|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, September 18, 2007

Dia Milikku - 3

Mumbling o milanhawkin at 9:15 AM
Ni yang aku malas ni. Nak balik kampung kena drive sampai 4-5 jam. Jauh tu. Nak berhenti mana2 tempat rehat, aku tak berani. Maklumlah, sorang2 macam ni. Perempuan pula tu. Kalau jadi apa2 karang, aku jugak yang susah. Si Aida pula, hari tu dok bising aku tak pernah ajak dia balik kampung aku. Bila dah ajak, macam2 alasan pula yang dia bagi.

"Tunang aku baru balik dari Manchester esok. Kenalah aku jemput dia. Tak jemput karang, merajuk pulak" Aida memberi alasan. Siap tunjuk muka kesian lagi.

Terbayang wajah manis Shahrul di ruang mataku. Tunang Aida itu memang lemah lembut sikit. Begitu kontra dengan sifat semulajadi Aida sendiri. Nampaknya, opposite did attract. Yang kelakarnya, si Shah ni memang selalu nak merajuk dengan Aida. Manja betul. Nama je lelaki, tapi merajuk mengalahkan perempuan. Kadang2 tu rasa macam Aida ni pula yang jadi lelaki. Tegas dan keras. Dah terbalik ni.

"Ha, nanti jangan cakap aku tak ajak kau balik kampung aku pulak" aku memberi amaran. Sengaja. Aida sudah menarik muka. Tak puas hatilah tu. Aku buat tak peduli, sengaja menyibukkan diri melipat baju kurung ke dalam beg pakaian.

"Alah, kau tu yang sengaja nak balik minggu ni. Kau dah tahu Shah nak balik esok, hari ni jugak kau nak balik" ujar Aida, masih mahu menyalahkanku. Aku sekadar mencebik.

Habis, dah janji dengan mak. Takkan nak mungkir janji dengan mak aku pula. Kang lagi mengamuk orang tua tu dengan aku. Susah betul nak puaskan hati semua orang. Alih2 aku juga yang merana. Dan kini, aku sedang memandu sendirian di dalam kereta menuju ke Dungun, Terengganu.

Bosan memandu, aku mula menyanyi kuat2 mengikut rentak lagu. Nasib baik lagu yang sedang berkumandang ini, aku tahu liriknya. Boleh la juga nak asah bakat menyumbangkan suara, hehehe. Kalau adik aku dengar ni, mahu dia lompat keluar dari kereta. Agaknya lagi rela menapak balik dari naik satu kereta denganku. Dengki la tu.

Bila masuk lebuhraya Kuala Lumpur-Kuantan, aku sudah boleh relaks. Sekurang2nya aku dah boleh pecut bila masuk highway. Yearghh... akulah raja pecut highway. Eh, silap, ratu laa... Kakiku menekan minyak sebanyak yang boleh. Kasi belasah sama dia. Berkat kelajuan kereta Tiara ini, aku berjaya jugalah memotong sebuah dua Kancil.

Setelah aku memotong sebuah lagi kancil di atas jalan highway itu, mataku tertangkap sesusuk tubuh di tepi jalan. Di tepi highway? Tengah2 panas ni? Nampak macam hitchhiker je. Tangannya sibuk memberi isyarat nak mintak tumpang. Tapi kenapa aku rasa cam familiar je mamat tu?

Aku memperlahankan kereta. Niatku sekadar ingin melihat tuan empunya tangan. Tak terniat pun nak berhenti sebab mak aku pernah cakap, jangan sesekali tumpangkan orang yang aku tak kenal. Yelah, mana tahu entah penyamun ke perompak ke perogol bersiri ke...

Hah?? Biar betul ni?

Tanpa sedar, aku sebenarnya sudah menekan brek keretaku sekuat hati. Apa lagi, dengan driver2nyalah terhumban ke depan. Nasib baik aku ingat nak pakai seatbelt. Itupun sebab aku ternampak polis dok berkumpul masa masuk highway tadi. Bunyi kereta tak payah ceritalah. Agaknya dah ada bunyi macam kat Sepang trek tu ha.

"Ish, biar betul ni?" aku menggumam sendiri. Mataku sudah melirik ke arah side mirror. Lelaki tadi menghampiri keretaku. Laju betul dia jalan. Agaknya takut aku tinggalkan dia tak?

Tapi betul ke apa yang aku nampak ni? Aku menggenyeh mata berkali2. Betullah dia! Mamat yang aku angaukan tu! Kenapa pulak dia ada kat sini? Tengah2 highway pulak tu. Takde pula nampak kereta rosak ataupun mana2 kenderaan lain yang rosak. Takkan dia datang dari balik hutan kot?

Aku tersentak bila cermin keretaku diketuk. Kuat. Ini nak bagi cermin kereta aku pecah ke apa? Dahlah kereta ni dah boleh nak masuk kategori antik. Perlahan aku menurunkan sedikit cermin tingkap kereta kesayanganku. Lelaki itu menunduk, mendekatkan wajahnya ke tingkap kereta. Aiseh, memang sah hensem tahap dewa. Walaupun berpeluh, dia tetap nampak hensem. Bencilah!

"Hai!" dia menyapa dengan senyuman menggoda. Sebenarnya senyumannya bukanlah menggoda aku, cuma aku yang tergoda. Rasa nak gugur je jantung ni melihatkan senyumannya. Alahai... Aku balas senyum.

