|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, September 18, 2007

Dia Milikku - 2

Mumbling o milanhawkin at 9:13 AM
Dan untuk hari2 yang seterusnya, mataku masih lagi tercari2 bayang si dia. Dan setiap hari jugalah pencarianku berakhir dengan kehampaan. Nampaknya aku sudah takkan mungkin berjumpa dengannya lagi. Melepas!

Tak cukup di food court, aku begitu berharap untuk terserempak dengannya di mana2. Malah setiap langkah kaki yang kubawa, aku berdoa untuk berjumpa dengannya. Kalau boleh melihat dari jauh pun tak kisah. Aku cuma mahu melihatnya, memujanya dari jauh. Itu saja. Atau betulkah itu saja? Dah angau dah aku ni!

"Aku tengok kau ni asyik termenung je semenjak dua menjak ni. Kenapa? Kau ada problem ke? Tak nak kongsi dengan aku?" soal Aida, merenung tepat ke mukaku. Aik, bila masa la pulak minah ni datang ke meja aku? Rasanya tadi dia masih kat meja dia.

Aku cuma mampu tersengih. Yalah, problem aku hanya kerana angaukan lelaki yang aku sendiri tak tahu nama. Macam mana nak cerita pada Aida? Nanti aku juga yang malu.

"Sengih pulak dia. Aku tanya kau ada masalah ke apa, bukannya suruh kau tayang gigi" Aida sedikit membentak. Minah ni memang cepat naik angin.

"Yelah, aku mana ada problem. Sebab tulah aku sengih je" balasku sambil melarikan pen hitamku ke atas kertas putih di hadapanku. Entah apa yang aku contengkan, aku sendiri tak berapa pasti. Parah ni!

"Kau ni memang, selalu je nak berahsia dengan aku. Kita dah kawan dekat 2 tahun, tapi tak banyak yang aku tahu pasal kau. Kampung kau pun aku tak pernah jejak tau" ujar Aida. Nadanya macam merajuk. Ah sudah...

"Laa... kau nak bercuti kat kampung aku ke? Napa tak cakap awal2. Nanti bila cuti panjang, kita balik kampung aku, nak?" aku masih membalas sambil lewa. Aida menghentakkan kakinya dan terus berlalu. Macam budak2 pula. Malas aku nak layan minah tu. Sekejap lagi baiklah dia tu. Yelah, dah serumah, lama mana sangatlah dia tak nak bertegur dengan aku. Datang kerja pun naik kereta aku.

Balik kampung? Hmm... memang lama dah aku tak balik kampung. Kerja kat sini memang banyak menuntut masa lapangku. Kadang kala, hari Ahad pun aku kena datang kerja. Bila masa sangatlah aku nak balik kampung? Asal cuti panjang sikit, aku lebih suka lepak kat rumah. Aku bukan jenis yang pantang cuti, mulalah nak balik kampung bagai. Aku lagi rela menganyam mimpi dan menternak lemak.

Tiba2 telefon bimbitku berbunyi. Ada sms yang masuk. Segera kucapai telefon Nokia 3310 yang dah bertahun kupakai. Tak pernah tukar walau sekalipun. Dah pelbagai jenis handphone yang keluar di pasaran, aku masih tak teringin nak menukar. Lagipun, masih boleh pakai apa. Bukan sekali dua aku kena perli dengan teman2 sepejabat, tapi aku buat dek je. Biarlah apa orang nak cakap. Telefon ni banyak sangat kenangannya. Sayanglah.

-Along, mak tanya, dah tak ingat jalan balik ke?-

Haha... adikku yang satu ini memang sinis. Ada ke gini caranya cakap dengan Kak Long? Ada gaya nak kena sekeh kepala bila balik kampung ni karang.

Nak balas apa ye? Tanganku menaip sesuatu di skrin telefon burukku itu. Kemudian aku meletakkan kembali telefon bimbitku ke dalam sarungnya.

-Yelah mak. Tahun depan Along balik ye-

Tahun depan hanya tinggal beberapa minggu saja lagi.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review