|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, September 18, 2007

Dia Milikku - 4

Mumbling o milanhawkin at 9:38 AM
Mak dan abah menyambut kepulanganku dengan senyum di bibir. Adikku yang paling bongsu, Nazrin siang2 lagi sudah mengangkut beg pakaianku ke dalam rumah, dan sudah mula mengeluarkan isinya. Nak cari hadiah la tu. Tak sabar2. Manakala Angah dan Achik pula sibuk nak meminjam keretaku. Hatiku digamit rasa bahagia yang mendalam bila melihat suasana begini.

Malam itu, mak menjamu kami sekeluarga dengan makanan kegemaranku, ikan patin masak lemak tempoyak. Begitu berselera aku makan masakan air tangan mak. Memang tiada tandingannya dengan masakan makcik kat food court. Lazat sangat!

“Kamu kat KL tu takde jumpa sapa2 ke, Along?” mak bersuara sepatah, memandangku penuh makna. Ah, soalan cepumas. Macam la aku tak tahu sebab mak aku tanya macam tu.

“Jumpa sapa, mak?” aku buat2 tak faham bahasa Melayu. Malasnya aku kalau soalan begini dah keluar dari mulut mak. Kukerling abah yang sibuk menceduk kuah masak lemak ke pinggannya. Ish, abah ni, tolonglah Along. Sibuk makan pulak dia.

“Yelah, dah bertahun Along kat KL tu. Takkanla tak jumpa dengan sapa2 lagi” kata mak lagi. Abah...

“Along memang jumpa ramai orang kat KL tu, mak. PM je Along tak jumpa lagi. Maklumla, PM tu busy je memanjang. Mana ada masa nak jumpa Along ni” aku buat lawak bodoh. Aku nampak mak tarik muka, tapi aku cepat2 suap nasi ke dalam mulut. Angah dan Achik siap gelak bila dengar kata2 aku. Gelak la, gelak. Dah sampai giliran kamu esok, Along nak dengar je kamu jawab apa dengan mak.

“Kamu ni, cubalah serius sikit bila bercakap tu. Umur kamu tu bukannya muda lagi. Dah 28 tahun dah. Dah nak masuk 30. Kawan2 kamu semua dah beranak pinak. Agaknya dah ada yang sambut cucu” ceramah mak lagi.

Mak, mak. Kalau mak dah guna panggilan ‘kamu’ untuk aku, maknanya dia dalam proses nak melenting la tu. Ish, mana ada orang dapat cucu masa umur 30? Melainkan dia kahwin dengan datuk. Takkan mak nak suruh aku kahwin dengan datuk kot? Geli sehh...

“Alah, kalau dah sampai jodoh Along ni, kahwinlah dia, Mah. Toksah la nak risau sangat” Yes! Abah dah bersuara. Kalau abah dah bersuara, mak takkan cakap apa2 lagi. Sayang abah, muachh.

“Mah ni bukan apa, bang. Nak la jugak timang cucu sebelum mata ni tertutup. Bila tengok anak2 orang lain yang dah berkeluarga tu...” mak berhenti bercakap. Aku nampak mata mak dah merah. Menangis ke? Bila bab ni timbul, mak akan selalu mengalirkan air mata. Ni yang buat aku lemah ni.

Angah dan achik saling memandang. Pelan2 mereka angkat pinggan ke dapur. Pandai je korang nak lari ek. Adik bongsuku pun sama menarik pinggannya dari meja dan berlalu ke dapur. Aku menarik gelas ke mulut, meneguk perlahan teh panas yang mak sediakan. Nak lari kang, takut nampak tak sopan pulak.

“Dahla tu, Mah. Buat apa kamu nak sedih. Benda ni bukannya perkara main2. Jangan terburu2. Kamu nak ke perkara yang sama berlaku pada Along lagi? Dulupun macam ni la. Kamu gesa dia kahwin cepat2. Lepas tu apa dah jadi?” suara abah sedikit meninggi. Tegas.

Aku diam tak berkutik. Mak pun sama. Aku perasan mak memandang sayu padaku. Mungkinkah mak masih lagi rasa bersalah? Tapi itu semua bukan salah mak. Bukan juga salah sesiapa. Seleraku mati tiba2. Aku bangun dari kerusi, mengheret kakiku ke dapur. Aku cuci tanganku.

“Itulah abang. Kenapa nak diungkit pasal hal dulu depan dia. Kan dia dah terasa hati. Makan nasi pun tak habis” aku dengar mak berbisik pada abah. Bisik konon, kalau bisik macam mana aku boleh dengar pulak.

“Habis, yang kamu dok paksa dia kahwin cepat2 tu takpe pulak. Dia baru je nak mulakan hidup baru. Abang taknak tengok dia sedih2 lagi. Kamu jangan ungkit lagi pasal kahwin depan dia” abah pula membalas.

“Maafkan Mah, bang. Mah tak niat macam tu” sedih je aku dengar mak bersuara.

Rupanya aku tak sanggup lagi mendengar butir bicara mak dan abah lagi. Cepat2 aku melangkah ke bilik, sedaya upaya cuba menyembunyikan air mataku yang sudah mengalir deras ke pipi. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. Kalau selama 2 tahun ini aku begitu tabah hidup begini, Kau kekalkanlah ketabahanku ini, Ya Allah...

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review