"Boleh tumpangkan I ke Kuantan?" dia meminta. Suaranya kedengaran macho aje kat telinga aku. Garau dan penuh kejantanan. Mak, Along tengah tergoda ni!

"Err..." lidahku kelu tiba2, menggaru2 kepalaku yang sebenarnya langsung tak gatal. Kepala memang tak gatal, yang gatalnya seluruh badan aku ni.

"Jangan risau, I bukan perompak, juga bukan pembunuh" ucapnya. Senyumannya tak lekang dari bibirnya yang nipis. Merah. Tak merokok? Nah, ciri2 lelaki idaman ni.

"Perogol?" mulutku mengeluarkan bunyi tanpa sempat kuhalang. Lelaki itu tergelak besar. Mak aih, merdunya awak gelak. Rasa macam... macam nak gigit jer. Hahaha... gatal sungguh aku ni yer.

"Pun bukan. Boleh ke I tumpang?" soalnya lagi. Beg galasnya dibetul2kan. Berat agaknya. Entah kuasa apa yang merasukku, kepalaku terangguk2. Jadi burung belatuk sekejap aku ni.

Bila lelaki tu dah masuk ke dalam keretaku, barulah rasa menyesal tu datang. Aku ni dah gila agaknya. Kalau mak, abah dan adik2 aku tahu aku ambil stranger naik kereta aku ni, mahu aku kena sembelih. Paling cikai pun mesti kena membebel dengan diaorang 17 hari 20 malam.

Masa ni barulah aku nak rasa ragu2 dengan kata2 dia tadi. Hensem, hensem jugak. Ingat takde ke pembunuh bersiri yang hensem? Ingat takde ke perogol yang muka macam Hans Isaac? Aduh, mati aku kali ni. Kali ini, aku pula yang berpeluh.

"Nice car" Ini perli ke betul2 puji ni? Tahulah kereta saya ni tak sehebat rakyat kat KL sana nun. Tapi sekurang2nya saya ada kereta. Takde lah pulak saya tercampak kat highway sorang2 camni. Kalau saya tak berhenti tadi, mesti awak dah kena menapak balik Kuantan. Baru padan dengan muka!

"Sorry I dah susahkan you. I tahu you pun tak biasa buat macam ni kan? Tapi I pelik juga, kenapa you berhenti tadi?" lelaki itu memulakan bicara. Agaknya ingin mengurangkan ketegangan yang aku ciptakan sebentar tadi. Yelah, aku dah main jeling2 semacam kat dia, takkan dia tak perasan.

"Actually, saya pun tak pasti kenapa saya berhenti" akuiku. Aku melirik lagi. Nampak senyumannya yang menawan sukma itu. Oh hati, tabahlah dikau dengan godaan ini. Fokus, fokus pada jalan raya. Takpe, takpe, Kuantan dalam masa sejam setengah. Lepas tu aku dah boleh bernafas dengan lega.

"You pun mesti tertanya2 macam mana I boleh ada kat tepi highway tu kan?" Wah, ini soalan menguji minda ke? Mestilah aku tak tahu. Aku bukannya tukang tilik. Lagipun mak aku cakap tak elok kita orang Islam percaya kat benda2 karut macam tu. Err... awak ni Islam ke?

Mataku singgah pada telinga kanannya. Eh? Dah tak pakai subang? Rasa macam nampak dia pakai subang hari tu. Oh, kat sebelah kiri rupanya. Aduii, kenapa la awak ni nampak macho sangat pakai subang? Bukan sepatutnya takleh ke lelaki pakai subang? Selalunya yang pakai subang sebelah ni, gay. Awak ni gay ke? Janganlah... rugi! Rambut pun masih tercacak2 lagi. Dan apsal awak nampak smart sangat pakai spek? Seriusly, smart giler wak...!

"Nama I Akid. Nama you?" lelaki itu memperkenalkan dirinya. Tersedar sekejap aku dari lamunan.

"Saya Shaira. You can call me Shaira" Cis, aku tengah buat lawak antarabangsa ke apa? Suruhlah dia panggil aku Ira ke, Sha ke, macam kawan2 aku yang lain.

"Nice name. You can call me Kid. I’ll call you, Shai" Pandai2 je mamat ni buat keputusan nak panggil aku Shai. Tak pernah dibuat dek orang. Kalau aku larang ni, dia merajuk tak?

Mungkin Allah masih sayangkan aku. Sepanjang perjalanan ke Kuantan, tiada apa2 yang tak elok yang berlaku. Malah sepanjang perjalanan kami, Akidlah yang paling banyak berbual. Mungkin dia tak nak bagi aku mengantuk. Macam2 lawak yang dia keluarkan. Memang seronok bersama dengannya. Cuma sampai sekarang aku masih tak tahu bagaimana dia boleh tersadai di tepi highway tu. Tak sedikit pun dia bangkitkan pasal hal tu. Aku nak tanya pun, malas. Takut pula dia kecil hati.

Bila sampai ke Kuantan, Akid tinggalkan kadnya padaku.

"When we see each other again, I’ll return the favor" ucapannya disertakan sebuah senyuman semanis madu, membuatkan aku terkedu sekejap.

Itulah kata2 terakhirnya padaku sebelum menghilangkan diri di celah2 manusia yang membanjiri stesen bas Kuantan.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review