|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, September 18, 2007

Dia Milikku - 1

Mumbling o milanhawkin at 9:10 AM
Tidak berkelip mataku merenung batang tubuh yang terpacak tidak jauh dari mejaku. Teman2ku yang lain sudahpun tenggelam dalam makanan masing2, sudah tidak menghiraukan keadaan sekeliling yang hingar bingar. Sememangnya suasana di food court di bangunan tempatku mencari rezeki ini seringkali penuh dengan pengunjung. Mungkin juga kerana tempat makan halal yang paling dekat pun memerlukan perjalanan sejauh setengah jam dengan menaiki kereta. Memang selalu pun, aku begitu malas untuk menapak keluar dari bangunan.

Ah, kacaknya. Hati kecilku tak henti2 memuji ciptaan tuhan itu. Sungguh, aku begitu terpaku dengan ketampanannya. Selalunya aku tak berminat dengan lelaki yang bercermin mata. Terlalu nerd, bagiku. Tapi, lelaki ini tampak begitu berkarisma dengan kaca mata berbingkai hitam metallic. Rambutnya sedikit tercacak,dengan style terkini. Sekali pandang, nampak macam rambut Dong Wook pun ada. Dan yang paling uniknya tentang lelaki ini adalah telinganya yang bertindik, menambahkan lagi kemachoannya. Tapi... bukankah lelaki Islam tidak dibenarkan bertindik? Lelaki ini bukan Islamkah? Nampak macam melayu aje. Sekarang ini, lelaki cina pun dah nampak macam melayu. Dan melayu pun tak semestinya Islam sekarang ni. Hmm...

Aduh, tampannya. Nampaknya aku takkan habis2 memuji lelaki ini seharian biarpun si tuan punya badan langsung tidak tahu. Mataku beralih ke arah tubuhnya yang tinggi lampai. Kalau aku berdiri di sebelahnya, agaknya kepala aku hanya boleh sampai pada dadanya saja. Entah apalah yang dibualkan dengan peniaga makanan itu ye? Lama betul dia berbual dengan pakcik nasi ayam tu. Takkan tengah minta kurangkan harga kot?

Dari mana datangnya mamat ni? Kerja di bangunan ini jugakah? Tapi takkan begini rugged, dengan seluar jeans lusuhnya dan berbaju kemeja lengan panjang yang dilipat hingga ke paras siku. Tak nampak macam pekerja kolar putih pun? Kolar biru pun bukan rasanya. Takkan student kot? Segera aku teringat yang kat sini ada sebuah kolej swasta. Kolej anak2 orang kaya yang tak lulus SPM. Tapi terlalu tua untuk jadi student. Terlalu muda untuk jadi pensyarah.

"Yang kau ni dari tak jamah sikit pun nasi kau ni kenapa?" jerkah teman sepejabatku, Aida. Nasinya sudah tinggal suku saja lagi. Bihun tomyam Kak Shila pun dah tinggal separuh. Nasi ayam Mimi pula dah lama tinggal pinggan. Hanya nasi gorengku saja yang tak terusik.

Serta merta aku terasa hangatnya pipiku. Malunya! Diaorang perasan ke aku tengah usha mamat tadi? Selalunya aku tak macam ni. Selalunya aku akan terus makan tanpa pedulikan orang sekeliling. Entah kenapa, hari ini mataku terpandang ke arahnya. Siap terpaku lagi tu. Nasib baik aku bukan tengah berdiri ke apa. Kalau tak, memang diaorang akan perasan.

"Ah, lupa pulak nak makan" jawabku pantas. Aku perasan mata Aida sudah mencerlung. Kak Shila dah tergelak sambil menggeleng kepalanya. Mimi pula meneguk rakus air soya di hadapannya dengan asyik. Agaknya malas nak melayanku.

"Apa punya alasan la dia ni bagi. Dah, makan cepat. Nanti nak solat lagi. Lambat pulak masuk office" arah Kak Shila.

Aku angguk dan mula membawa sudu yang berisi nasi goreng masak ala kampung itu ke mulut. Sambil itu mataku masih sempat mencari2 kelibat lelaki yang ku usha tadi. Hampa. Takpelah, yang penting, hari ini aku dah tengok salah satu ciptaan Allah yang terbaik. Aku sengih sendiri.

2 demented soul(s):

Azza said...

sambung lg.. best intro

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review