan masa nya lagi..jangan sesekali fikir tak cantik tu satu keburukan..apepun nikmat paras rupa dan tubuh badan tu Allah yang kurniakan..kita takde hak nk komplen kan..or if memang seperti yang thy takutkan..jodoh tu tiada..ingatlah balik..percaturan Allah adalah yang sebaiknya..insya Allah..doa je dengan penuh yakin for the best takdir in your life..

thydiva said...

thanks again ye penawar sebab sudi bg comment kat sini. dan lagi, thanks also sebab bg nasihat pada thy. bukan apa, hari tu thy terlebih emosional sikit. muahaha.. skang dah ok sikit dah, berkat nasihat penawar juga. thanks a lot my fren. :)

thydiva said...

thanks again ye penawar sebab sudi bg comment kat sini. dan lagi, thanks also sebab bg nasihat pada thy. bukan apa, hari tu thy terlebih emosional sikit. muahaha.. skang dah ok sikit dah, berkat nasihat penawar juga. thanks a lot my fren. :)

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review